"aku nampak haera,"
degupan jantungku berhenti sejenak. tekaanku benar. ternyata gadis tadi betul-betul haera.
"haera.. girlfriend joshua hyung tu eh? yang rambut pendek tu?" tanya soonyoung.
"ha'ah." jeonghan mengangguk.
"dia sihat?" ayat itu terkeluar spontan dariku. aku ingin tahu keadaannya sekarang, walaupun tadi memang dah nampak kelibat dia selepas beberapa bulan tidak bersua muka.
"sihat. macam dulu. tapi itulah, aku perasan dia makin kurus. dulu elok je budak tu." balas jeonghan sambil melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan katilku.
kasihan.
sayang,
kalau aku masih berada disisimu sekarang, aku sanggup menghabiskan wang belanjaku untuk membelikanmu apa sahaja jenis makanan yang kau mahu. (omg i need u joshua sbb i suka makan ;-;)tapi aku tiada hak, lagipun aku tidak dibenarkan untuk ke mana-mana tempat seorang diri kecuali kawasan hospital.
membosankan.
"dia buat apa kat sini?" tanyaku. risau pula kalau dia sedang sakit.
"jangan risau, kawan dia yg cedera. (HAHAHAHA) kaki terseliuh. kesian jugaklah." balas jeonghan pendek.
"...dia ada tanya tak kenapa kau kat sini?"
"ha'ah..."
"aku harap kau tak bagitahu perkara sebenar."
"aku tipu dia. maaf."
"...tak apa, hyung. that's what things are supposed to be,"
maaf, sayang.