Mereka kata "Ini pentas dunia",
Jika ianya benar, semestinya aku seorang biduan,
Tiada merdu,
Hanya sendu.Mereka yang dibawah?
Haru,
Biru,
Kesenduan yang dilafazkan membuat mereka ganar,
Tidak menghiraukan isi yang disampaikan,
Kerana?
Kutubkhanah tempat mereka ketawa.Sendu,
Nyaring,
Kering,
Itu yang mereka rasai.Merdu?
Itulah yang diimpikan oleh biduan ini.Aizat Hizami
30.April.2019
21:13

ANDA SEDANG MEMBACA
Apa khabar?
PoesíaPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.