CINTA BUKAN PAKSAAN

10 1 2
                                    

"apa semua ni? Encik cuma anggap saya sebagai guru tadika Han Daejoon je? Selama ni saya ditipu? "

Rosie masih memegang kedua dua bahu Han Daejoon. Air matanya mula bergenang. Rosie memandang Yoongi dengan pandangan sayu.

Aira melihat muka Rosie lalu serta merta menangis lebih kuat.

"apa semua ni Yoongi? "

Yoongi memusingkan tubuhnya sebelum memandang Rosie. Wajahnya betul betul terkejut. Selama ni, silap dia kah?

"Rosie saya tak bermaksud nak permainkan perasaan awak.. Tapi sumpah, saya tak ada perasaan pada awak.. Saya hormati awak sebab awak guru tadika Han Daejoon. Itu sahaja"

"selama ni encik cakap encik rindu saya.. Encik nak ajak saya ke rumah ibu encik.. semua tu untuk apa? Encik ingat saya apa?! "
Aira menolak ke dua dua tangan Yoongi dari menyentuhnya. Yoongi serta merta memandang aira. Wajah Aira jelas terkilan.

"saya kecewa dengan awak. "

"Aira.. "

"sudah.. Sudah... SUDAH! Sudah Yoongi! Sudah! Saya taknak dengar dah! "

"Aira jangan buat keputusan terburu buru.. Kita baru je berjumpa.. Jom kita berbincang "

"nak bincang apa lagi? Cukup lah saya bertahan awak cacatkan saya. Saya taknak hati saya cacat lepas ni! Saya menyesal berharap awak akan tunggu saya.. Tapi semua tu harapan palsu! Bodoh! Bodoh!! "

"sayang, please"

Mata Yoongi mengugurkan air mata. Kedua dua tanganya diangkat memegang kepala Aira sebelum kucupan kecil ke atas dahi Aira diberikan.

"kita bincang baik baik, boleh?"

Pinta Yoongi sayu. Aira menutup matanya sebelum mengangguk setuju.






Chapter chapter lepas, saya terbuat nama ibu Yoongi as 'ibu' saya akan tukar balik kepada 'mommy'. 😊




"mommy sebenar nya masih terkejut sebab Aira dah balik.. Tapi mommy tak sangka Yoongi ada hubungan dengan guru tadika Han Daejoon"

Yoongi meraup mukanya.

"mommy! No! Yoongi takde hubungan dengan Rosie. Kami cuma-"

"Aira akan tinggal dengan Somin sekarang" Aira menyampuk tiba tiba.

Puan Min jelas Kecewa.

"rumah mommy banyak bilik Aira-"

Aira senyum lantas mengeleng

"tak apa-"

"makcik Haemin bawa beg Aira ke bilik" Yoongi menyampuk. Aira tidak membalas.
Serta merta dia bangun dan mendekati Han Daejoon di dapur.

"daejoon sayang-" baru sahaja dia ingin menyentuh kanak kanak itu, serta merta Han Daejoon mengelat.

"Daejoon kenapa sayang? "

"Daejoon okey"

"mama kan, mama Daejoon.. Tak baik tahu"

Daejoon memandang Aira sekilas. Sesekali dia mengetuk dagunya.

"mama baru datang.. Dan mama dah nak pergi? "

Aira agak terkejut dengan balasan Daejoon, cepat cepat dia mengusap kepala Daejoon.

"mama minta maaf.. Mama-"

"mama tak kesiankan papa ke? "

"apa? "

[OG] Where The Love BornWhere stories live. Discover now