Aku terdengar bunyi bising. Ada juga bunyi pintu dibuka, siapa pulak tu?
“Maafkan saya tuan, saya terlambat sikit.” eh suara perempuan? Okay suara macam dah tua. Haih Zafran ni, tak habis–habis buat masalah.
Aku turun ke bawah untuk mencari empunya suara itu. Terlihat seorang makcik sedang berdiri di luar pintu sambil membawa beg besar ditangannya. Takkanlah!.
“Dian? Haa, ini bibik kita mulai harini, so, tak payahlah susah–susah nak kemas rumah semua. Biar bibik yang buat.” ujarnya padaku.Bukan ke dia taknak bibik? Kenapa tiba–tiba berubah hati? Sebab nak pujuk aku ke? Haih, buntu!
Aku hanya melihat wanita tua itu atas bawah, rupa macam makcik dekat kampung. Maksudnya betullah tu bibik.“Kau okay tak? Ke nak aku cari bibik lain?” soalnya apabila melihat aku hanya berdiam.
“I tak kesah pun. Ada bibik lagi senang, tak perlulah I buat kerja–kerja rumah ni lagi. Tapi ada bilik kosong ke? Nampak macam bibik ni nak pindah terus je.” Dia mengangguk.
What? Ada bilik kosong? Sejak bila? Punyalah terseksa tidur sebilik dengan dia. Rupanya ada bilik lain! Zafran menaiki tangga diikuti bibik itu dan dia menyentuh dinding di sebelah bilik bacaan. Eh boleh bukak?!
Wow, pandai kau tipu aku! “So, ini bilik Mak Da mulai harini.” aku mengintai bilik tersebut. Okay kecil sedikit dari bilik kami. And tak ada yang luar biasa dalam tu. Simple aje..
________________
Aku sedang duduk di ruang tamu, tiba–tiba ternampak kelibat seseorang. Aku mula mengambil langkah berhati–hati. Sebaik sahaja makhluk itu keluar, aku terus mendapatkan Zafran yang berada di sekitar ruang tamu.
“Zafran, ada pencuri! Macam mana ni!” soalku ketakutan sambil memeluk badannya yang sasa itu.“Mana pencuri?” soal Zafran dengan serius.
“Itulah! Belakang I!” tiba–tiba aku terdengar bunyi ketawa. Kenapa pula dia ketawa?
“Itu Mak Da, bukan pencuri. Ni, sampai bila nak peluk aku?” alahai, dah biasa hidup dua orang. Tiba–tiba tambah lagi sorang, pakai jubah hitam pulak tu.Siapa tak takut? Aku terus melepaskan pelukan aku tadi.
“Maafkan saya Puan.” rayu wanita tua itu. Aduh, bukan salah dia pun, salah baju tu!“Lain kali bibik tak perlu pakai jubah, nanti susah nak buat kerja, pakai je apa bibik rasa selesa.” ujarku dengan wajah tenang.
Aku bukanlah orang kaya yang kejam pada bibiknya, aku anggap dia sebagai orang yang lebih tua dari aku. So, kena hormatlah!
Tiba–tiba telefonku berdering, aku terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello Dian, can we meet. Ni I Daniel.”
“No, Jangan kacau I lagi. I dah ada boyfriend.”
“Siapa boyfriend you tu? Alah kita meet sekejap aje.”
Aku terus meletakkan panggilan tersebut. Zafran hanya memandang aku yang sibuk dengan telefonku.“Siapa call?” soalnya.
“Daniel.” aku berterus terang, lagipun, dia sudah tahu siapa Daniel.
“Mak Da, kemas dekat bawah dulu, saya ada benda nak cakap dengan dia.” dia terus menarikku naik ke atas. Sebaik sahaja ditingkat atas, dia melepaskan tanganku.
“Kenapa ni? ”
“Daniel tu siapa sebenarnya?”
“Pengacau, kan I dah bagitahu.”
“Lain kali, cakap je kau dah ada suami. Barulah dia tak kacau.”
“You sanggup ke terima gelaran suami tu?”
Dia terus terdiam. Mukanya memandang ke bawah, dah berubah sangat perangai kau ni. Selalunya menjerit macam nak terkeluar anak tekak. Sekarang ni, nak jadi gentleman ke?
Semasa aku hendak beredar, dia menarik tanganku. Kenapa pulak ni?“Kau.. Dah maafkan aku ke?” soalnya sambil matanya penuh harapan.
“Hmm, iyalah. I maafkan.” Dia terus memelukku, terkejut aku apabila dipeluk. Confuse!
Setelah meleraikan pelukan, masing–masing membetulkan suara. Dua–dua dah sakit tekak!
Keesokan harinya, aku bersiap–siap untuk flight ke korea. Seperti yang dijanjikan pada mamanya, dia betul–betul membuatnya. “Betul ke nak pergi south korea? Macam tak betul je.” soalku, seakan mimpi untuk pergi ke Korea secara tiba–tiba.
“Betullah, we have enough money for the trip to Korea. Kenapa macam terkejut?” hush, dia perasan riak wajah aku yang terkejut tu. Iyalah, jauh tu. Korea lagi tu! Well, peminat juga disini.
“Mak Da, mak Da jaga rumah. Tu, kalau mak Da buat hal, guard ada dekat luar. Apa–apa jadi. Jail menanti.” fuh, walaupun aku bukan bibik, tetap meremang bulu roma ku.
YOU ARE READING
KAU BINI KONTRAK JE!
Storie d'amoreSebuah perkahwinan yang melibatkan kontrak, Dian, seorang gadis yang telah membuat keputusan untuk hidup sendiri tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung dirinya. Zafran, seorang lelaki yang menganggap perkahwinan adalah sebuah be...