DOKTOR TI AMOR 🏨

32 6 6
                                    

"kau berborak lah dengan Yoongi-" kata Jihyo sambil sikunya menolak nolak lengan Aira

"buat apa?  Aku macam bercakap dengan tunggul je nanti" balas Aira dengan nada mendatarnya

"suka hati kau lah, tapi trust me
kalau kau nak lebih rapat, borak lah" kata Jihyo. Kopi pahit dihirup lalu beg tangan di ambil.

"em aku nak balik ni, makan malam belum buat lagi" kata Jihyo lantas dia beredar ke pintu utama.  Aira menekan pin nombor sebelum pintu dapat diakses

"bye babe" Aira tersenyum kelat.  Dia berpeluk tubuh sebelum pintu ditutup kembali

"Jihyo datang buat apa? Gosip? " kata Yoongi yang baru menuruni tangga itu. Sinis

"sedap mulut awak je, dia datang sebab bosan Hoseok takde kat rumah la" geleng Aira.  Sesedap ajinamoto je dia cakap

"tch" Yoongi berdecit. 

"awak masak apa Aira?" Yoongi berlalu ke meja makan.  Tudung saji dibuka.  Kosong

"saya tak masak--"

"lepastu awak nak saya mati? " Aira mendapatkan Yoongi.  Matanya bertentang dengan mata dingin milik Yoongi

"awak lupa ke? Awak cakap awak taknak makan? " pelik Aira, tadi Yoongi whatsapp kata taknak makan. Ini? Lain pula

"isteri jenis apa lah awak ni, kalau ye pun masak lah sikit lepastu simpan dalam peti ais ke, balik saya boleh panaskan sendiri kalau saya rasa lapar" jeling Yoongi.  dia berlalu ingin naik ke atas tapi pantas Aira memegang tanganya

"awak cakap lah kat saya awak nak makan apa saya boleh masakkan" kata Aira seakan akan memujuk. Yoongi mengibas lengan nya

"tak payah, saya dah kenyang" Yoongi menerus kan jalannya

"Yoongi, apa lagi cara untuk saya menangkan hati awak? " Aira memberanikan diri bersuara.  Sungguh dia berkecil hati jika dibuat begini tiap tiap hari

Tanpa menoleh Yoongi menjawab

"tak ada cara untuk awak menangkan hati saya, Aira"

"kenapa? Hati awak milik Zhi Shian kan? " Aira menjerit di dalam hati.  Wajahnya cuba membuat riak tenang. Sebaliknya hanya tuhan sahaja yang tahu

"saya tak kisah kalau saya patut jadi OKU sekalipun janji saya dapat balik hati awak yang dulu,Yoongi. Sampai bila bila saya boleh tunggu awak.  Saya janji" kata Aira.  Yoongi menoleh tanpa sebarang reaksi

"jadi awak tunggu lah" Yoongi lantas naik ke atas.  Bunyi petir berdentum kuat sehingga bahu Aira terangkat. Air mata yang disimpan dan diharap tidak akan jatuh, akhirnya jatuh.  Tapi lantas diseka. 

"saya boleh tunggu awak"

"selamanya"





"kau ada cakap kat dia ke tak? " soal Jeon Jungkook. Semangkuk anggur hijau di pangkuan kakaknya diambil sebiji dan disua ke dalam mulut.  Matanya tak lekang dari memandang Somin yang sedang leka menonton TV

"dah" Somin memasukkan anggur tadi ke dalam mulut. 

"apa dia jawab? "

"kenapa kau betul betul berharap pada orang yang dah berkahwin dik?" soal Somin pelik.  Pertanyaan adiknya dipalau

"aku tak kisah lah dia isteri orang ke, mak orang ke, anak orang ke, cucu orang ke janji aku tahu kalau aku suka aku tetap nak dapatkanya" Somin memandang adiknya pelik

[OG] Where The Love BornWhere stories live. Discover now