PART 10
Ya Allah, kenapa Engkau tak ambil nyawaku sekali? Kenapa aku harus kehilangan dua orang yang aku sayang sekali gus? Beratnya ujian yang Engkau timpakan ke atasku kali ini...
Faez yang menangis ku bawa ke dalam pelukan. Kuatkah aku untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa seorang insan yang dipanggil emak? Siapa yang nak bantu aku uruskan Faez? Siapa yang nak betulkan aku kalau aku tersalah dalam menguruskan Faez?
Aku tahu Harriz juga menerima tamparan yang hebat sepertiku. Dia juga sudah lama kehilangan seorang insan bernama ayah. Kami berdua berkongsi nasib yang sama. Tapi sayang, Harriz tak sudi berkongsi rasa denganku. Dan galau di hati aku cuma pendam sendiri.
Harriz cuma diam sepanjang perjalanan ke hospital. Aku juga tidak menegurnya. Cukuplah aku menahan rasa hiba dan sakit kehilangan emak dan umi. Aku tak mahu menambahkan bebanan jiwa dengan kata-katanya yang kasar.
Emak, terima kasih kerana dah lahirkan Min dan besarkan Min dengan baik.
Terima kasih jaga Min dengan baik, layan karenah Min, uruskan makan pakai Min. Maafkan Min sebab selalu susahkan mak, selalu sakitkan hati mak, selalu susahkan hati mak dan buat mak sedih. Min janji Min akan jadi mama yang baik macam emak untuk Faez. Tenanglah emak di sana, doa Min akan selalu menemani emak.Aku mencium dahi emak yang sejuk dan kaku. Sedaya-upaya aku menahan rasa agar air mataku tidak menitis di atas jasad emak. Wajah emak yang tenang ku pandang lama. Min pasti akan rindukan mak sangat-sangat.
Aku hampiri umi yang terbaring kaku di sebelah mak. Aku mencium dahi umi seperti yang aku lakukan kepada emak.
Umi, terima kasih sebab umi selalu temankan mak bila Min tak ada. Terima kasih sebab sudi pilih Min sebagai menantu umi dan terima kasih sebab umi dah jadi mak mertua yang terbaik untuk Min. Min sayang umi macam Min sayang mak. Min akan selalu doakan umi.
Aku beralih ke tepi memberi ruang kepada Harriz untuk menatap wajah uminya buat kali terakhir. Sayu hatiku apabila melihat air mata lelaki itu jatuh buat pertama kalinya. Dia memeluk jasad yang terbaring kaku itu. Erat.
YOU ARE READING
Lelaki berhati batu
RandomSiapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.