" my friends are truly dorkies than you think⭐️"
••
KETANG! KETUNG!
Aku mengosok mata ku setelah aku terbangun disebabkan bunyi yang kuat datang dari dapur. Damn aku patutnya buat bilik ni semua kalis bunyi, tidaklah aku dengar bunyi yang kuat sebegitu.
Bunyi kuali dan spatula berlaga antara satu sama lain.
Aku menukar posisi badan yang tadinya baring sekarang aku duduk. Terasa kepala aku berpusing dengan hebat, pening.
Aku mengeluh kuat lalu pergi ke bilik air. Membersihkan diriku yang dari semalam tak mandi, apa tidaknya pulang dah dekat subuh terus je landing atas katil.
✧・゚
" Pass kat aku sayur tu wei"
" Nah makan sayur banyak banyak tau, taklah ketot je nanti"
" Kau kalau dah curi ayam tu mengaku je lah!"
" Bana hengko, aku tak suka makan ayam gorenglah, not healthy kay"
" Kalau tak sihat makanan aku itu, apa kata kau takpayah makan langsung lepas ni, jangan sampai aku haramkan kau doh"
Kepala aku yang sudah reda itu kembali pening dengan hebatnya, rasa mahu pitam pun ada juga. Aku mengeleng gelengkan kepala ku kuat melihat karenah jejaka jejaka dihadapan ku ini. Sudah besar tapi perangai macam budak yang belum sunat lagi!
Aku yang lagi muda dari mereka semua pun matang. Matang sikit lah heh.
Mereka yang berada di meja makan itu sedar akan kehadiran ku disitu. Lalu mereka melambai ke arah aku dengan tangan yang penuh dengan makanan.
" Jomlah breakfast jungkook..." aku mengangguk lalu mengambil tempat disebelah Seokjin hyung, atau nama paling afdal orang panggil dia, Jin
Dialah merupakan tukang masak dirumah yang kami menetap bersama sama. Memandangkan semua belum je kahwin, kami tinggal lah sama sama dalam rumah yang bapak jin hyung telah hadiahkan kepadanya sempena hari jadi ke-23 nya.
Tak disangkakan lagi,makanan Jin hyung memang sedap. Kami ada jugaklah sarankan dia ambik jurusan memasak tapi dia taknak sebab ayah dia yang paksa dia urus kan syarikat ayahnya itu sendiri. Kehendak orang tua kan, haruslah dituruti.
Sebelah aku pula, tua setahun dengan aku. Kim Taehyung. Budak ni memang pelahap abadi sama dengan Yoongi. Aku tenung dia yang sudah menambah nasi kali kedua kedalam piring nya. Dia yang sedar akan tenungan aku itu terus menghadiahkan aku sebuah senyuman manis. Makhluk yang satu ni, belum ada kerja tetap lagi. Yang aku tahu dia sedang kerja menjadi model sementara majalah. Mungkin dia ada wajah yang boleh tahan kacak sebab tu dia nak jadi model. Tapi dia taknak tetaplah kerja itu kerana lambat laun dia akan tinggalkan kerja itu bila dia dah kahwin nanti. Nak anak tengok dia ada dalam muka depan majalah je .
Disebelah taehyung, Yoongi hyung. Aku mengeleng perlahan melihat dia yang suda curi curi ambil ayam goreng taehyung tanpa dia sedar. Aku terus meletakkan ayam goreng yang aku tak makan lagi kedalam pinggan Taehyung.
" terima kasih" ucap taehyung dengan mulut yang masih penuh dengan makanan. Haish kenapa lah model macam ni boleh makan banyak ? Tak faham bro.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Heart | jungkook
Fiksi Penggemar❝ Are we still the same ? because i can't feel it anymore ❞ S1 [✔] S2 [ON-GOING] 🍃 All right reserved © sailorjeon-
