Beberapa bulan yang lepas aku percayai manifesto itu,
Aku mengundi kamu dengan harapan baru.Yang tersisa itu pawaka,
Kau itu pawana,
Sedang disangkakan indahnya,
Hati ini ditampar-tampar puaka.Kita saling kekurangan perawis,
Jika begitu, kekuatan kita hanyalah sifat sinis.Mungkin kau anggap ini potehi,
Sedangkan aku melihat kau yang punya potensi."Negara" ini tidak perlukan potia,
Bukan juga penghulu yang gagah.Ianya hanya perlukan...
Penghuni yang setia.
Aizat Hizami
17.Disember.2019
00:44

YOU ARE READING
Apa khabar?
PoetryPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.