Eh kenapa bunyi bising ni? Tadi aku gastrik and.. What happen? Aku membuka mata dan terlihat banyak manusia yang sedang terbaring di atas katil. Aduh, hospital lah!
Tanganku terasa seperti dipegang, aku terus menoleh dan terlihat Zafran sedang menggenggam tanganku dengan erat.
Tiba–tiba Zafran tersedar dari tidurnya, aku terus memandang ke arah lain.
“Dian, you dah sedar?” soalnya.
Eh, sejak bila dia pandai bersopan santun dengan aku?
“I dah berapa hari dekat sini?” soalku.
“Dua hari, doktor tu kata sebab you tak makan. Sebab tu gastrik you datang balik.” ujarnya dengan wajah tenang.
Tapi, harini dia Zafran, mana perginya arrogant? Nak kata berlakon, dekat sini semua warga Korea, mana ada melayu. Memang tak fahamlah ceritanya.
“Zafran, you okay ke?” soalku ingin tahu mengapa dia bertindak begini.
Hampir pecah otak ni aku perah. Masih tak dapat jawapannya dengan perubahan Zafran yang tiba–tiba ni.
“I? I okay je. You rehatlah dulu. I belikan makanan.” ujarnya dan terus meninggalkanku.
Betul ke tu Zafran? Atau mungkin kembar dia? Eh mana ada kembar. Haa, kan ada tujuh orang manusia yang muka sama. Eh tapi, dia kenal aku. Dah Dian, jangan jadi gila!
_______________
Zafran mengeluarkan telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.
“Can you give me some more time. It's not easy to end the contract, but don't worry. I will, cause I love her more than myself.”
“Okay, you better hurry, or I will take Dian from you.” talian terus diputuskan.
Zafran masih belum bersedia untuk memberitahu segalanya kepada Dian. Biarlah dia membuat perubahan pada dirinya beransur–ansur supaya Dian lebih menyayanginya.
*********
Selepas beberapa minit, Zafran kembali dan berbekalkan makanan di tangannya.
“Sorry, I lambat. Sebab nak cari restoran halalkan? Ni, ada Kimbab and mineral.” dia menyerahkan makanan itu padaku.
Aku melihat Kimbab itu, apa ramuannya? Aku tertanya–tanya. “Apa je ada dalam Kimbab tu?” soalku sambil menahan perut yang lapar.
Harap–harap ramuannya benda yang aku boleh makanlah. Kalau tak, kelaparanlah.
“Pulut, seawed and ayam.” katanya dengan pantas.
Okay, settle! Bahan yang aku elergik adalah udang and semua makanan seafood. Aku terus mengambil makanan itu dan terus masuk ke dalam mulutku. Yelah, dua hari tak makan.
“Makan elok–elok, nanti tercekik. Nah minum air.” aku terus tersedak mendengar kata–kata Zafran.
“Hah kan I dah kata, makanlah perlahan–perlahan.” Aduh, bukan pasal makanan ni. Tapi pasal kau! Perubahan kau yang terlalu drastik ni.
Selepas selesai semuanya, kami balik ke hotel. Sebaik sahaja masuk ke bilik, aku mula membuka pertanyaan.
“Mmmm you?” aku menegurnya yang baru menutup pintu.
“Kenapa?”
Aduh, dia buat aku berdebar. Buatnya dia berubah kepada asal balik. Boleh mati aku!
“Mmm, tak ada apalah. You rehatlah, mesti penatkan jaga I dekat hospital.” ujarku.
Dia mengangguk dan memberi satu senyuman padaku sebelum menaiki katil. Aduh, dahlah handsome. Bila senyum, akupun sama macam perempuan lain. Boleh cair!
________________
Malam itu, Zafran membenarkan aku membersihkan diri dahulu, selepas itu baru dia. Okay, lupakan perubahan ni. Now kau kena bersihkan badan kau yang dah dua hari tak mandi.
Selepas selesai mandi, aku bersiap–bersiap di dalam bilik air. Setelah aku keluar, Zafran hilang dari pandangan.
Mana pula dia pergi ni? Aku tercari–cari dan terlihat, Zafran ada di sebalik pintu kaca itu. Aku terus menuju ke sana.
Terlihat matanya sedang memandang ke langit. Namun kehadiranku diketahui dan dia memandangku.
“Haaa, You buat apa dekat luar? Kan sejuk?” soalku yang cuba berlagak tenang.
“Tengok bulan. Nak tahu apa yang tengah jadi dekat malaysia. Bulankan ada satu je.”
Aduh, buat tebiat ke mamat ni? Tadi baik sekarang belagak romantik. Mataku terpandang bulan yang bersinar itu, sungguh cantik.
Aku mengambil keputusan untuk melihat bulan itu bersamanya. Iyalah, bulan ada satu je. Tapi satu dunia boleh nampak bulan. Memandangkan bulan lagi besar dari bumi.
Sedang aku terleka. Aku dapat rasakan seseorang sedang mendekatiku.
Wajahku terus berpaling pada wajahnya. Dia merenung aku lama dengan matanya yang sayu. Aku pula hampir terjatuh ke dalam kolam cinta. Aduh!
Eh mata ni, gatalnya. Pandanglah tempat lain. Tetapi mataku hanya tertumpu pada wajahnya yang menawan.
Tidak lama kemudian dia merangkul pinggangku dan bibirnya melekat pada bibirku. Tetapi yang peliknya aku tidak mengelak dan terus pejamkan mata.
Aku menghayati ciuman itu sehingga ke akhirnya.
Aku memang dah dilamun cinta oleh encik kerek ni, tak boleh tipu lagi! Aku cuba kunci pintu hatiku dari menghadirkan perasaan cinta padanya, tapi kunci hatiku terbuka kerana perasaan cinta yang membara ini.
Zafran menghadiahkan aku senyuman sebelum dia masuk ke tandas.
Mukaku sudah mula panas dan kemerahan. Aku menelan seteguk air tapi mukaku masih panas. Aduh! Macam dah tak ada aircond dekat hotel ni!
YOU ARE READING
KAU BINI KONTRAK JE!
RomansaSebuah perkahwinan yang melibatkan kontrak, Dian, seorang gadis yang telah membuat keputusan untuk hidup sendiri tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung dirinya. Zafran, seorang lelaki yang menganggap perkahwinan adalah sebuah be...