" Can't be the best for you but i try and always trying."
My Heart
❤️
Mata berwarna hitam jungkook menikam anak mata perempuan dihadapannya itu. Bahu dipegang seakan akan tidak mahu melepaskannya. Fikiran Jungkook tersangat lah celaru. Kenapa? dan mengapa perempuan ini muncul lagi dihadapanya?
Hatinya terasa sakit. Dia cuba menahan gelora ombak yang menghempas jiwanya. Perempuan itu hanya mampu kaku ditempatnya. Pandangan mata dijatuhkan.
Takut melihat perilaku lelaki yang tidak dikenalinya ini seperti ada yang tidak kena.
Jungkook mencuba sehabis baik untuk bertenang dengan apa yang dilihatnya ketika itu. Tidak mungkin itu kawan baiknya ? adakah itu merupakan pelanduk dua serupa? adakah jasad perempuan itu keluar dari pusaranya?
Adakah tuhan memberinya peluang untuk merasai kehidupan semula?
Dalam tiga pilihan, dia ambil pilihan yang ke-3.
Kelahiran semula? Itu adalah unsur ghaib dan dikira mitos oleh orang ramai.
Tapi tidak bagi jungkook, dia merasa yang perempuan dihadapannya ini dilahirkan semula menjadi seorang perempuan yang sama dengan raut wajah kawan baiknya suatu ketika dulu, Oh Minjung.
Seorang kawan yang sentiasa ada dengannya.
Seorang kawan yang sentiasa ada dikala dia bersedih atau senang hati.
Seorang kawan yang sentiasa setia dengan persahabatan mereka.
Seorang kawan yang menghargai dirinya sebagai seorang manusia.
Seorang kawan yang terlalu mencintai dirinya dahulu tanpa dia mengetahui langsung tentang perasaan yang suci itu.
Seorang kawan yang terlalu bodoh untuknya.
Bodoh kerana mencintai orang seperti dirinya yang langsung tidak menghargai setiap apa yang diberikan padanya.
Sehingga dia merasa kehilangan yang sangat berat. Berat untuk dipikul rasa itu. Ingin sahaja dia yang mengantikan tempat kawan terbaiknya itu, namun Tuhan lebih menyayanginya. kawannya pergi, tanpa bersua muka padanya, hanya surat yang dilipat beberapa kali dan buku diari menjadi pengubat rindu.
Jungkook bersumpah, dia amat mencintai perempuan itu. Tapi dia bodoh, buta hati kerana tidak melihat semua itu. Dia yang bodoh sebenarnya!
Perempuan itu melihat wajah jungkook yang semakin pucat, mata nya berkaca kaca, bibirnya digigit menahan suara batinnya yang ingin keluar.
Jungkook perlahan lahan melepaskan pegangan tangan pada bahu perempuan itu lalu berundur setapak ke belakang.
Perempuan itu masih setia memerhati Jungkook. Gelagat nya sangat pelik. Lagi lagi setelah melihat wajahnya lalu dipanggilnya dengan nama " Minjung". Menimbulkan 1001 persoalan yang bermain diminda.
" err.. sir.. are you okay sir?" perempuan cuba bertanya pada jejaka dihadapannya itu. Jungkook seakan tersedar lalu melihat perempuan itu. Kepala diangguk beberapa kali.
Dirinya pula merasa janggal untuk seketika.
" yup, totally fine"
ANDA SEDANG MEMBACA
My Heart | jungkook
Fanfiction❝ Are we still the same ? because i can't feel it anymore ❞ S1 [✔] S2 [ON-GOING] 🍃 All right reserved © sailorjeon-
