Sudah sebulan sejak kami mendirikan rumah tangga semula. Hari ini, entah kenapa aku teringin sangat nak belikan hadiah untuk Zafran. Habis sahaja kerja, aku terus menuju ke Nion Mall. Aku pergi ke arah kedai yang menjual bermacam Tai.
Bila dibelek–belek, berkenan pula melihat Tai berwarna pink terang, kalau Zafran pakai, mesti comel! Aku terus mengambil Tai itu dan membuat pembayaran.
_____________________
Aku membuka daun pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihat Zafran balik awal pula begitu juga dengan aku.
“Sayang dah balik? Awalnya.” ujarnya sambil membuat reaksi sedikit terkejut. “Yelah, kes semua dah settle. Jadi I baliklah. Esok boss bagi cuti sebab I dapat selesaikan 200 kes dalam tiga hari.” ujarku dengan panjang lebar sambil tersenyum.
“Wow, 200 kes? Bersungguh–sungguh eh?”
“Mestilah, dah memang cita–cita I.”
“Tapi kenapa you tak layan I bersungguh–sungguh?”
Eh, macam menyindir aje. “Yeke? Sorry, jangan merajuk eh?” sejujurnya, dia lebih suka aku duduk di rumah berbanding kerja. Iyalah, dia mampu untuk menanggung aku seumur hidup, cuma aku saja yang minat bekerja. Tak apa, asalkan hidup bahagia.
Kami berehat dan menonton tv bersama, sementara ada masa kan? Tiba–tiba tekak ku terasa hendak makan sesuatu, terus aku bersuara pada Zafran. “You.. I nak durian..” pintaku dengan suara manja.
Mata Zafran sedikit membulat. Dah kenapa pula? “Sayang, bukan you tak suka durian ke? Sejak bila minat durian ni?” soalnya sambil menatap wajahku. Eh, betullah, aku tak suka durian. Tak apalah, manusia kan sentiasa berubah. “Alah, tapi I teringinlah..” aku cuba memujuk Zafran.
“I boleh je beli, tapi sekarang ni bukan musim durian, musim durian dah lepas. Mana I nak cari duriannya sayang?” ujarnya dengan nada lembut. Aku muncungkan mulut. Terasa hampa bila tidak dapat menunaikan kehendakku.
“Alah... You carilah, mana tau ada durian lagi.”
“Haih, sayang ni peliklah, tak apalah. Untuk sayang, I pergi cari.” Zafran terus bangun dari sofa dan mengambil kunci kereta.
15 minit kemudian, aku menunggunya dengan penuh bakti. Haraplah ada durian tu, dah teringin sangat ni! Dua jam kemudian, Zafran masih lagi belum tiba. Aduh, takkan tak ada kot? Tiba–tiba bunyi enjin kereta menghampiri banglo kami. Itu mesti Zafran!
Aku berlari anak untuk membuka pintu, excited ni! “Ada tak durian?” soalku dengan penuh harapan. “Ini, tu pun ada satu je. Sebab tak ada orang beli. Ni bila..” belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya, aku terus merampas durian itu dari tangannya.
_________________
Sudah pukul 9 malam. Aku masih berehat dibilik, Zafran tenungku lain macam. Jangan cakap dia nak berubah balik! “Kenapa pandang I macam tu?” soalku. “Tak adalah, perangai you peliklah. You ada masalah ke?” soalnya pula. Aku mana ada masalah. Bahagia aje ni!
“Tak ada..” balasku. Zafran masih merenungku. Haih, tak selesa pula apabila ditenung begitu. “Okaylah, I nak tidur.” ujarku, terasa mengantuk pula. “Awal lagi, bukan ke sayang selalu tidur pukul 2?” aduh, banyak pula soalan. Macam detective Conan!
_____________________
“Sayang.. Bangunlah. I nak pergi kerja dah ni.” aku terus membuka mata, terlihat Zafran sedang senyum menunggu aku untuk bangun. “You, I ada hadiah untuk you.” aku terus bangun dari katil dan mencapai beg tangan. Aku mengeluarkan isi di dalamnya.
“Nah.” aku menyerahkan Tai berwarna pink itu sambil tersenyum riang. “Untuk siapa ni? Boss you suruh pakai Tai ke?” soalnya pula. Kenapa pulak aku nak pakai Tai, aku perempuan. “Ish you ni, bukan I lah. Tapi you.” Zafran mula membuat muka resah.
“Sayang.. Tai ni pink, takkan you nak suruh I pakai?”
“Iyalah, apa salahnya?”
“Nanti pekerja I nampak..”
Aku terus mencebik, dia lebih pentingkan hati pekerjanya berbanding aku? “So, pekerja lagi penting dari I lah?” soalku sambil berpeluk tubuh.
“Bukan macam tu sayang, janganlah merajuk. Lagipun pink tak sesuai dengan I.” dia masih enggan menerima hadiah dariku. Apa salahnya pakai aje?
Aku terus keluar dari bilik, terasa pedih pula hati ini apabila Zafran menolak pemberianku. Aku punyalah teringin untuk melihat dia dengan Tai pink itu, lain pula jawapannya.
*********
Sewaktu Zafran hendak mengejar Dian, telefonnya berbunyi. Dia terus mengangkat panggilan tersebut.
“Hello Ma?”
“Ni mama nak tanya khabar kamu berdua.”
“Kami tengah tak okay..”
“Maksud kamu?”
“Ni perangai Dian pelik sangat..”
“Pelik macam mana?”
“Semalam dia suruh Zaf belikan durian, harini dia suruh Zaf pakai Tai warna pink. Pink original punya, Zaf taknaklah.”
Datin Azfah hanya tersenyum mendengar aduan anaknya itu. “Pakai jelah, lagipun anak mamakan handsome.” dia turut bersetuju dengan menantunya. “Taknaklah ma, Zaf ni boss.” Datin azfah menggelengkan kepala, terlalu taksub dengan gelaran 'BOSS'.
“Zaf.. Cuba kamu dengan Dian buat check-up.” Datin Azfah memberi cadangan. “Check-up? Dekat hospital ke?” soalnya seolah–olah tidak pernah mendengar ayat itu sebelum ini.
“Iya..” Datin Azfah menepuk dahinya kerana anaknya langsung tidak tahu apa–apa. “Okay ma, jadi Tai warna pink tu?” soal Zafran lagi. “Pakai je, ada hikmah disebaliknya. Jadi pakai je, kesian Dian.” zafran pelik mendengar jawapan itu.
“Hmm, perlu ke ma..”
“Pakai je, kamu tu boss, kamu boleh buat apa–apa je.”
Akhirnya Zafran bersetuju untuk memakai Tai berwarna pink itu, entah apa hikmahnya pun tak tahulah.
YOU ARE READING
KAU BINI KONTRAK JE!
RomanceSebuah perkahwinan yang melibatkan kontrak, Dian, seorang gadis yang telah membuat keputusan untuk hidup sendiri tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung dirinya. Zafran, seorang lelaki yang menganggap perkahwinan adalah sebuah be...