PETANG ITU
Aku dan Qila berjalan untuk pergi ke kedai Pak Akob. Bukan jauh sangat pun. Sambil berjalan boleh ambil angin. Aku suka jer tapi ada satu benda yang aku tak suka.
"Ala kak, kenapa tak bawa motor jer tadi. Penatlah jalan. Bukan akak tak pandai bawa motor." rungut Qila. Ni yang aku tak suka bila ajak budak seekor ni. Sikit2 penat. Baik aku pergi sorang jer tadi. Kalau tak disebabkan banyak barang nak dibeli, dah lama aku buat macamtu.
"Bukan jauh pun kedai tu, boleh jalan kaki jer. Lagipun motor atuk nak guna pergi surau nanti." jawabku. Budak ni semuanya penat. Tengok k-pop tak penat pulak. Setiap hari aku dengar dia terpekik terlolong menjerit dari bilik dia. Aku yang duduk bilik sebelah dia ni yang penat asyik dgr dia terjerit-jerit.Rasa duduk kat hospital sakit jiwa.
"Kenapa ajak aku? Kan Abang long boleh." katanya lagi. Budak ni kalau kau bukan adik aku, dah lama aku sepak kau masuk dalam parit.
"Kau boleh tak untuk seminit diam. Abang Long x boleh. Dia nk keluar jumpa siapa ntah. Lagipun nenek suruh ajak kau. Aku ikut jerlah." jawabku lalu aku meneliti barang2 yg disenaraikan nenek utk dibeli.
"OK, aku diam tapi nanti belikan album baru Seventeen." katanya.
"Hmm yerlah. Tolong senyap untuk ketenangan jiwa aku supaya aku tak jadi gila mcm kau." sakatku. Qila terus tampar bahu aku tanda protes. Aku suka betul sakat dia.
Di Kedai Pak Akob
"Assalamualaikum, Pak Akob." aku serta Qila memberi salam kpd Pak Akob.
"Waalaikumsalam, oh, cucu Haji Talib rupanya. Lama tak jumpa. Dah besar rupanya.Nk beli apa?"jawab Pak Akob.Pak Akob memang rapat dgn atuk. Kami sekeluarga pun senang dgn keluarga Pak Akob.
"Nenek suruh beli bahan untuk malam ni. Katanya ada org nk dtg." kataku dgn sopan.
"Ohh pergilah cari. Nanti kalau ada apa2 panggil pakcik." kata Pak Akob
"Baiklah pakcik." kataku.
SKIP
Selepas selesai beli barang semua, kami pun balik. Dalam perjalanan balik.
"IRA!!!!" ada orang tiba2 jerit nama aku. Aku toleh belakang utk tgok siapa yang panggil aku tadi. Aku terkejut.
"Mai, lama tak jumpa kau" kataku. Maisara, kawan aku sejak kecil. Lama tak jumpa dia lepas dia pindah ke KL dan aku pulak ke Johor.
"Ira, ingat lagi kat aku. Ingatkan dah x ingat dah aku." katanya.
"Mana boleh x ingat kau. Kita kan selalu main sama2 dulu."kataku. Dia tersenyum. Dia melihat ke arah Qila.
"Ni mesti Qila kan? Wah, lamanya tak jumpa . Ingat lagi terakhir kali jumpa dia masih baby lagi." katanya.
"Kak, ni siapa? tanya Qila.
" Ni akak kenalkan kawan lama akak, Maisara. Dia pindah ke KL masa kau bayi. Sebab tu kau tak kenal Mai."
"Jarang nampak kau kat kampung. Ni tiba2 ada ni." tanyaku. Jarang aku nampak dia, setiap kali aku balik kampung, tak pernah nampak dia.
"Mak ayah aku baru dapat cuti ni yang kami balik kampung jumpa atuk dgn opah." jawabnya. Lama tak pergi rumah Tok Isa dan Opah Yati.
" Banyaknya barang beli, ada kenduri ke kat rumah nenek?" tanya Mai melihat aku dan Qila bawak banyak barang.
"Oh ni, taklah. Malamni kitaorang ada tetamu sebab tu nenek suruh beli barang." jawabku.
"Jom aku bawakkan sikit. Sambil tu boleh aku jumpa nenek. Lama tak menyakat nenek." katanya. Dulu Mai memang suka menyakat nenek. Nenek pulak jenis yg kuat melatah. Tak sempat aku sambung, dia dah ambil satu plastik beg dari tangan aku.
"Jom, aku tak sabar ni." katanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku serta Qila jalan saing dengannya. Dalam perjalanan kami berbual sampai merasakan perjalanan balik ke rumah nenek agak pendek.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Ketua Pengawas & Miss Puteri
Teen FictionSinopsis Nurul Qaira Maisara,dilahirkan dalam keluarga yg kaya raya tetapi tetap merendah diri, peramah dan cantik orangnya.Di sekolah,dia terkenal dengan kebolehannya dalam pelajaran,akademik dan ko kurikulum.Ramai pelajar lelaki meminati dia,sehin...