"maaf, encik dan puan hong. kami dah cuba yang terbaik." kata-kata doktor kepada puan hong menyebabkan air matanya bercucuran dan tidak berhenti mengalir deras. satu-satunya anak yang disayanginya kini telah pergi meninggalkan dunia.
encik hong memegang bahu puan hong, turut berduka dengan kepergian anak lelakinya. pada masa yang sama, puan dan encik hong kesal kerana tidak kerap berada di sisi joshua selama satu-satu anaknya itu masih bernafas.
haera menangis teresak-esak. semua ahli seventeen yang berada di situ gagal menahan air mata kelelakian mereka. kepergian ahli sekumpulan mereka terlalu mengejutkan.
malam itu ialah malam terakhir dia bersama dengan joshua. cincin yang disarung pada jarinya dipandang sayu.
jeonghan sedaya upaya menahan air matanya daripada mengalir. bibir diketap kuat. haera yang berada di sebelahnya dipeluk.
"tuhan lebih sayangkan jisoo." akhirnya air mata jeonghan mengalir deras tatkala badan kecil haera dipeluk erat. mereka berdua menangis membasahi bahu masing-masing.
yoomin sekadar hanya mampu memandang situasi yang berlaku di sekelilingnya. kepergian joshua turut mengejutkan dan mendukacitakannya.
puan hong yang memandang mereka menghampiri lalu memeluk jeonghan dan haera. pada masa yang sama dia berterima kasih kerana jeonghan dan haera bersama berada disisi joshua sewaktu ketiadaannya.
"semua ahli keluarga diberi peluang untuk menjenguk mayat buat kali terakhir," doktor hwan bersuara lalu beredar.
puan hong dan suaminya menjadi orang pertama yang menjenguk joshua diikuti dengan semua member seventeen dan akhirnya, haera.
haera sayu melihat semua member seventeen menangis teresak-esak tatkala melangkah keluar dari bilik mayat. seungcheol, leader seventeen yang tadinya menahan tangisnya mengalirkan air mata.
dengan tabah haera melangkah masuk ke dalam bilik mayat. hancur remuk hatinya melihat hong jisoo berwajah pucat yang sudah tidak bernyawa terbaring kaku di katil.
"joshua hong, am i a joke to you? this ring is a joke to you?" haera menangis melihat cincin yang disarungkan oleh lelaki yang dicintainya itu semalam. dia meneruskan kata-katanya walaupun dia tahu, jisoo tidak akan memberi respon.
"hong jisoo, i love you, and i'll never love any guy more than how much i loved you." pipi joshua diusap perlahan. wajah itu akan dirindui dan diingati buat selamanya. wajah itu dia akan tatap buat kali terakhir.
"walaupun awak dah tak ada, saya tetap akan teruskan semuanya. cincin ni, saya akan pakai, saya janji saya takkan tanggalkan. semoga awak tenang di sana, sayang. berehatlah."
dia tersenyum nipis. dia boleh merasakan walaupun jisoo sudah tiada di sisinya, namun jisoo tetap akan kekal di hatinya buat selama-lamanya.
"jisoo-yah, tunggu saya tau?"
- - -
5 tahun kemudian..
to : dear joshua
hai, joshua. harap kau tenang di alam sana. hari ini tahun ke-5 kau pergi meninggalkan kami, dan aku merinduimu. kami semua merinduimu. sungguh.
ibu dan ayahmu sihat. setiap bulan aku akan pergi melawat mereka memandangkan aku menganggap mereka sebagai orang tuaku sendiri. kadangkala kami berbual tentang kau, joshua.
seventeen? ya, mereka semua sudah berjaya debut. lagu-lagu mereka juga sering menduduki carta 5 teratas dalam music show. setiap hari mereka mengingatimu dan kerap menitipkan namamu setiap masa kerana kehilangan kau masih terasa. beberapa peminat kau sebelum debut kecewa dengan berita kematianmu, dan mereka turut berduka cita.
aku baik-baik sahaja di sini. ingatkah kau ketika aku bercita-cita ingin menjadi seorang model? aku akhirnya berjaya, dan aku tidak jangka aku kini sudah bergelar seorang model di korea. ada beberapa orang yang menawarkan aku untuk memainkan watak utama dalam drama namun aku menolak. aku mahu fokus kepada kerjayaku sekarang.
joshua, hari-hariku sunyi tanpamu. tiada lagi stargazing pada malam-malamku. kini aku hanya mampu menatap telefonku yang biasanya berdering menunjukkan panggilan atau mesej cinta darimu. gambar kita berdua sentiasa aku tatap untuk mengubati rindu di hati.
cincin yang kau berikan masih tersarung kemas di jariku. ada yang bertanyakan tentang cincin itu, namun aku hanya mampu tersenyum.
oh, apa kata aku cuba 'stargazing' malam ni?
sekiranya kau merinduiku, muncullah sebagai bintang yang bersinar terang di langit malam.
setuju?
haera tersenyum tatkala menulis surat untuk joshua yang berada di alam sana. dia menongkat dagu seraya pandangan dilontarkan ke langit malam.
matanya tertarik pada sesuatu yang bercahaya terang, sangat terang. namun benda bercahaya itu tidak dikenalpasti. dengan perlahan dia menapak menuju ke balkoni.
teleskop yang terletak kemas di sebelahnya diambil lalu dia meneliti pemandangan malam melalui teleskop tersebut.
"..cantik,"
bibirnya menguntum senyum tatkala melihat bintang kecil yang bercahaya terang itu dengan lebih jelas. bintang itu kecil, namun bersinar terang berbanding dengan bintang lain.
hatinya melonjak riang lalu teringat akan joshua. mungkin joshua mendengar surat hatinya, dan dia muncul sebagai bintang yang bersinar terang di langit malam.
kisah mereka berakhir dengan kesedihan yang tidak berpenghujung di hati masing-masing,
namun manusia yang diberi nama 'hong jisoo' dan 'joshua hong' tidak akan pernah hilang dari salah satu keajaiban terindah yang pernah berlaku di dalam hidupnya.