Kehidupan

44 6 0
                                    

Seperti lirik lagu yang mengingatkan ku tentang kehidupan ;
    "Sebermula maka dipaksa diam. Dengar, patuh dan terpaku tunduk."

Lahirnya kita didunia,
Keluarnya kita daripada tubuh seorang wanita yang menderita,
Berteriak kita menangis tanda bernyawa,
Setelah dipaksa diam terdengarlah suara seorang lelaki berazan di telinga.

Setelah diberikan makan dan minum,
Kasih dan sayang,
Duka dan riang,
Sakit dan girang,
Dihantarnya kita ke dalam majlis ilmu,
Dengan waktu bermula tertentu,
Waktu pulang tertentu.

Terpaksa atau rela,
Belasan tahun tetap tidak terasa biasa,
Ada sahaja perkara yang tidak kena,
Adakah guru tidak memberi?
Atau aku tidak menerima?
Kekosongan yang dibawa menjadi duka di malam hari,
Sehinggakan berfikir bahawa "Siapa yang menjadi bala? Aku atau mereka?"

Bayangkara dan bayangkari,
Maafkan aku kerana membenci,
Semasa ku kecil impian ku menjadi khalasyi,
Setelah ku membesar impian itu tiada jejak bukti.

Warna atau warni?
Warni?
Atau?
Warna?
Dibesarkan dengan percaya bahawa putaran hidup bak roda-roda,
Sekarang coraknya...
Rona-rona.

Umurku enam belas,
Membiasakan diri berbalas kias,
Mereka yang sudah terkena tempias,
Tidak akan ku biarkan terlepas.

Maafkanku jika ini tergantung,
Ampunkanku jika kamu menanggung,
Aku masih menghitung,
Aku masih bingung.

Tidak dapat penceritaan ini kuhabiskan,
Kerana langkah kehidupanku belum terjumpa pengakhiran.

Aizat Hizami
10.Mei.2019
23:57

Apa khabar?Where stories live. Discover now