sudah kerap seminggu insiden itu berlaku. aku dan jisoo, telah memandang ke hadapan dan meneruskan hidup aku seperti biasa. kini aku lebih fokus kepada kerjaya fotografer aku.
nombor telefonnya yang aku simpan, telah aku buang dari contact.
semua gambar-gambar kami bersama aku padam dari telefon serta-merta.
perbualan aku dengannya menerusi sms juga sama.
hadiah-hadiah yg diberi oleh jisoo dari tahun-tahun lalu aku kumpul dan simpan dalam sebuah kotak.
satu-persatu barang yg mengingatkanku kepada jisoo turut dibuang, termasuklah patung arnab yang mengingatkanku kepada jisoo.
move on.
aku cuma perlukan masa. taklah susah sangat, kan?
kopi yang berada di genggaman aku hirup perlahan. mataku memandang kosong persekitaran bilikku yang ruangnya kini sudah luas berbanding sebelum.
beginikah perasaan seseorang yang baru ditinggalkan?
pada ketika itulah kenangan-kenangan aku dan jisoo mulai terimbas semula di ingatan. aku tersenyum sendiri.
perasaan saya pada awak dah lama hilang.
sudahlah, haera.
jisoo takkan kembali pada kau.