"so, macam mana date kau dengan abang aku tadi?"
teman sebilikku, yoomin bertanya dengan nada yang teruja. beg tangan aku letakkan di atas katil sebaik sahaja memasuki bilik.
"not bad," jawabku pendek seraya melabuhkan punggung di katil. walhal aku telah menolak chanyeol.
"kau terima tak?"
aku terdiam. rasa bersalah menyelubungi perasaanku kerana aku tahu yoomin mahu aku menerima abang sulungnya yang tinggi lampai itu sejak dulu lagi.
yoomin tersenyum nipis tatkala melihat reaksi aku lalu menarikku ke dalam dakapannya. air mataku mengalir membasahi bahu yoomin. terasa bersalah yang amat.
"tak apa, haera. aku tahu kau masih sayangkan joshua,"
"dia dah tak sayangkan aku, yoomin.."
maaf, yoomin.
aku tidak mahu orang lain selain hong jisoo.