Malam itu,
''IRA, meh sini tolong nenek kat dapur ni.'' laung nenek memanggil nama aku. Aku keluar dari bilik yang aku kongsi dengan adik aku. Rumah nenek ni bukan besar mana tapi mampu untuk kami sekeluarga sudah cukup. Aku pergi ke dapur lalu membantu nenek.
Selepas itu,
''Ira, pergi siap. Kejap lagi di orang nak sampai.'' kata nenek kepada aku. ''Sebenarnya siapa nak datang, nek? '' tanya aku. ''Jiran kita dulu sebelum kamu pindah ke Johor Bahru. Takkan kamu tak ingat? Anaknya selalu main dgn kamu dan Mai. '' jawab nenek. Aku tertanya tanya sebab seriously aku tak ingat. Mana nya nak ingat, masa tu aku kecil lagi. Keluarga aku pindah masa aku 6 tahun. Aku hanya boleh ingat Mai jer.Aku pun pergi ke bilik lalu berbaring di atas katil sambil memikirkan gerangan yang akan datang ke rumah nenek kejap lagi. Qila tak ada sebab dia tgh layan tv kat ruang tamu. Aku terus bangun lalu mengambil tuala lalu pergi mandi untuk bersiap. Kalau aku asyik fikir pasal benda tu sampai ke sudah aku tak mandi.
1 jam kemudian,
Aku keluar dari bilik untuk membantu nenek dan mama untuk menyediakan makanan untuk tetamu. Sebaik sahaja makanan siap dihidang, tetamu yang kami nantikan telah pun tiba. Mama suruh aku menyediakan air untuk tetamu sementara yang lain menyambut tetamu. Aku buat seperti yang diarahkan. Aku hanya boleh dengar bunyi riuh rendah dari ruang tamu. Beberapa minit kemudian, adik aku panggil aku untuk membawa minuman ke depan. ''Kak,mama suruh bawak air ke depan. '' kata Qila sambil tersenyum sumbing. Apasal adik aku ni? Tersampuk benda apa ni. Aku terus membawa dulang air ke depan. Dari jauh aku boleh nampak siapayang datang.' Tu bukan kawan papa hari itu?' fikir aku. Kalau ni kawan papa yang hari tu, maknanya dia pun ada juga ke?
''Ira, mari sini.'' kata mama kepada aku. Semua orang menoleh untuk memandang aku. Termasuklah dia. Kecik betul dunia ini kan.
Hello readers
Disebabkan ada request untuk update cerita ini saya pun tulis bab ni. Maaf sebab lama tak update cerita ni disebabkan kesibukan saya sebagai pelajar kolej. Maybe ini last update untuk masa ini. Sebabnya saya perlu fokus pada peperiksaan akhir semester yang akan bermula lagi 2 minggu. So saya akan update pada bulan depan sebaik sahaja saya habis periksa. So, wish me luck. K bye.
YOU ARE READING
Mr.Ketua Pengawas & Miss Puteri
Teen FictionSinopsis Nurul Qaira Maisara,dilahirkan dalam keluarga yg kaya raya tetapi tetap merendah diri, peramah dan cantik orangnya.Di sekolah,dia terkenal dengan kebolehannya dalam pelajaran,akademik dan ko kurikulum.Ramai pelajar lelaki meminati dia,sehin...