06

5.4K 818 83
                                    

Kisstagram • jjk feat bangtan

[ Seducer pilihan : Kim Seokjin]

Spicy Seducer
-----

Yoo Min duduk termenung di ruang dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoo Min duduk termenung di ruang dapur. Sup Kimchi sudah siap dipanaskan. Tinggal nak suap aje masuk ke dalam mulut.

Kenangan-kenangan manis sepanjang bertemu para jejaka rupawan di aplikasi Kisstagram menimbulkan rona pipi berwarna merah.

Yoo Min mengeluarkan telefon pintar yang berada elok di dalam poket seluar.  Tanpa berfikir panjang,  dia segera menekan calon penggoda yang keenam.

Penggoda spicy.

Bukan biasa-biasa pilihan Yoo Min untuk kali ini. Seperti sebuah rutin sebelum bertemu mata dengan si penggoda, gadis itu menutup mata.

"Cepatlah muncul spicy seducer. Agak-agak lagi hot tak daripada penggoda yang lain?"gumam Yoo Min dalam nada teruja.

Hormon di dalam diri sudah menjerit riang tatkala jari-jemari kasar seseorang membelai helaian rambutnya dari arah belakang.

-----

Bersinar sepasang mata penggoda itu memerhati setiap lekuk dan bentuk wajahku. Aku meneliti keadaan ruang sekeliling.

Menariknya, aku dan dia berdua-duaan di dapur milikku. Kucupan pertama dari bibir seksinya berhenti di dagu.

Bibirku dibiarkan suci tanpa jelajah bibir nakalnya.

"Aku Kim Seokjin. Penggoda kau untuk hari ini."suaranya cukup meruntun setangkai hati milik Yoo Min.

Gadis itu menggerakkan telapak tangannya di kolar leher Seokjin. Sekaligus tindakan gelabah itu menyebabkan letusan tawa meniti di bibir spicy seducer.

"Kau lupa.. tutup api masakan. Sedap bau. Masak apa?"

Yoo Min segera menarik Seokjin agar tubuh mereka saling bersentuhan. Bibir comelnya dimuncungkan ke arah sup Kimchi yang siap dimasak olehnya.

"S-saya masak sup Kimchi..pedas."

Yoo Min membalas dengan teragak-agak. Kim Seokjin begitu sempurna di ruangan anak matanya.

Bibirnya terus kelu untuk menyoal Seokjin. Lelaki itu seakan menyedari gelagat Yoo Min yang diserang perasaan cuak.

"Sepedas Kimchi tak mampu lawan kehangatan bibir aku kan?"ujar Seokjin sambil menghirup sedikit sup Kimchi air tangan Yoo Min.

"Ya. Kerana Seokjin sememangnya.."tutur katanya tertangguh di pertengahan jalan kerana pinggangnya tiba-tiba dirangkul mesra oleh Kim Seokjin.

Ruangan dapur itu bertukar suasana. Walaupun cuaca di luar tingkap menghembuskan udara dingin, Yoo Min tetap kekal panas.

"Kerana Seokjin sememangnya menggoda hati Yoo Min. Say my name, princess. Sebut lagi."

Desakan daripada Kim Seokjin menyebabkan kesabaran Yoo Min menjadi tipis.

Tahu goda aje. Bila lagi nak kiss eo?

"Seokjin. Kim Seokjin. Seduce me."

Selepas Seokjin yakin gadis itu memberi lampu hijau, dia terus mara dengan kejutan seterusnya.

Kulit ibu jarinya mengelus lembut bibir mulus Si Yoo Min. Masa untuk menggoda sudah tiba.

Seokjin mendekatkan bibirnya ke destinasi yang dihajati. Kesan palitan sisa sup Kimchi sengaja dibiarkan tidak dikesat di atas bibir.

Lelaki itu menghadiahkan senyuman menyenget kepada Yoo Min. Dagu gadis itu dicuit penuh kasih.

"S-seokjin."

Dia tersenyum bangga. Bibir merah itu dipagutnya lembut.

"Tak fun kalau rasa sup Kimchi sorang-sorang. Let us enjoy this seductive meal."

Iris mata Yoo Min hanya mampu memandang gerak-geri Seokjin yang sibuk menyeksa deruan nafas bibirnya.

Panas. Pedas. Liciknya penggoda spicy ya?

-tbc-

A/N:

Selepas selesai kemunculan penggoda Namjoon untuk bab berikutnya.

Saya akan tamatkan siri ini menerusi satu bab penamat ringkas.

[C] Kisstagram | BTSWhere stories live. Discover now