(kalau nak feel mohon pasang lagu this love - davichi huhu kalau tak ada, pasang jelah lagu sedih ke apa ke, jangan lagu 'entah apa yang merasukimu' sudah T^T)
haera...."
"kenapa sekarang, jeonghan?!"
"maaf, haera. kami buat semua ni demi kebaikan--"
"kebaikan?! hati aku sakit, jeonghan... mana joshua sekarang?"
"dia dalam hospital. keadaan dia makin teruk. doktor cakap peluang untuk dia hidup--"
perasaanku semakin naik gila. air mataku mula mengalir deras.
"tolonglah.. aku nak jumpa jisoo, sekarang!"
- - -
pintu wad bilik jisoo aku buka. hatiku sayu apabila melihat susuk tubuhnya terbaring kaku di atas katil, ditambah lagi dengan tiub-tiub yang dicucuk pada badannya.
"hong jisoo.." akhirnya air mataku mengalir deras semula selepas sedaya upaya aku menahan air mataku dalam perjalanan ke hospital.
aku rasa bersalah, aku rasa bodoh— kerana terlalu lambat menyedari segalanya.
aku melabuhkan punggung di kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil joshua. pucat, wajahnya tidak bermaya. dengan perasaan gemuruh aku memegang tangannya. sejuk.
"jisoo-yah, ini haera." kataku dengan nafas tersekat-sekat. sungguh, aku sayu melihat keadaannya sekarang kerana aku terbiasa melihat joshua yang sempurna tanpa cacat cela.
hong jisoo yang masih mampu tersenyum,
hong jisoo yang masih mampu membuat aku hilang arah,
hanya hong jisoo yang menyebabkan hatiku berdegup pantas.
"jisoo, kenapa awak kena buat semua ni? kenapa awak kena lalui semua ni tanpa saya? hati saya sakit sangat," aku melap air mata yang tidak berhenti-henti mengalir di pipiku. walaupun aku tahu dia berada dalam keadaan tidak sedar, aku tetap meneruskan ayatku.
"jisoo, tolonglah sedar. saya janji, saya akan habiskan seluruh hidup saya dengan awak, saya takkan minta apa-apa dari awak, saya janji. tolonglah sedar," aku menekup wajahku ke tangan joshua.
"sayang.."
aku mendongak tatkala mendengar suara lemah milik jisoo.
"j-ji-soo? hong jisoo?"
"haera sayang.." semakin erat aku menggenggam tangan jisoo lalu aku kucup perlahan. rasa bersalah mulai menyelubungi diriku. terasa berdosa apabila teringatkan tanggapan negatif dan maki hamunku kepada jisoo.
tak sangka dia tempuh semuanya sendirian selama ini.
"jisoo-yah," aku menangis semahu-mahunya. tangannya yang menekup wajahku aku pegang. sungguh, sekiranya apa-apa terjadi pada joshua, aku akan menganggapnya sebagai satu kesalahan terbesarku.
"maaf, sayang. saya tak patut tinggalkan awak macam tu,"
"tak, jisoo. saya yang patut minta maaf, saya memang teruk. bodoh. tak guna--"
"shh, sayang. don't say that. bukan salah awak, tau? saya memang ditakdirkan untuk semua ni. don't cry, baby," rambutku dibelai lembut. rindu, aku rindu hong jisoo.
aku dan jisoo menghabiskan masa berbual-bual panjang dalam wad sebelum waktu melawat tamat. tangannya masih dalam genggaman. aku berkeputusan untuk menggantikan tempat jeonghan untuk menjaga jisoo semalaman.
kalaulah aku boleh mendampingi jisoo selama dia 'bertarung' dengan penyakitnya.
"haera, jom kita pergi stargazing?"
tanpa ragu aku mengangguk. memandangkan pesakit tidak dibenarkan untuk keluar pada lewat malam, aku menyorong jisoo naik ke rooftop hospital tanpa pengetahuan sesiapa dengan senyap.
bintang-bintang di langit pada malam ini tidak terkira bilangannya. semuanya berkelip indah menghiasi langit malam berbanding malam sebelumnya.
aku memeluk leher jisoo dari belakang. dia mengusap perlahan tanganku. dunia ini seakan ada kami berdua sahaja.
"i missed this moment. me, you, and the stars."
aku tersenyum tatkala joshua mengucup perlahan belakang tapak tanganku yang melingkari lehernya.
jisoo memandangku sambil tersenyum nipis. tanganku dipegang erat. aku terkejut apabila dia berdiri dari kerusinya dengan perlahan.
dia meraba poket bajunya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil lalu menundukkan tubuhnya ke lantai.
kotak itu dibuka, lalu sebentuk cincin dikeluarkan lalu dihulurkan pada aku.
"haera, promise me that you'll always remember me. will you marry me?"
air mataku mengalir kegembiraan. lamaran yang ringkas, namun sangat bermakna bagiku.
"ya, hong jisoo."
dia menyarungkan cincin itu kemas di jari tengahku. aku membelek cincin yang disarungkan di jariku.
jisoo berdiri dan memelukku erat. air mataku mengalir tatkala aku membalas pelukannya dan meletakkan daguku di bahunya.
"i love you," jisoo memegang wajahku dan mengucup dahiku. dia memandang bibirku lama. aku tergelak kecil.
"boleh?"
aku mengangguk. tanpa ragu dia memegang pipiku dan memautkan bibirnya pada bibirku. tangan aku lingkarkan pada lehernya seraya membalas ciuman itu. (omg bye)
pada malam itu, aku dan jisoo duduk bersebelahan sambil menikmati pemandangan malam. kepalaku aku sandar pada bahunya. bintang-bintang malam itu seakan mengalu-alukan kehadiran kami.
selama sejam kami kekal seperti itu. hanya aku, jisoo, dan langit malam. jisoo tidak bersuara. mungkin terlelap.
aku memegang tangannya. sejuk.
"jisoo-yah, jom balik?" aku bersuara.
namun tiada respon.
"sayang?"
tiada respon.
aku menggagahkan diri memandang joshua. kepalanya akhirnya disandarkan pada bahuku.
aku panik. dengan perlahan aku menggoncang bahunya. namun tiada respon.
"jisoo?!"
