DINGIN 🌬

47 9 10
                                    

Mangga dibuka oleh Yoongi.  Keadaan agak jangal dan sunyi.  Wajah Yoongi agak dingin. Pintu dibuka, mangga di sangkut pada pintu pagar.  Tanpa membuang masa Aira lantas masuk dan mengunci pintu. Kunci disangkut pada penyangkut kunci. 

Aira menoleh ke arah Yoongi yang sedang menaiki anak tangga

"siap kan air mandian" Yoongi bersuara tanpa menoleh ke arah Aira. Suaranya dingin. 

Aira sekadar mengangguk.  "aku ada buat salah ke? " soal Aira pada dirinya sendiri. Dia berlalu ke bilik mereka berdua untuk meletakkan beg tangan.  Selepas itu baru lah dia ke bilik air untuk membuat air mandian. Tidak sampai seminit Aira keluar dan pergi ke katil. 

"awak nak suam atau panas? " soal Aira pada Yoongi yang sedang baring di katil.  Satu tangan diletakkan di dahi. Kedua dua matanya tertutup

"hm" balas Yoongi.  Aira berkerut

"hm? Hm apa? Panas atau suam?" soal Aira lagi. 

"panas suam" balas yoongi.  Matanya masih tertutup rapat. 

"awak jangan main main saya ada banyak tempahan untuk dibuat ni" mata Yoongi terbuka. Wajah Aira dipandang.  Matanya disepetkan. 

"dah kalau susah sangat biar saya yag buat! "

Yoongi bangun dan ke bilik air.  Pintu bilik air ditutup kuat. 

Dum!

Terangkat bahu Aira kerana terkejut.  Aira mengeluh dan duduk di birai katil

"kalau Aira harus bersabar dengan derita, Aira terima" Aira tersenyum kelat.  "Aira kuat" Aira memberi semangat kepada dirinya sendiri

Dia keluar dari bilik tu. 

"tak apa lah Aira, 1000 tahun pun kau boleh bersabar.  Demi mommy, bukan Yoongi--"





"jangan kacau lah! " marah Somin.  Tangan adiknya ditampar sekali tetapi kuat.

"auch! " terjerit kecil lelaki tadi. 

"ha padan muka! Suka sangat kacau aku tengah buat kerja" Somin menjelirkan lidahnya. 

Jeon Jungkook menjeling "hey Somin! Aku tanya ni jawab lah! " lengan Somin ditarik tarik oleh Jungkook.  Somin menepis dan menjeling kasar. Rambutnya dirapikan

"apa?! " marah Somin. 

"cepat lah!  Apa nama kawan kau yang lawa tu" senggih Jungkook.  Terserlah gigi bunny nya itu.  Comel. Tak lari bagai anak kecil

"ahh kau! Cari lah sendiri. Aku nak buat kerja lah" Somin menyambung kerja nya. Dihiraukan adiknya yang sedang merengek mengada!

"ah nonna! Hajimaaa~" Jungkook menayangkan riak kecewa nya tapi langsung tak diendahkan oleh Somin.  Tau sangat dengan perangai adiknya yang gatal ni!

"nonna~please" rayu jungkook

"nonn-a pleaseeee~~" rayu jungkook dengan mata berkaca.  Somin memandang Jungkook sekilas.  Dihempas kertas kertas kerjanya dan mengeluh kasar

"yela yela! Yang mana? "soal Somin kasar.  Jungkook mengelap air matanya yang mengalir lalu tersenggih. 

"yang nama Aira tu" Somin menampar peha Jungkook kuat. Jelingan maut dihadiahkan

"yah~nonna! Wae! " terkejut Jungkook dengan perbuatan Somin tadi. Somin mengkuak rambut nya kebelakang

"kau dah tau nama dia tanya lagi kenapa?!"

[OG] Where The Love BornWhere stories live. Discover now