part 23

5.5K 216 0
                                    

Hanah pov

Aku terbangun dari tidur dan aku terus melirik jam yang menunjukkan pukul 2 subuh. Aku pun terus menunaikan sembahyang tahajjud.

Selepas itu aku tidur semula tapi dalam keadaan duduk bersandar di katil . Setiap kali baring kat atas katil , aku mesti terbayangkan adam yang memelukku dari belakang . Sedih,itu yang aku rasa seminggu lebih ni. Lama kelamaan aku tertidur sambil ingatanku menjelajah kenangan demi kenangan tentang kami berdua.

Adam pov

Aku memantau keluargaku dari cctv yang aku pasang di rumah . Setiap bilik mempunyai cctv tapi ianya aku sembunyikan .

Aku melihat papa dan mama masih tidur dan berserta dengan mika. Aku melihat rakaman cctv dibilik aku dan hanah. Aku melihat dia bangun menunaikan sembahyang tahajjud.

Rasa rindu didada membuak buak tapi kemudian aku merasa sebak . Aku melihatnya tertidur dengan bersandar duduk diatas katil. Aku tahu yang dia rindu pelukan hangat dariku . Aku pernah jugak terfikir, suami apa aku ni sampai sanggup tinggalkan isteri dia yang mengandung . Kemudian aku berfikir akan keselamatan semua orang maka aku dan hanah harus berkorban untuk sementara waktu. Walaupun perit dan sakit tapi demi keselamatan orang orang yang aku sayang , aku sanggup.

Aku tersedar dari lamunanku kerana bunyi fonku. Aku melihat nama pemanggil tapi ianya unknown tanpa rasa takut aku pun menekan butang hijau.

"Hello?" Sapaku dan aku mendengar bunyi orang ketawa diseberang sana. Merasa seperti dipermainkan , aku pun menutup call tersebut .

Baru ingin tidur lagi, aku terdengar bunyi ringtone yang sama dengan perasaan kesal aku pun menekankan butang hijau lagi. Apabila nombor yang sama mengcall aku .

"Hello?" Sapaku kasar , "Well well well, im sorry to make you angry but hi too adam. It very a long time since we met after the accident involving me,you and her. How are you now? Of course you are happy with your pregnant wife right?" Jawab orang di seberang sana. "Apalagi yang kau nak xavier? Tak cukup dengan dia kau bunuh sekarang kau nak bunuh isteri aku jugak ke?" Kataku sambil mengawal emosi dari meletus. "Well, it seem that you know my planning . Kau tahu the reason why i do this adam . Go ask yourself what you have done to me. Melihat kau sengsara macam kejadian lama tu buat aku happy." Balasnya dan aku mengeluh.

Hanya kerana sebuah ke salah fahaman membawa kepada bencana besar. "I think you're the one who should ask yourself. Siapa yang buat salah sampai kau kena buang keluarga dan semua creditibility kau kena ambil? Lagi satu berapa kali aku dah kata yang bukan aku yang bagitahu kat parent kau lah sial." Amukku. Siapa tak marah jika dituduh dan dibuat sebagai kambing hitam pada perkara yang bukan kita buat. "It not your fault? How come huh? I saw you there with my parent when they thrown me away and take what i had." Balasnya sinis, aku meraup dahi sementara. Pening nak bercakap dengan orang tak reti bahasa ni. "It all a misunderstanding. I been there because someone called me at that time to go there. "Balasku tapi talian telah pun dimatikan selepas aku menyelesaikan ayatku.

Aku menelan 2 biji ubat panadol untuk meredakan sakit kepalaku. Aku kena settle perkara ni in a smooth way kalau tak memang orang sekitarku menjadi mangsa. Inilah sebab kenapa aku sangat membenci zara. Sebelum aku tahu yang dia adik kepada musuhku, dialah orang yang membuat aku dan xavier berdebat hingga xavier berdendam kat aku.

Selidik punya selidik, rupanya dia yang rancang semua ni. Dia yang call aku untuk pergi ke sana dan bila aku sampai sana dia takda. Baru nak angkat kaki , xavier dah datang dan terus berdebat dengan orang tua dia. Aku dijadikan kambing hitam dan mulai disanalah aku tak lagi berkawan dengan zara.

Aku dan zara kawan sejak universiti tapi kami tidak begitu rapat. Walaupun begitu , aku lebih rapat dengan taufiq and the geng. Ya,aku sambung belajar kat korea sekaligus dihantar oleh mama dan papa selepas percobaan aku nak merogol hanah. Lebih tepatnya aku diasingkan,marah dan sedih itu lah ku rasa tapi taufiq dan keenam kawan dia yang beri aku semangat. Ya,walaupun taufiq ni atheist dan hanya 5 orang dari mereka islam. Aku syukurlah sebab taufiq dan kawan dia dah masuk islam sekarang.

Tiba tiba mata ku terasa berat,aku melihat jam yang menunjukkan pukul 3 pagi. Aku pun terus menutup mata dan masuk ke alam mimpi.

713 words

Assalammualaikum guys, how you guys doing? I really sorry for the late update for part 22 and 23. There
some problem about my data. Btw selamat berpuasa dan selamat hari raya. 🎉🎉🎉

Dari author
Kookie3003



Psycho Where stories live. Discover now