UGUT 🔪

32 8 10
                                    

Yoongi membuka matanya perlahan. Matanya digosok. Aira yang berada di dada nya dipandang. Dia cuba mengingatkan kembali apa yang berlaku semalam.

Hidung nya terbau sesuatu dari dapur.

"cepat jugak dia ni masak" kata Yoongi usai menilik jam tanganya. Badan Aira diangkat perlahan lalu diletakkan kepala Aira di atas bantal

Dia melangkahkan kaki ke dapur. Matanya membulat melihat sesusuk tubuh sedang memasak di dapur.

"mo-mommy?! "





"senior senior!" panggil jimin dari jauh. Dia berlari sepantas yang boleh untuk mendapatkan Naura. Naura berpaling. Senyuman dilemparkan ke arah Jimin

"ye, ada apa Jimin? " soal Naura. Keningnya bertaut apa bila memandang Jimin yang termengah mengah kepenatan

"ah senior, doktor Min! Senior nampak? " Jimin membongkok kan badanya. Cuba mencari nafas selepas lari satu Hospital untuk mencari Yoongi

"doktor Min? Min Yoongi? " soalan dibalas soalan. Eh dok eh, untuk kepastian.

"ha ye" Jimin mengangguk. Senyuman cuba di buat oleh Jimin

"oh, dia ambil cuti harini. Dia baru mesej tadi. Ada apa ni Jimin? " fail pesakit yang berada di tangan digenggam kemas

"tak..ada seseorang nak jumpa Yoongi, syukur Yoongi tak datang" Jimin membetulkan rambut nya yang basah dek peluh

"oh siapa? "

"Wong Zhi Shial--eh Shian"





Yoongi bersandar pada peti sejuk sambil matanya memerhatikan Puan Min memasak. Puan Min meletakkan senduk di tepi. Tangan nya yang basah dilap pada apron. Dia berpaling ke arah Yoongi

"apa jadi semalam? Mommy datang subuh subuh tengok rumah gelap. Bukak lampu pun tak hidup. " kata Puan Min

"semalam tiba tiba terputus elektrik sebab kilat agaknya. Kenapa mommy tak kejut" Yoongi cuba berpura pura tenang padahal dia tersangat sangat lah malu!

"kamu berdua tidur nyenyak sangat! Ni kalau ye pun nak bermesra, bilik tidur ada. Nak jugak sofa yang kecil haish" Puan Min mengeleng sebelum menyambung masakkanya. Senduk dicapai semula

"mommy nampak apa je semalam? " soal Yoongi. Takut takut benda lain pulak yang Puan Min nampak. Kan susah

"tak ada apa, cuma berpelukkan je. Bagus lah. Kamu berdua makin rapat. Mommy suka mommy suka! " mommynya berjoget kecil. Gembira sungguh!

"ni Yoongi, haritu Uncle Kim datang ke rumah" wajah Yoongi yang dari tadi senyum mula serius.

"dia nak apa? " dingin balasan Yoongi

"dia cari Aira, dia nak Aira balik" Yoongi berpeluk tubuh.

"nak buat apa? Dah buang pastu nak balik. " sindir Yoongi. Cukup dia geram dengan ayah kepada Aira itu. Puan Min menoleh ke arah Yoongi selepas meletakkan senduk kembali.

"dia nak Aira kahwin dengan anak kawan dia. Mommy kata Aira dah kahwin dengan Yoongi. Lepastu dia mengamuk. Macam ni. Woarrr! " Mommy nya meniru kembali tingkah laku lelaki itu ketika mengamuk. Yoongi tersenyum tipis. Menahan gelak sebelum wajahnya kembali serius

"tak payah layan lah mommy, biar dia. " Puan Min membetulkan rambutnya

"kalau Yoon taknak uncle Kim ambil balik Aira, Yoon kene sayang Aira. Kalau tidak mommy akan bagitau dia dekat mana Aira sekarang." Ugut mommynya sinis. Yoongi mengangguk

[OG] Where The Love BornWhere stories live. Discover now