BAB 22

4.5K 147 10
                                    

Zafran keluar dari bilik berserta Tai warna pink, haa, kan cantik tu! “Sayang, I dah pakai Tai warna pink ni, so jangan merajuk eh?” soalnya sambil memegang tanganku. Haih, tak tahulah kenapa hati ni sensitif sangat kebelakangan ni.

“Handsome je I tengok. Kenapa you nak malu?” saja aku buat–buat merajuk lagi. “Iya sayang, sorry eh?” lembut sahaja dia membalas. Aku memberi satu pelukkan sebelum dia berangkat ke tempat kerja.

Zafran membalas pelukkanku, semakin erat pula. Aku ingin melepaskan pelukkannya, tapi tersekat! “Eh, taknak pergi kerja ke?” soalku. “Susahlah nak lepaskan sayang. Kiss dulu.” Itu sajalah permintaannya. Aku cium pipinya dan pelukkan tadi dilepaskan.

“Kedekutlah sayang, kenapa kiss dekat pipi, kenapa tak dekat sini?” ujar Zafran sambil menunjuk bibirnya. “Dah, nanti you lambat pergi kerja.” balasku. Dia hanya mengangguk seraya menghadiahkan senyuman padaku sebelum bertolak ke tempat kerja.

__________________

Zafran hanya berjalan sehingga pintu masuk, dia hanya mampu menahan malu bila pekerjanya memandang pelik ke arahnya, tak apa, asalkan bini sayang, dia buat aje.

Sedang Zafran sibuk membuat kerja, seseorang telah mengetuk biliknya. “Masuk..” arah Zafran. Tubuh itu terus masuk dan berhadapan dengan Zafran. “Weyh, kau buang tebiat ke?” terus dia melepaskan ketawa terbahak–bahak.

“Eh kau ni, tak payah sakitkan hati aku tak boleh ke?” ujar Zafran sambil memberi jelingan maut terhadap lelaki itu, Firash. “Tak adalah, kenapa kau pakai Tai warna pink ni? Mood isteri mengandung ke?” soal Firash sambil menahan tawa.

Selalu bukan main smart lagi, tapi kali ini, pink menyala dipakainya. Memang terkejutlah sahabat baiknya itu. “Bukanlah, isteri aku yang suruh aku pakai ni, tapi lantaklah, apa orang nak kata, kata jelah. Isteri aku lagi penting.” dia terus sambung menulis kertas kerjanya.

“Isteri lagi penting? Wow, aku suka dengan perubahan kau. Sejak ada Dian ni, perangai kau berubah 100 peratus!”

“Sama je aku rasa..”

“Apa yang samanya, dulu kau pentingkan kerja, langsung tak berminat dengan cintan–cintun ni.”

Zafran hanya melayan sahabat baiknya itu, ada betulnya juga. Sejak adanya Dian, dia juga telah banyak berubah.

___________________

Aku membuka mata dan terlihat Zafran sudah bersiap–siap. Tapi yang peliknya, dia pakai T-shirt bukan kemeja. “You tak pergi kerja ke?” soalku dengan suara serak basah.

“Tak, you pergilah bersiap, kita buat check-up.” nak terkeluar anak mata ni bila dikata begitu, check-up? Itukan untuk orang mengandung je!

“Kenapa tiba–tiba nak buat check-up?”

“Mama suruh.”

Balasnya dua patah. “You tahu ke check-up tu apa?” soalku pula, nampak macam tak excited pun, seolah–olah tak tahu apa maksud check-up. “Dia nak cek seluruh badan you lah kan? Mana tahu you ada sakit.” aku menepuk dahi, perkara asas macam ni pun dia tak tahu!

Aku hanya berdiam diri, akupun tak tahu kenapa kena buat check-up, aku masih belum ada kesan–kesan orang mengandung. Haih, mama nak cucu sangatlah tu.

Zafran terus memandu sehingga ke sebuah klinik. Aku dan Zafran masuk bersama dan membuat pendaftaran. Kami menunggu sehinggalah giliran kami. “Nur Dian Dayana?” aku dan Zafran terus masuk apabila dipanggil.

“Encik Zafran tunggu sini ya. Kami buat check-up.” Zafran hanya terpinga–pinga, langsung tak tahu apa yang berlaku. Sesudah buat check-up. Kami terus duduk untuk menunggu keputusannya.

“Tahniah Encik Zafran, awak dah jadi seorang ayah, kandungan dalam perut puan Dian dah seminggu.” mulutku terlopong, begitu juga Zafran, yang tadinya tak tahu apa–apa terus terkejut beruk.

“Mak.. Maksud.. Doktor, isteri saya mengandung?” soal Zafran lagi yang masih tidak dapat mempercayai kata–kata doktor itu. “ya Encik Zafran.” balas doktor itu sambil tersenyum.

Aku masih lagi terkejut dengan keputusan itu, tak ada simptom apa–apa, tiba–tiba mengandung. Perut ni pun belum rasa apa–apa lagi.

Selepas keluar dari bilik itu, Zafran terus memelukku, bahagia sangatlah tu. “Thanks sayang..” dia menghadiahkan ciuman di dahiku sebelum keluar dari klinik itu.

KAU BINI KONTRAK JE! Where stories live. Discover now