“Dian? Jom kita pergi test baju. Mama dah pilih butiknya.” eh, buang tebiat ke mamat ni. Tolonglah jangan macam ni. Rimas!
Setelah tiba di butik Zara Wedding Collection. Zafran terus memegang tanganku sehingga ke pintu masuk butik itu. Sebaik sahaja melangkah masuk, semua pekerja disitu bertepuk tangan. Oh lupa, bakal suami aku ni boleh tahan popularnya!
Tambah–tambah lagi bila dia akan berkahwin dengan perempuan secantik aku. Haha! “Sayang.. Pilihlah mana–mana baju yang sayang rasa cantik. Biy tunggu ya.” hei! Dah boleh jadi pelakon rasanya. Belakang lain, depan lain.
Well, aku bukan simple ladies macam dekat luar sana. Semua taste aku high class. Let see, mana baju yang paling mahal dan berkelip–kelip bila dipandang. Ok, tu dia! Dah jumpa.
“I pilih yang ni.” kataku pada Zafran. “Okay, bagi dia test dulu.” pekerja itu mengangguk dan membawa aku ke fitting room. Selepas aku mencuba baju tersebut. Aku keluar untuk menunjukkan baju yang dicuba.
“Dah ok, tapi.. Tak sesuai dengan you sayang.” eh kenapa pulak. Mahal sangat ke encik Zafran oi. “Untuk badan macam dia, pendek, putih, perfect body shape. Ok, ini dia. Nah sayang.” hush, bahaya mamat ni. Semua badan aku dia scan.
Selepas aku keluar dari fitting room dengan baju pilihan Zafran tadi. Semua bertepuk tangan. Macam ada pertandingan pulak asyik tepuk tangan aje. Mata aku tercari–cari Zafran, terlihat mulutnya sedang terlopong dek kerana apapun tak tahulah.
“Ehem, okay tak?” soalku padanya. “Okay! It suits you well sayang.” hmm, puji ikhlas ke tak tu.
“Lepastu nak pergi mana?” soalku lagi. “Lepas ni sayang nak pergi mana? Hah by the way, you all dijemput majlis kahwin kami nanti tau? Datang.” dia memberi senyuman yang memang, kalau orang lain dah boleh cair jadi minyak masak terus.
Selepas sahaja dia membuka pintu keretanya dan sebelahnya, perangainya terus berubah. Boleh sakit mental macam ni! “Lain kali jangan banyak tanya boleh tak?” tu dia, dia dah bersuara.
“Eh, you yang terhegeh–hegeh, bersayang–sayang bagai. You tahu tak, you ni bertalamkan 12 muka tahu! You ni memang ada penyakit DID ke?!” aku bersabar ada hadnya, bila aku yang tengking, boleh gugur semua organ dalaman. Kau ingat kau je yang boleh?
Dia mendekati diriku lagi. Dan dia mula berbisik, “Mulut tu jaga sikit. Karang bibir aku yang melekat dekat mulut kau yang tak ada insuran tu. I know you terlalu jaga maruah, perkara kecil macam ni pun boleh buat you sengsara kan?” hish, dapat pelempang free sat lagi karang.
“You tahu tak you dah dera fizikal I, dah lah. I nak balik naik teksi!” baru sahaja aku bangun dari tempat duduk, dia menarik aku semula. Hish mamat ni, menyusahkanlah!
“Duduk, banyak benda lagi belum settle. Kau nak aku buat sorang–sorang ke?” hah tahupun, habis tu dari tadi menyakitkan hati orang.
Di hari akad pernikahan..
“Mana pengantinnya? Tok kadi dah sampai ni.” kata salah seorang dari tetamu tersebut.
********
“Mama, Dian taknak kahwin.” ujarku lalu mengalirkan air mata. “Kenapa ni Dian, Zafran ada buat kamu ke?” soal mamaku yang mula berasa cemas. Hati oh hati, kenapa kau tak berani nak bagitahu hal sebenar.
“T.. Tak apalah ma, jom masuk dalam. Dian.. Dian gugup je.” aku terpaksa menipu lagi. Sewaktu aku masuk ke dalam, semua orang–orang di situ sedang kecoh. Aku terus datang ke Datin Azfah. “Mama? Kenapa ni kecoh–kecoh?” soalku ingin tahu.
“Zafran hilang. Dia..” tiba–tiba ada seseorang mengetuk pintu, susuk tubuh itu sangat dikenali. Zafran! Kenapa pulak dia pergi keluar waktu dah nak nikah ni?
“Maafkan saya semua, tok imam. Jom kita mulakan.” Ceh, bersungguh–sungguh nak nikah dengan aku. “Aku terima nikahnya Nur Dian Dayana binti Shauqi dengan mas kahwin lima ribu ringgit tunai.” dia melafazkan dengan lancar.
habis sahaja lafaz akad nikah, aku sudah bergelar isteri orang. Eh salah, bini kontrak! Semuanya tersenyum dan Zafran mula menyarungkan cincin ke jari manisku dan aku pula menyarungkan cincin pada jari manisnya.
Zafran terpaksa mencium dahiku dek kerana orang–orang disitu yang memaksa. Haih excited betul, macam diorang yang nak kahwin.
YOU ARE READING
KAU BINI KONTRAK JE!
RomanceSebuah perkahwinan yang melibatkan kontrak, Dian, seorang gadis yang telah membuat keputusan untuk hidup sendiri tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung dirinya. Zafran, seorang lelaki yang menganggap perkahwinan adalah sebuah be...