BAB 2

7K 193 0
                                    

“Tenung apa?” soal lelaki itu. Eh bukan tenung kau pun! Tenung bilik ni pun tak boleh ke, macam manalah aku nak jadi bini kau. Kau memang lelaki paling pelik pernah aku jumpa.

“Aku rasa kau boleh duduk kot? Aku tak bawa tiang dekat office ni, aku bawa manusia.” Eh eh, macam ni kau layan perempuan? Tak apa, biar aku beraksi pulak!

“I rasa dekat sekolah you ambil sivik, kenapa perangai you tak ada sivik langsung, perhapslah, sivik you fail ke?” saja aku membuatkan hatinya merah nyala. Siapa suruh layan aku macam tu?

“Okay fine! Cik bendul, silakan duduk?” ujar lelaki itu. Kalau tak tahu nama, tanyalah! Perlu ke panggil aku bendul. Aku nak buat dia panas, darah aku pulak yang menyirap.

Aku menghempaskan diriku ke atas sofa yang tak berapa nak empuk itu. “So, kalau kau setuju dengan cara aku, sign kontrak ni.” dia memberi aku beberapa helai kertas yang telah dibukukan. Hush, tebalnya. Apa benda yang banyak sangat peraturan ni?

“Kau boleh je baca lepas sign kontrak. Nah pen.” dia memberi aku sebatang pen. Teragak–agak untuk aku mengambilnya. Betul ke apa yang aku buat ni? “Hoi bendul!” suara itu memecahkan suasana yang sepi tadi.

“Kenapa kau teragak–agak sangat? Kau tak payah risau, semua makan minum perbelanjaan. Aku yang tanggung. Apa lagi? Sign lah sekarang!” hish mamat ni, rasa nak sumbat je biji durian dekat mulut dia, baru dia tahu macam mana sakitnya hati ni!

____________________

“Abang, abang tak rasa pelik ke dengan Dian?” soal Datin Rozina pada suaminya Dato Shauqi. “Biarlah, dia dah cukup besar untuk cari kehidupan dia sendiri.” balas suaminya dengan air muka yang tenang.

“Macam mana kalau jadi apa–apa dekat anak kita?” soal Datin Rozina lagi. Dia sungguh risau dengan anak perempuannya itu.

“Awak tenang je, saya pun tengah cari tempat tinggal dia. Entah dekat celah mana dia duduk sampai sayapun tak jumpa.” ujar Dato Shauqi dan cuba menenangkan isterinya.

______________________

Sebaik sahaja aku menandatangani kontrak ini, aku terus mengalirkan air mata. “Dah kenapa? Jangan risaulah, lima bulan je kita kahwin.” barulah aku mendengar suara yang tenang milik lelaki kerek ini.

“I nak tahu nama you?” soalku sambil mengesat air mata. “Nama aku Zafran, atau Muhammad Zafran Firdaus nama penuh aku.” Oh, nama dah alim, tapi orangnya, hanya tuhan sajalah yang tahu.

“Nama kau?” soal Zafran kepadaku.

“Nama I Nur Dian Dayana.” lelaki itu hanya mengangguk. Sikapnya mula berubah sedikit selepas aku menandatangani kontrak mengarut ni.

KAU BINI KONTRAK JE! Where stories live. Discover now