2 tahun kemudian.
"aiguuu Cho Rong"
Pipi gebu anak Jihyo digigit menggunakan bibirnya.
Geram, makin lama makin berisi anak pasangan Jihyo dan Hoseok tu.
Tiba tiba Jihyo datang dari dapur, menuju ke arah anak perempuan nya.
"sorry lah Aira, suruh kau jaga anak aku.. Hoseok tu outstation."
"tak apa, aku faham."
"Wai Rong mana?"
"tidur dekat atas."
Aira sekadar mengangguk lalu naik ke atas. Menjengguk si anak lagi sorang.
Kesian Aira melihat, Aira tahu Jihyo tu penat.
Anak 2 orang, macam macam ragam.
Ting.
Mesej masuk tiba tiba, Aira membuka phone nya
Message
+037584900
-dukacita dimaklumkan puan Min Yu Ri, ibu kepada Doktor Min Yoongi meninggal dunia pagi tadi atas faktor kesihatan. Sila ke jalan Hang Dong, Seoul sebagai penghormatan terakhir.Usai membaca, Aira menutup mata lama. Mummy dah tak ada?
Mata Aira yang basah itu memandang Cho Rong yang lena tidur.
"Jihyo.. Aku bawak anak kau jalan jalan ye"
"ye! Okay"
***
Gambar mummy dipandang sayu. Sekitar mata Aira merah dan panas.
Mummy, tenang ya disana. Aira minta maaf hancurkan harapan mummy. Aira sayang mummy.
Aira menunduk hormat dihadapan gambar itu lalu dia mencium ubun ubun kepala anak Jihyo.
Aira menoleh lalu keluar dari ruang bilik itu, memberi orang lain membuat penghormatan terakhir buat bekas ibu mertua nya.
Ditengah tengah orang berpusu pusu masuk ke bilik itu, mata Aira terpaku pada tubuh yang berdiri tegak bertentangan nya.
Aira menarik nafas panjang, menahan dirinya dari menangis disitu.
Yoongi, lelaki pertama dan terakhir dalam hidupnya.
***
Yoongi dan Aira berjalan seiringan di sebuah tempat perjalan kaki.
Masing masing sedari tadi diam membisu.
"hmm"
Cho Rong merengek manja. Masih tidur, comel betul dia.
"apa nama dia"
"Jung Cho Rong"
Yoongi yang sudah tahu itu sekadar senyum. Suara wanita yang paling dia sayang.
Rindu.
"Aira.. Macam mana hidup awak?"
"okay.. Semuanya okay"
"gembira saya dengar."
"awak?"
"saya pun macam ni lah.. Masih bekerja sebagai doktor sakit puan"
"isteri awak?"
Yoongi tersenyum senget, dia mengeleng perlahan.
"tiada.."
".. Lagi pun untuk apa lagi, mummy bukan nampak pun anak saya nanti.. Jadi saya rasa begini lebih baik.."
".. Mummy sayangkan awak sangat, dia meninggal sebab rindu kan awak sangat. Saya nak hubungi awak tadi awak tukar nombor.."
Air mata Aira segera jatuh. Kenapa lah dia terlalu pentingkan diri sendiri sampai mummy sendiri boleh tak tanya khabar"
Mereka berdua berhenti lalu duduk disebuah bangku.
"saya pun rindukan mummy.."
"mummy tahu awak rindukan dia"
Yoongi membalas. Air mata nya pun tidak dapat ditahan.
"saya bersimpati Yoongi.."
".. Saya sentiasa ada untuk awak luahkan segalanya. Saya pun nak minta maaf dekat awak atas semua kesalahan saya. Kalau diberi peluang saya nak minta maaf pada mummy sebab tak dapat tunaikan permintaan dia untuk jaga awak.."
".. Awak jaga diri. Cari seseorang yang boleh jadi peneman hidup awak untuk selamanya.."
".. Saya harap awak hargai masa yang ada semasa mummy masih hidup, kita takkan jangka apa akan berlaku selepas ini.. Sama seperti masa kita berkahwin, awak tak hargai saya.. Dan selepas itu baru awak sedar kesilapan awak.. "
Yoongi mendimkan diri, sekadar mendengar. Betul kata Aira.. Kita takkan tahu apa akan berlaku selepas ini jadi kita harus menghargai apa yang datang.
" selamat tinggal, saya dan Han Daejoon sangat rindukan awak. Ada masa saya bawa dia pada awak. Jaga diri, jaga makan."
Masih tiada balas, Aira bercadang untuk pergi dari situ. Dalam 3 langkah, Yoongi memanggil.
"i love you.."
Aira berhenti dari berjalan, terkejut mendengar ayat yang keluar dari bibir Yoongi.
Perlahan lahan dia memusingkan badan nya.
"apa?"
"i love you.. I really love you"
Air mata Aira menitis jatuh ke pipi. Kenapa berat untuk saya lupakan awak Yoongi.
Aira sekadar mengangguk sebelum beredar.
"i love you too..."
"dan tak mudah untuk saya lihat awak berkahwin lain, dan mempunyai anak Yoongi.. Tak mudah. Saya sakit"
"apa yang datang akan saya lalui dengan tabah. Yang berlalu akan jadi pengajaran dan kenangan untuk saya. Awak takkan terganti dengan siapa pun.. Awak tiada ganti Yoongi.."
"saya sayang awak, selamanya"
Tamat
Assalamualaikum, hiiii akhirnya tamat cerita ni aduhai, saya rasa dari 2018 kot cerita ni.. Atau pun 2019.
Okay tak ending dia. Okay lah tu kan, nak happy happy buat apa bukan ada orang baca pun hihi.
Ta ta guys, jaga jarak sosial dan utamakan kesihatan okay! Tiada keperluan jangan keluar rumah. Rakyat jaga rakyat bukan rakyat jaga menteri hahahahha
Bye guys assalamualaikum ❤️!
YOU ARE READING
[OG] Where The Love Born
RandomCinta memang tak boleh dipaksa tetapi ia boleh dipupuk TETAPI tiada siapa boleh meneka jalan hidup mereka bukan? Jangan fikir dia seorang dingin dan serius akan kekal dingin "awak kata awak takkan tinggalkan saya" Sanggup mengorbankan diri sendiri...