Dalam kepekatan malam,
Cair muntah pena atas kertas.Dalam kepekatan kopi,
Secangkir kepahitan menyegarkan mata.Dalam sesudu dua gula,
Sekumpulan semut mencari makan untuk yang di sarang.Dalam cairnya idea,
Cebisan daging dalam tengkorak menerajang memaksa.Dalam kepekatan bahasa,
Cairnya adat berakyatkan nista.Dalam kepekatan manis,
Mudaratnya kepada penelan,
Dalam kepekatan pahit,
Terlebih dose berharapkan magis.Satu, dua, tiga dan empat,
Alif, ba, ta dan tsa,
Susunkan abjad untuk ku sapu rata,
Susunkan langkah apa itu pekat?Aizat Hizami
2.Julai.2020
0327
YOU ARE READING
Apa khabar?
ПоэзияPertanyaan seorang insan di hadapan cermin yang masih tiada jawapan.