Lari 1. = Berlari *bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan) : "mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang." ; "Lumba ~ 100 meter."
Lari,
Lumrah kehidupan seorang insan,
Yang sedang alpa berlari mengejar kehidupan,
Yang celik mata hatinya mengejar cinta Tuhan.Aku?
Lari daripada masalah,
Kerana?
Aku insan yang lemah.Jika aku tidak berlari,
Ingin ku jadi seperti Nuri,
Seperti psittacus erithacus,
Terbang melayang bersama sifat ku yang rakus.Inginku tahu,
Arah mana kalian berlari?
Tujuan apa kalian berlari?
Tidakkah kalian terfikir untuk berhenti?Jika ada yang sudah berhenti,
Ingin ku tahu,
Sudahkah kau temui watak diri?Aizat Hizami
11.Mei.2019
18:25
![](https://img.wattpad.com/cover/185286600-288-k877192.jpg)
YOU ARE READING
Apa khabar?
PoetryPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.