aku akhirnya tiba di tingkat 4. mataku meliar-liar mencari kelibat yoomin.
tadi seorang nurse menelefonku dan memberitahu bahawa dia tergelincir di tangga sewaktu bekerja di cafe.
kaki dia terseliuh. aish, budak ni.
"park yoomin," keluhku perlahan.
aku berjalan ke arah yoomin yg sedang disorong menggunakan kerusi roda oleh seorang nurse.
"biar saya sorongkan dia. terima kasih." aku tersenyum nipis lalu menyorong yoomin dengan perlahan ke arah kaunter untuk menguruskan ubat-ubatannya dan kad rawatan.
usai semuanya siap, aku membawa yoomin ke kafeteria hospital dengan tujuan mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi. aku dan yoomin mengambil tempat di salah satu tempat duduk di kafeteria itu.
"yoomin, apa nak jadi dengan kau ni? dah tak sayang nyawa?"
"alah, sorrylah. aku pun tak sangka aku boleh tergelincir. aku cuma try test buat natang yang orang tengah buat kat tiktok tu. apa nama dia? ah, hammer dance. tak sangka pulak aku boleh terpeleot kat tangga tu. tapi sayang jugak kau kat aku kan choi haera?" sempat yoomin tersengih bagaikan kerang busuk.
"ntah apa-apa kau ni." aku menggeleng. dah cedera sempat lagi nak loya buruk.
selepas menghabiskan makan tengah hari, aku menyorong yoomin menuju ke perkarangan parkir kereta untuk membawanya pulang ke apartment.
mujur pihak hospital tidak menempatkan yoomin di wad memandangkan kondisinya tidak terlalu kritikal.
langkahku terhenti apabila aku ternampak kelibat kawan joshua, jeonghan melangkah kaki ke ruang ward.
apa dia buat sini?
"jeonghan!" panggilku dengan harapan dia mendengar suaraku.
jeonghan memalingkan wajah ke arahku. entah kenapa, riak wajahnya kelihatan mencurigakan.
selalunya, dia tak macam ni.
kenapa?