BAB 9

5.5K 176 2
                                    

“Habistu kalau bukan boyfriend, bakal suami baru?” Zafran sudah merengus kasar.

Aku terdengar seperti ada orang jelous pun iya juga. Kenapa nak ambil kesah? Aku hanya bini kontrak.

“Dia bukan sesiapa, dia adalah pengacau I dari dulu sampai sekarang. Puas!”

Zafran terus diam, tapi mimik mukanya masih menunjukkan dia tidak puas hati.

“And, kenapa you ambil berat sangat pasal kehidupan I? I hanya bini kontrak. Lepas lima bulan kita cerai! Jadi apa masalah you!” aku terus bangun dan menaiki tangga.

Aku intai dari jauh, Zafran sedang menggaru kepala. Baru kau tahu!

__________________

“Kau ni kenapa Zafran, wake up la! Kau tak boleh jatuh hati dengan sesiapa pun termasuklah bini kontrak kau. Jangan Zafran, nanti bisnes kau lingkup!” itu sahaja moto kehidupan Zafran setelah tamat belajar disekolah menengah.

Sepanjang dia di universiti, satu sahaja yang dia fokus. Mahu mempunyai pekerjaan yang tinggi, dan masa depan yang cerah. Dia langsung tidak berfikir soal cinta seperti budak sekolah menengah dan universiti yang sibuk bercinta.

Patah hati kerana cinta, bunuh diri kerana cinta, rosak kerana cinta. Itu yang membuatkan dia bertambah jauh hati pada perasaan yang dinamakan cinta. Dan apa yang ada dalam fikirannya, bisnes. Duit yang banyak. Itu sahaja.

Perasaan cinta? Dia buang jauh–jauh. Tidak mahu ada kaitan langsung dengan CINTA. Perempuan se–seksi mana pun yang lalu dihadapannya, dia buat tak endah. Kerana? Dia tidak pandang. Haha, kalau dia pandang? Apa akan terjadi?

Zafran berjalan kehulu–kehilir, sedangkan, sudah lewat waktu untuk bekerja.

“Hah aku boss, biarlah tak datangpun!” ujarnya sendirian.

Kali pertama dia mengabaikan pekerjaannya. Adakah ini disebabkan gadis yang bernama Dian?

Zafran mengambil keputusan untuk menaiki tangga dan mengorak langkah ke bilik mereka.

*********

Aku hanya duduk di atas katil, banyak dalam fikiran ni pasal mamat tu je! Tiba–tiba aku terdengar bunyi ketukan. Hah! Nak pujuk aku ke? Come on la. Ni Dian, takkan berhasil punya!

Setelah bunyi ketukan pintu itu bertambah kuat. Aku membuka pintu, takut nanti roboh pula!

“Kenapa?!” hah, biar aku pula yang menengking.

“So.. Daniel tu bukan siapa–siapalah?” itu yang ditanya? Ingat nak pujuk tadi.

“Bukanlah!” hish geramnya! Aku ingin menutup kembali pintu tersebut tetapi badanku dipeluk oleh makhluk dihadapan ini. What happen?!

“Maafkan aku sebab salah faham. Kau tak patah hatikan?” soalnya dengan nada lembut. Tahupun layan aku elok–elok. Aku melepaskan pelukan tersebut. “Hmm..” itu sahaja yang aku balas.

“Ehem–ehem.” dia membetulkan suaranya, dah kenapa? Ada masalah tekak ke? Ke tertelan tulang?

“Kalau dah okay, you can do your work. Wash the dishes.”

hei! Aku belum maafkanlah!

Aku hanya jawab 'hmm' dia ingat aku dah maafkan? And boleh pulak terus memberi arahan? Geramnya! Aku terus berjalan ke dapur dan membasuh pinggan dengan hati yang terpaksa.

Orang tengah gaduh ada mood ke nak kemas rumah? Sah ada mental mamat tu!

“Jangan hempas–hempas pinggan tu. Nanti pecah aku juga yang kena ganti baru.”

Aku mendengar suara yang berleter dari belakang. Kalaulah aku boleh buat sesuatu dekat kau Zafran!

Selepas habis membasuh pinggan, aku berehat di atas sofa. Dahlah tak cukup rehat, langsung tak ada belas kasihan! 

“Penat ke?” soalnya dengan muka yang tidak bersalah.

“Penatlah!” bila dah sepatah aku jawab, tandanya aku memang bengang tahap gila.

“Actually, mama nak kumpulkan kita semua untuk dinner harini.” ujarnya sambil memegang tengkuk.

“Dah tu, dah tahu kita nak keluar. Kenapa suruh I buat kerja? Penat tahu tak?”

“Yeaa.. Memang penat. Tapi itu kan tanggungjawab seorang isteri?”

“Okay, I taknak pergi dinner!”

“Kenapa pulak?”

“Sebab ini adalah hak I sebagai seorang bini kontrak!”

Muka aku sudah mula serius. Bila kau pertikaikan tentang tanggungjawab. Mestilah kena pertikaikan tentang hak juga kan?

“You know what.. Budak kampung lagi elok dari you tahu tak? Baru basuh pinggan dua orang dekat rumah ni, dah mengeluh. Eh better I cari isteri kampung tau? Diorang tu tahu semua benda. And benda–benda macam ni? Diorang dah biasalah!” amboi, ceramah nampak!

Jangan samakan budak kampung dengan anak Dato. Tak sama! Aku memang dah diajar ada bibik. Macam mana aku nak biasakan diri dengan kerja rumah? Even kau pun tak pandai buat kerja rumah. Nak loya buruk pasal aku pulak!

“You are the same Zafran, you punyalah banyak komplen. You reti ke buat semua kerja rumah ni? Entah–entah you are worse than me!” giliran aku pula untuk menyindir.

“Siapa kata? Walaupun aku anak Dato, aku seorang yang kemas. Well, kau pernah datang office aku kan? Itu aku yang jaga sendiri. Bukan pertolongan dari siapa–siapa.”

Fuh, apa aku boleh jawab? Dia terlalu perfect. Mr. Perfect 10 betul! Tapi perangai, Mr. Zero terus!

KAU BINI KONTRAK JE! Where stories live. Discover now