"mummy tak sabar betul nak timang cucu. Dulu masa mummy kahwin dengan mendiang papa Yoongi, kami berusaha betul untuk dapatkan anak. 3 bulan lepastu mummy dapat tahu yang mummy dah pregnant 2 bulan..gembira dia tu jangan cakap lah! Happy betul! Dan kini mummy tunggu untuk menimang cucu pulak. Walaupun dah 1 tahun 9 bulan mummy tunggu, tak apa! Mummy setia menunggu." mummy rancak bercerita tentang detik detik gembira ketika dapat tahu Puan Min mengandung kepada Yoongi dan Aira. Pinggang Aira dipeluk erat tahu gadis itu pasti akan menangis jika Puan Min masih cerita tentang anak.
Aira mengetap gigi. Senyuman cuba dilukiskan
"mummy, sebenarnya.. Aira--" Yoongi cuba memberitahu hal sebenar tapi puan Min pantas mencantas
"Aira mengandung?! " puan Min menutup mulut. Adakah benar menantu nya benar benar mengandung? Atau sebaliknya?!
"tak mummy, aish mummy dengar dulu" tangan puan Min diraih
"sebenarnya.. Aira--Dia mandul.. Aira tak boleh mengandung--" terang Yoongi. Walau ia memeritkan untuk diberitahu, tapi puan Min harus tahu supaya puan Min tak terlalu berharap sangat
"b-betul--betul ke Aira?" Puan Min menutup mulutnya. Matanya berkaca.
Aira mengangguk perlahan sebelum setitis demi setitis cecair jernih jatuh.
Puan Min lantas bangun
"Yo-Yoongi--mummy nak ke bilik dahulu" pamit Puan Min. Dengan pantas dia mengorak langkah ke bilik. Air mata diseka kasar
Aira berdiri. Baru sahaja ingin naik ke atas, tangan kanan Aira dipegang erat oleh Yoongi.
"Aira--"
"lepas Yoongi.. Saya nak naik atas" tangan kiri Aira menyeka saki baki air matanya.
"Aira.. Jangan macam ni.. Tak ada rezeki kan" pujuk Yoongi. Aira menunduk kan wajahnya
"saya dah musnahkan harapan besar mummy Yoongi! Saya menantu paling tak berguna. Saya isteri yang tak ada manfaat Yoongi! " dada bidang milik Yoongi ditumbuk lembut. Geram dengan diri sendiri. Aira menangis dengan esakkan halus
"tak, awak isteri paling sempurna Aira.. Dah shh--saya ada disini" Yoongi
menarik Aira perlahan lahan ke dakapanya"Awak isteri saya paling sempurna Aira. Selamanya awak isteri saya. Kita--ambil Han Daejoon sebagai anak angkat? Nak?" pujuk Yoongi lagi. Aira tidak menjawab. Esakkan halusnya sahaja yang kedengaran.
"dah, saya sayang awak"
"jangan menangis lagi--"
♡
♡
♡
♡
♡"kau dah siap ke Jihyo? " soal Somin. Kaki dihayun ke bilik milik Jihyo dan suaminya. Jihyo yang berada di depan cermin hanya mengangguk lalu tersenyum.
"kau dah call Aira? Karang kita datang dia tak tau.. " Somin menyoal
Jihyo berdiri lalu menoleh ke arah Somin. Dia mengeleng.
"alah macam tak biasa pulak.. Dulu kita tiap tiap hari datang rumah dia. Macam orang gila pulak sebab jerit nama dia untuk buka pintu" Jihyo dan Somin tergelak kecil
"seminggu tu dia tak bukak pintu sebab malu kan? Hadui perangai.. Dulu mana matang even dah 27 tahun.. Sekarang kau dah mengandung dah kan?" Somin tersenyum. Dia berjalan ke arah Jihyo lalu perut Jihyo diusap lembut.
"ye...ni Hoseok Junior ni...nakal tau dia ni selalu buli mummy dia" Jihyo mengeleng
"eh dah lah.. Jom jom..Jungkook dah lama tunggu kat kereta--" Somin berlalu keluar dari rumah itu. Jihyo terkedu
YOU ARE READING
[OG] Where The Love Born
AcakCinta memang tak boleh dipaksa tetapi ia boleh dipupuk TETAPI tiada siapa boleh meneka jalan hidup mereka bukan? Jangan fikir dia seorang dingin dan serius akan kekal dingin "awak kata awak takkan tinggalkan saya" Sanggup mengorbankan diri sendiri...