Bulan,
Cahaya yang kau muntahkan turun ke bumi,
Dibawah kau aku menulis ini,
Diatas ibu pertiwi aku curahi,
Roh di samudera engkau menerangi.
Berobor di tangan bibir bersabda mesra,
Apakah karya ku membuat anda gembira?
Apakah ada juga yang tertawa?
Lelah diriku menghabiskan waktu,
Masuk ke kamar diriku beradu,
Malamku beradu mimpi ngeri,
Terbangun aku melafaz jawi.
Telah lama kamu di atas ku,
Apakah kamu jemu?
Munculnya subuh selepas kamu,
Celik mataku mencari ilmu,
Ilmu ku cari membina kubu,
Kubu ku kukuh musuh ku berlalu.
Hilangnya kamu munculnya pagi,
Pagi diguna mencari rezeki,
Putihnya susu diminum bayi,
Sedarkah ibu bapa bara yang ingin dia genggami?
Ilmu ku pegan disimpan di dada,
Musuhku "pegan" terus menggila,
Sordel ku tabik penuh kehormatan,
Muncul sore sebelum kemenangan,
Sontoloyo mereka mengenang kekalahan.
Apakah aktivitas kalian dibawah bulan?
Sedarkah kalian kamu diteman?
Aizat Hizami
16.Mei.2019
23:20
ANDA SEDANG MEMBACA
Apa khabar?
PoesíaPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.
