part 17

6.7K 248 28
                                    

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan . Sekarang dah genap tiga bulan sejak perjumpaan yang tidak sengaja dengan zara. Sepanjang tiga bulan tu lah aku dihantui dengan rasa takut hanya disebabkan seorang insan bernama zara.

Sekarang kandungan ku berumur 5 bulan , aku bersyukur sepanjang tempoh tiga bulan tu zara tak muncul dan takda tanda tanda dia nak membuat rancangan jahat terhadap aku sekeluarga.

Walaupun begitu , aku tetap waspada kerana aku asyik bermimpi perkara yang sama . Mimpi tu macam memberi pertanda kepada ku tapi aku hanya berserah saja kepada Allah mungkin itu semua permainan tidur.

"Sayang ?!" Aku tersedar dari lamunan bila satu suara menyergahku . Siapa lagi kalau bukan si encik suami pengarang jantungku.
"Ya abang? Kenapa main sergah ni nasib sayang takda penyakit jantung." Marahku dan disambut dengan sengihan adam . "Abang panggil sayang tau dari tadi . Sayang tak dengar pun , sakit anak tekak kita ni tau. Tahu tahu si isteri marah si suami." Datanglah sudah sifat merajuk adam , sejak aku pregnant ni adam selalu merajuk mungkin kerana pembawakan budak . (Lelaki kena pembawakan budak jugak ke?🤔 back to story). "Wahai encik suami janganlah dikau merajuk seperti ini nanti takda lah bantal peluk cik isteri ni." Pujukku tapi tetap adam still merajuk . "Abang ... Abang ? Nanti tdur luar lah kalau macam ni ." Tuturku dan terus adam melihatku . "Eh janganlah sayang nanti takda bantal peluk abang lagipun abang bantal peluk sayang jugak . Jangan eh." Kelam kabut je dia bercakap kat aku , tau takut.

"Yelah , ni yang abang panggil sayang ni kenapa?" Tanyaku , "Eh haah lah, kejap abang lupa . Hah ermm macam mana eh nak cakap.. Macam ni sayang tinggal beberapa hari dengan mama boleh tak?" Aku terus mengerutkan dahi . "Kenapa pulak? Abang nak pi mana ni?" Tanyaku dengan muka tertanya tanya, "Abang kena pergi Korea sebab hal business . Boleh tak?" Balas adam .

Hmmm kenapa aku tak tahu eh? Padahal aku ni PA dia , dia curang dengan aku ke? Dia jumpa perempuan lain kat sana ke?

"Hmm kenapa sayang tak tahu eh? Lagipun sayang PA abang lepastu sayang kan PA jadi kena ikutlah ." Ujarku dan terus aku melihat adam menggelabah semacam . Dia sorok something dari aku tapi apa? "Abang pergi seorang lagipun sayang pregnant 5 bulan kan . Lepastu pasal ni abang baru dapat tahu sebab dorang call abang terus tadi ." Kata adam tapi aku was was je . Macam ada yang tak kena akan terjadi tetiba aku rasa tak sedap hati. "Hmm yelah . Bila abang flight?" Tanyaku dengan nada merajuk . "Esok, pukul 10 pagi." Balas adam.

Aku menyiapkan baju baju ku untuk pergi ke rumah ibu mertuaku memandangkan rumah mak ayah jauh . Aku jugak menyiapkan beberapa peralatan dan kebutuhan ku untuk disana . Adam jugak menyuruhku untuk menyiapkan barang barangnya untuk di korea.  Aku menilik jam yang menunjukkan sekarang pukul 8 malam.

"Sayang dah siap ke? Jom kita gerak sekarang." Aku melihat adam yang baru masuk ke dalam bilik dan mengangkat barang ku dan bagasinya. Aku mengikut langkah adam menuju ke kereta . Entah untuk keberapa kali aku merasa tak sedap hati tapi aku ketepikan semua tu .

Sesampainya dirumah mak mertuaku , aku terus memeluknya . "Mama! Hanah rindu mama sesangat." Kataku sebab kami hanya mengunjungi mereka beberapa kali je kerana adam busy tu pun aku yang mintak kat adam . "Mama pun rindu hanah . Dah jom masuk tak elok kat luar ni . Nanti masuk angin kesian menantu dengan bakal cucu mama." Khawatir mama . Aku pon masuk dan mama papa terus suruh aku rehat kat bilik bersama adam, katanya takut aku penat .

"Abang jangan lama sangat tau kat sana . Nanti sayang dengan baby rindu papa dia ." Aku bermanja dengan adam sebelum tidur . "Insya Allah sayang . Kalau siap awal abang balik awal ok . Nanti jaga kandungan baik baik . Jangan lupa makan dan jangan lupa minum susu . Nanti kalau abang takda jaga diri elok elok. Faham?" Ingat adam kepadaku , entah kenapa aku dirasuki perasaan aneh . Rasa seperti aku akan kehilangan adam tapi lagi lagi aku tepis perasaan tu . "Ya abang sayang faham . Abang pun elok elok kat sana , jaga mata tu dan jangan lupa makan ." Giliran aku mengingatinya dan dibalas anggukan . Setelah itu aku dan adam pon bersepakat untuk tidur .

Keesokkan harinya

Aku bangun dengan terkocoh kocoh takut adam sudah pergi tapi aku melihat adam masih lena diulit mimpi . Aku membangunkannya sembahyang subuh . Setelah sembahyang , aku terus memeluk adam . Takut rindu akan sosoknya dan juga takut mimpi aku menjadi kenyataan .

"Sayang kenapa ni? Dahlah abang pergi berapa hari je . Kalau rindu call je ok ." Kata adam menenangkan aku yang menangis . Aku tidak mahu memberitahunya tentang mimpi ku takut dia risau dan tidak jadi ke jepun . "Ya abang . Jom breakfast ." Aku membawa adam ke meja makan .
Semua orang ada kat situ , mak ayah , mama papa dan abg farhan . Kami pon menikmati makanan pagi dengan berselera dan ditemankan dengan senda gurau .

Sekarang keluargaku dan keluarga adam berada di airport untuk mengucapkan selamat tinggal . Aku merasa berat hati sebenarnya tapi apa kan dayaku takkan hanya disebabkan hal sepele adam kena cancel flightkan .

"Abang hati hati tau kat sana . Doa sayang akan selalu bersama abang ." Kataku risau dan aku memeluknya kuat . "Ya,sayang pon tau . Dah takmo nangis macam ni." Pujuk adam bila sedar aku menangis.

Kedengaran sudah panggilan untuk flight ke jepun . Aku melambai ke arah adam sambil menangis dan dia hanya memberi senyuman manis . Aku merasa itu senyuman terakhirnya buatku . Kelibat adam sudah hilang dan kami sekeluarga pon pulang .

'Ya Allah, lindungi suami hamba disana dan mudahkan urusannya .' Doaku dalam hati .

Adam POV

Ya Allah kenapa hamba merasa tidak sedap hati? Ya Allah lindungi isteri hamba disana dan jangan biarkan dia ditimpa masalah dan lindungi hamba dari mana mana kecelakaan dan bala bencana.

Hanah POV

Jam menunjukkan sekarang dah pukul 12 lebih. Sudah sampai kah adam disana? Sudah makan kah dia ? Apa dia selamat berada disana? Banyak soalan yang timbul dibenakku .

"Hanah?! Hanah cepat turun." Mama memanggilku dari tingakat bawah . Tibanya aku disana aku melihat mama papa menangis sambil melihat berita . Muncul lagi rasa tidak sedap hatiku .

"Kenapa ni mama papa?" Tanyaku hairan , "Kapal terbang yang adam guna terhempas kat laut ." Balasan papa membuat dunia ku berhenti seketika .

Aku tidak percaya dan terus melihat berita di dalam tv . Terpapar nama nama mangsa yang terlibat dan seketika bagai duniaku bagai hancur apabila nama adam ada di senarai itu . Aku masih tidak percaya dengan hakikat ni dan terus mendail nombor telfon adam dan takda sahutan .

"Abang , kenapa tinggalkan hanah. "Tangisku dan sekarang benda yang aku takutkan benar benar terjadi . Perkara atau mimpi yang aku anggap sepele sudah menjadi kenyataan . Ya aku mimpi kapal terbang yang adam naik terhempas . Semua ni bagai tamparan hebat bagiku . Aku rasa nak pitam dan terus dunia ku hitam .

"Ya Allah hanah ?!!" Suara mama papa perkara terakhir yang aku dengar .

'Ya Allah kuatkan hamba demi anak hamba dan suami hamba berserta keluarga .' Doaku dalam hati sebelum semuanya gelap .

Assalammualaikum guys, apa khabar semua ? How was this part? Did you enjoyed it? Btw total words for this part is 1115 words. Author dah janji untuk published part 13,14,15 dan 16 tapi part 17 ni author buat special untuk korang dan juga part 18 sempena birthday author pada 30 mac lalu. 😀🎉

Btw kalau nak dapat feeling tu author dengar lagu sorry by halsey . Tu kalau author lagi tapi kalau korang tak dapat catch feeling tu sorry sesangat .
😓 . Tu je dari author .

Salam hangat dari author
Kookie3003❤

Psycho Where stories live. Discover now