BAB 11

5.1K 179 2
                                    

Sedang kami sibuk makan, mereka mula bertanya, “Bila nak ada anak? Mama tak sabar nak timang cucu.” Adumak, soalan cepumas! Macam mana nak ada anak. Kahwin kontrak je mama–mama sekalian.

Aku hanya terkejut, tetapi disebelahku sudah tersembur air tembikai yang disedutnya! Kenapa Encik Zafran? This is all your plan!

“Apa kamu ni Zafran, tak senonoh, depan mertua..” ujar Datin Azfah apabila melihat tingkah laku anaknya.

“Tak apalah Az, kita tunggu cukup sebulan,kita tanya pasal cucu–cucu kita ya?” Datin Rozina turut masuk campur.

“Iyalah, dah 10 hari. Tak ada berita apa–apa pun. Bila nak honeymoon?” Soal Datin Azfah terus menerus.

“Lusa!” ehei, kau ya betul Zafran! Pergi honeymoon nak buat apa. Berperang dengan kau ke?

“Lusa? Dekat mana?” soal Datin Azfah lagi.

“Dekat south Korea, kan sayangkan?” giliran aku pula tersedak! Tak matured langsung, dahlah tak prepare apa–apa. South Korea pula perginya!

“Eh! Dian okay? Hulurlah air dekat bini kamu tu..” arah Datin Azfah pada anaknya Zafran.

“Nah sayang, sayang lapar sangat ke sampai tersedak ni?” hish manis betul ayat! Semut pun taknak datang, meluat!

“Erm, mama, mama, papa, and papa..” ya Allah panjangnya nak menyebut!

“Dian pergi tandas kejap ya?” tanpa berlengah masa, kakiku laju mengatur langkah ke tandas. Apabila masuk ke tandas, rasa nak muntahkan aje kata–kata Zafran yang dah menembusi telinga!

Tiba–tiba seseorang mengetuk pintu, siapa pulak ni? Aku membetulkan gincu pada bibirku yang dah sedikit comot dan membuka pintu tersebut.

“Zafran?” soalku apabila wajahnya terpampar didepan pintu tandas.

“Iyalah, suami kau. Mama suruh aku teman.” sayang betul dekat menantu, tapi anaknya tak sayangkan menantunya.

“Dah siap semua? Jangan tercegat dekat situ lagi, jom bla!” hish, macam samseng! Ada saja nak bingitkan telinga ni!

__________________

Sesudah habis dinner, kami menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Semasa di dalam kereta, aku terasa sedikit pedih pada bahagian kakiku.

Aku membuka heels tersebut, ternyata ada luka di bahagian atas tumit akibat geseran kasut tumit tinggi itu.

Aku mengambil keputusan untuk membiarkan kakiku begitu tanpa memakai heels. Dah agak, ini yang akan terjadi kalau pakai heels. Tiba–tiba satu suara muncul setelah lama sunyi.

“Pakailah kasut tu, nanti..” kata–katanya terhenti disitu.

Matanya tertumpu pada luka yang berada dikakiku. Dia memberhentikan kereta.

“Kenapa ni? You nak beli apa–apa ke?” soalku, pelik juga kerana dia tiba–tiba berhenti. Dia terus keluar dari kereta tanpa berkata apa–apa.

Haa sudah! Nak tinggalkan aku sorang–sorang ke? Memanglah menyampah tapi jangan teruk sangat! Aku hanya menunggu kehadirannya. 10 minit kemudian, baru dia muncul. Pergi manalah kau Zafran?

“Nah, pakai kasut ni.” nak terkeluar mataku apabila melihat apa yang berada ditangannya. Dia kesiankan aku? Atau sayangkan aku? Jangan merepek Dian!

“Pakailah, nanti tak boleh berjalan pulak.” ujarnya.

Dari mimik mukanya, terlihat sedikit simpati yang ditujukan kepadaku. Aku terus menyarungkan kasut tersebut pada kakiku, selesa! Memang jauh bezanya ketika memakai heels tadi.

Selepas itu, Zafran membuka radio. Tetapi kali ini bukan siaran yang selalu dia buka, tetapi siaran lain. Kenapa pulak ni? Dia tukar sebab tahu aku tak suka ke? Banyak perkara yang dia buat, mengelirukan aku.

KAU BINI KONTRAK JE! Where stories live. Discover now