Special Chap 2

3.4K 131 2
                                    

Tidak lama kemudian, Zafran keluar dari bilik dengan wajah hampa. Haih, teruk sangat ke aku layan dia?

“Baba..” Zafran terus datang ke arah Wafiy sebaik sahaja Wafiy memanggilnya.

“Can you call me papa?” soal Zafran seraya mengangkat tubuh kecil itu.

“Baba.. Bababa..” Zafran tersengih sendirian, kebanyakan masa yang diluangkan hanya bersama si anak.

“Dah–dah, jom papa tidurkan.” dia terus menggendong tubuh kecil itu hingga ke tingkat atas.

Sesudah anaknya tidur, dia pergi ke bilik dia dan Dian semula. Terlihat Dian sedang tertidur di atas kertas–kertas kerjanya. Zafran menggelengkan kepala lalu mendekati isterinya.

“Sayang.. Kenapalah you bebankan diri you dengan semua ni.” dia mengangkat tubuh isterinya dan diletakkan atas katil. Diselimutkan selembut mungkin supaya isterinya tidak terjaga.

“Night sayang..” dia memberi ciuman di dahi sebelum dia melelapkan mata.

_________________________

“Sayang bangun..” terasa seperti orang mengejutku. Hish, kacau betul!

“You bangunlah dulu.. 5 minute..” balasku dan cuba untuk melenakan tidur kembali.

“Sayang, kalau you tak bangun, you takkan boleh bangun dari katil ni in 10 second.” aduh, Zafran dengan ugut dia memang tak lekang.

“Yelah-yelah, I bangun.” aku terus duduk dan menyandarkan belakangku di kepala katil sambil berpeluk tubuh.

“Bagilah senyum sikit. Pagi–pagi lagi dah monyok.” tegur Zafran.

Aku teringatkan kata–kata Zafran semalam. Aku banyak luangkan masa dengan kerja, haih, pening memikirka hal ni.

“You dah bosan dengan I ke?” tanya aku.

“Apa maksud sayang?” soal Zafran pula.

“Yelah, I tak banyak luangkan masa dengan you. Mesti cinta you makin sikitkan?” aku tak tahu kenapa soalan ini yang keluar dari mulutku.

“Apa you cakap ni sayang? Cinta I dekat you tak pernah berkurang. You are my first love and I will be forever with you. Cuma, kita patut luangkan masa bersama betul tak? I rindulah nak dating dengan you. But I faham, kerja peguam memang sibuk.”

Nampak riak kecewa dari wajahnya. Tak lama itu aku tersenyum kecil. Mula–mula cakap kena luangkan masa bersama, lepastu backup kerja aku pulak. Mana satu ni Zafran?

“So, you nak I buat apa sekarang?” aku minta pendapat darinya.

“Hah? Mm, tak apalah. You kerja je lah, itu kan memang cita–cita you.” ada nada kecewa di akhir ayat. Apa dia nak sebenarnya?

“You nak I berhenti kerja?” aku cuba meneka.

Anak mata milik Zafran mula beralih. Haih Dian, jalankan tugas kau sebagai seorang isteri.

“Kalau you nak I berhenti, I boleh berhenti.” ujarku sedikit terpaksa. Aku tidak ingin meninggalkan cita–cita yang sudah aku kecapi, tapi aku tak boleh derhaka pada suami. Lagipun setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.

“Sayang. I tak tergamak pun nak minta you lepaskan kerjaya you. Cuma I berharap, you pandai bahagikan masa antara kerja dan keluarga.” hatiku lega mendengar kata–kata Zafran.

____________________

Aduh, laparnya. Korang rasa siapa yang jalankan tugas pemasak dekat sini? Mestilah Zafran. Aku masih merangkak lagi dalam bidang masakan.

Tiba–tiba aku tergelincir dan terhempas kuat ke lantai. Aduh, sakitnya! Siapa punya kerja ni?

“Aduh..” aku mengaduh kesakitan. Zafran terus mendapatkanku yang sudah jatuh terjelopok di atas lantai.

“Sayang! Macam mana you boleh jatuh?” soal Zafran.

“Ada air dekat lantai. Sakitlah..” aku mula merengek, aku memang tidak tahan kalau tercedera dimana–mana. Perlahan–lahan air mataku mula menitis.

“Sayang, boleh jalan tak?” tanya Zafran.

Dia cuba membangunkanku, tapi kaki ni rasa macam tulang dah patah. Hish, macam mana nak jalan?

“Biar I angkat you sampai dekat kereta. Kita mesti pergi hospital sekarang jugak.” dia terus menggendong aku sampailah ke kereta. Di buka pintu itu dan aku dimasukkan berhati–hati.

Sebaik sahaja Zafran ingin start enjin. Aku terasa seperti ada yang kekurangan, Wafiy! Ya Allah, macam mana boleh lupa ni?

“You! Wafiy dekat dalam!” Kelam kabut Zafran mendapatkan Wafiy yang masih berada di dalam rumah.

__________________

3 HARI KEMUDIAN

“Sayang, aaaaa.” dia cuba untuk menyuruh aku membuka mulut untuk menyuapkan makanan. Hish tak fahamlah Zafran ni, kaki aku yang patah bukan tangan.

“I boleh makan sendiri.” aku menolak pelawaannya.

“Masa ni lah I nak luangkan masa dengan you. Please.. I teringin nak suap you.” aku mengeluh berat lalu membuka mulut, sebaik sahaja Zafran menyuap makanan itu, aku terus mengunyah sambil mataku tidak berkelip memandang Zafran.

“Kenapa? I handsome sangat ke? Atau terharu dengan I?” dia mula perasan.

Tapi aku tak rasa meluat, sebaliknya aku rasa serba salah. Aku terus berhenti mengunyah.

“Sorry you, I banyak buat you kecewa. I lebih pentingkan kerja daripada you.” pantas Zafran memelukku.

“Jangan cakap macam tu, I tak pernah langsung kecewa dengan you. Selagi you disamping I, I rasa bersyukur sangat. Kalau nak cakap siapa salah, I yang salah. Kesalahan I dulu layan you teruk–teruk I masih ingat lagi.” luah Zafran.

“You, I dah lupakan semua tu. Janganlah rasa bersalah.” pujukku pula.

“Sayang, walaupun you dalam keadaan macam ni, ada hikmahnya jugak. Dapat I jaga you, luangkan masa dengan you. Allah bagi peluang dekat I untuk jaga you. I love you sayang.” Aduh, sejujurnya aku terharu, kata–kata itu memang tulus dalam hatinya. Dia benar–benar ikhlas menjadikan aku sebagai seorang isteri.

“I love you more Dato Zafran.” balasku.

“Don't call me Dato, call me abang ke, biy ke..”

Eh dah mula mengada dia tu. Aku tak biasa panggil dia dengan panggilan tu. Sangat tak biasa.

“Cepatlah, nak dapat pahala senang je, buat apa yang suami suruh.” eh eh, dia kaitkan pahala dan dosa pulak.

“Mmmmm ab.. b.. bang..” ucapku dengan nada perlahan. Gelilah!

“Lagi sekali sayang, abang tak dengarlah.” melirik saja suara mengadanya.

“Ya abang..” balasku dalam keadaan terpaksa.

“Can i do it now?” keningku terangkat sebelah, apa maksud dia?

“Boleh abang bawak sayang dekat bilik?” aku menampar kuat lengannya. Dia ni kalau dah bagi peluang, digunakan peluang itu habis-habisan.

“Sakitlah sayang.” Adu Zafran.

“Tahupun, suka sangat menggatal tak bertempat.” balasku geram.

“Yelah, yelah, I menggatal lain kali jelah ye?” aku mahu memukul lengannya tapi sempat dia menyambut tanganku dan mula mengangkatku dari kerusi.

“I love you sayang. I love you dunia akhirat.” dia terus memeluk badanku dengan erat. Haih, banyak betul adegan sawit antara kami.

Moga jodoh kami berpanjangan, dan berilah kami kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

KAU BINI KONTRAK JE! Where stories live. Discover now