Syaitan,
Sudah tentu musuh orang-orang beriman,
Manusia,
Itulah kita yang melengkapi syarat insan.
Di atas dunia ini,
Bukan manusia sahaja yang berpenghuni,
Wujudnya Sang Syaitan membisik meracuni.
Tiada akidah,
Jiwa manusia...
Diratah,
Dimamah,
Dijamah,
Pengakhirannya...
Hati yang bernanah.
Selain akidah,
Tawakkal kepada Allah menjadi buah daripada iman,
Jika kita yang merupakan insan tidak bertawakal,
Apakah kita telah lama bertapak di atas jalan Syaitan?
"Kejamnya dunia" mereka kata,
"Jahatnya Syaitan" mereka kata,
Tetapi tahukah mereka...
Beberapa teman mereka ialah Syaitan yang bertopengkan manusia?
.
.
.
.
.
Petikan tentang Tawakkal ;
"Mereka kaum ('Ad) mengatakan :
"Hai Hud! Engkau tidak mengemukakan kepada kami keterangan-keterangan yang nyata, maka tiadalah kami akan meninggalkan pujaan kami, kerana mengikut perkataan engkau, dan kami bukanlah orang-orang yang percaya kepada engkau. Kami hanya memperingatkan, bahawa di antara pujaan-pujaan kami itu nanti akan mendatangkan bahaya kepada engkau."
Hud menjawab :
"Sesungguhnya aku mempersaksikan kepada Allah dan hendaklah kamu menjadi saksi pula, bahawa sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan selain Allah. Sebab itu, jalankanlah semua tipu dayamu kepadaku, dan janganlah aku kamu beri tangguh. Sesungguhnya aku tawakkal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada makhluk hidup, melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku itu menurut jalan yang lurus." (Hud ; 53-56)
Aizat Hizami
12.Mei.2019
23:34
ANDA SEDANG MEMBACA
Apa khabar?
PoesíaPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.
