"apa? " Yoongi sedikit terkejut dengan jawapan Aira.
Aira memandang Yoongi dengan air mata yang tak henti henti mengalir itu. Jelas matanya sudah penat, penat menangis dan sudah penat dengan segala yang berlaku.
"lepaskan saya Yoongi.. Saya tak tahan dengan semua ni"
"Aira.. Sa-saya sayang awak"
Akhirnya air mata jantan Yoongi mengalir jua. Dia sungguh tak percaya. selama ni.. Silap dia kah?
Aira mengeleng kecil.
"kalau awak lepaskan saya dan berkahwin dengan cikgu muda tu.. Sekurang kurang nya awak ada waris.. "
"sayang please "
"saya tak mampu bertahan lagi" Aira memegang jari jemari Yoongi sebelum menyatukan ia.
"saya sayang kan awak juga.. Tapi untuk kekal bersama.. Saya tak mampu"
Sempat Aira mengelap Air mata Yoongi yang jatuh di pipi itu. Cahaya kolam yang malap itu cukup menampakkan wajah mereka berdua.
"saya tak faham. Dan saya tak mahu faham.. Saya taknak berpisah"
"bukan ke ini yang awak mahu? Bukan ke perkahwinan kita paksaan mommy? "
Yoongi terkedu. Peristiwa 3 bulan selepas mereka berkahwin berlegar di ruang ingatan.
"macam mana-"
"shhh.. I love you, tapi saya terpaksa.. "
"Aira-"
meleret suara Yoongi sambil jari Aira menyentuh lembut bibirnya. Sungguh bukan ini yang dia mahu. Kenapa Aira kena paksa dia begini?
Aira mengangguk kecil sambil muka berkerut kerut menangis.
"yup, i love you"
Aira memeluk yoongi erat. Yoongi sudah pasti itu pelukkan terakhir mereka. Yoongi membalas ikhlas. Belakang kepala Aira di usap lembut.
Kalau betul ini apa yang Aira mahukan.. Dia tidak boleh menolak. Kerana semuanya adalah silapnya.
"i love you damn much. Tapi awak dah buat pilihan-"
"maafkan semua kesalahan saya.. Dosa saya pada awak terlalu banyak.. I'm so sorry sayang"
Yoongi mencium tepi kepala Aira.
"i love you very much."
Aira mengangguk sebelum pelukkan diketatkan
"terima kasih untuk semuanya Yoongi.. "
♡
♡
♡
♡
♡"kau serius ke ni? "
Somin berkerut kerut dengan cerita Aira. Sekali sekala dipandang Jihyo yang sedang menyusukan Cho Rong. Manakala tangan kanan nya menepuk lembut punggung Wai Rong.
"ye.. Aku rasa tak ada guna semua ni"
Aira tersenyum kecil.
"Kau pasti? Kalau kau buat keputusan ni.. Kau akan hilang cinta pertama kau.. "
"aku setuju dengan Somin.. Tapi kami tak boleh paksa dan tak boleh buat apa apa.. Semuanya ada dalam tangan kau. Kau kena fikir masa depan kau dan Daejoon "
"walaupun aku tak ready dan takkan ready, tapi tak apa untuk kebaikan semua"
"dulu kau beria cuba pelbagai cara untuk pikat doktor dingin tu.. Sekarang dia dah lafazkan semua.. Kau lepaskan pula"
Jihyo menyuarakan Pendapat nya. Aira memandang Jung Cho Rong dan Jung Wai Rong silih berganti.
"dia perlu kan waris. Mommy dia pun perlukan cucu dari benih anaknya.. Kan? "
Bila difikirkan.. Ada betulnya juga.
"aku harap kau buat keputusan yang betul" Somin segera mencium Cho rong yang menyusu itu. Harumnya bau bayi !
Aira hanya memandang. Dia masih keliru. Betul ke aku buat ni?
'ye Aira, jangan berpaling! Ini untuk kebaikan kau dan Yoongi. '
♡
♡
♡
♡
♡"saya dah tanda tangan surat cerai.."
Sampul surat bersaiz A4 itu diletakkan di atas meja.
Yoongi mengambil sampul itu dengan berat hati.
Aira berura ura mahu beredar, dia takut dia menitiskan air mata disitu.
"Aira.." panggil Yoongi lembut dan meleret.
"ya"
"saya sayangkan awak Aira"
Aira sekadar senyum kecil. Yoongi.. Lepaskan saya.
"saya tak rasa apa apa lagi."
"tapi awak tipu kan?"
"kalau betul.. Saya akan segera buang semua rasa ni."
"kenapa awak buat saya macam ni?"
"awak yang buat saya macam.. Awak tak sedar?"
"sayang.."
"tanda tangan dan kita bercerai.."
Segera dia berlalu naik ke atas. Sempat di berselisih dengan mummy.
Tangan Aira disambut oleh mummy.
"Aira sayang.."
"lepasni mummy dah boleh main dengan cucu cucu mummy heee"
Mummy yang sudah menitik air mata itu mengangguk mengerti. Tiada guna lagi memaksa. Aira tak akan mahu.
Mummy lepaskan Aira ya sayang. Kebahagian Aira semuanya akan tiba nanti.
"Aira pergi dulu."
Tbc
Ehehehe sorry lambat
YOU ARE READING
[OG] Where The Love Born
CasualeCinta memang tak boleh dipaksa tetapi ia boleh dipupuk TETAPI tiada siapa boleh meneka jalan hidup mereka bukan? Jangan fikir dia seorang dingin dan serius akan kekal dingin "awak kata awak takkan tinggalkan saya" Sanggup mengorbankan diri sendiri...