Prolog
"HELLO, ni aku, March. Kita jumpa petang ni kat kafe Hotel Princescott, pakai lawa-lawa sikit." Kedengaran suara di hujung corong telefon.
"Eh? March? March mana? March, April, Mei, Jun? Kau ingat kau siapa tiba-tiba nak ajak aku dating?" Suara yang membalas tu kedengaran memerli baik.
"Oi, aku la! Teruk sangat ingatan kau ni kalau aku pun kau boleh lupa."
"Eh? Okey, fine! Aku dah tahu March mana kalau macam ni cara cakap kau! Oi, kau ke mana?! Aku cari kau tak pernah jumpa! Berapa tahun kau hilang?!" Terus bertempik.
"Ha ha, kiralah sendiri. Well, yang dicari always akan berlari, kan? Aku tahu kau rindu aku, ha ha." Padahal... "Kau cancel every other plans, jumpa aku petang ni."
"Ehh, perasannya aku rindu kauuu! Insafilah diri kau tu banyak sikit! Dah tu, apehal nok aku nak kena hadap kau kat kafe hotel? Kau mengharap aku belanja kau?" Lucy tahan nafas. "Kejadian aku ni, kan, betapa aku miskin Tuhan aje yang tahu. Tapi aku bocorkan jelah kat kau bahawa aku ini sesungguhnya hamba Tuhan yang paling fakir," sempat dia bermelodrama. Tipikal Lucy.
Kedengaran ketawa kecil March di hujung talian, sebelum dia kembali serius.
"Bila masa aku nak suruh kau belanja, ikut aje la cakap aku. Pukul lima aku nak nampak kau dekat lobi hotel, sharp! Don't be late, or you'll actually pay for it."
Klik. March letak telefon. Gitu je??
"Oi, kejap! Hotel mana satu, banyak kut cawangan hotel ni!" Lucy bising sendiri bila March buat perangai bossy loqlaq dia tanpa alasan kukuh. Kalau ye pun, bagilah tahu yang mana satu, kat Langkawi pun ada hotel ni!
Dail balik, memang membazirkan kredit mak lah mamat sorang ni! Hish, silap hari bulan, aku belanja kaki je kat dia nanti kat hotel bertuah tu! Punca!
"APA?! Whattt?! Kau nak aku kahwin dengan kau?! Kau ni dah sewel ke apa, nok?! Kau hilang, lepas tu balik kau terus jadi gila?! Ke... kau baru lari dari Tanjung Rambutan ni??" Berdentum suara Lucy menjerit, mata membulat menyatakan ketidakpercayaan dengan apa yang didengari. Baru tadi duk pose jalan kemain, sempat lagi dia berniat menunjukkan kecantikan pada orang sekeliling selain excited nak jumpa March sebab dah lama tak jumpa. Dan sekarang...!?
"Weh, slow la sikit kalau ye pun! Bukan aku suruh kau terjun lombong, kan!" March balas. Nak melamar pun kena bergaduh dulu. Siap kena cap gila lagi tu. Err, but yeah, on the second thought, yelah kut, aku memang gila, monolognya disambung sendiri dalam hati. Memang padan kalau nak kena tolak pun. Sebab jarang-jarang sekali kot perempuan yang melamar, siap bawak cincin bagai. Dah tu, takde angin takde ribut, tiba-tiba ajak kahwin, ha ha. Kalau aku pun, agaknya aku karate terus dah stok-stok manusia macam ni, ades!
"Kau menjadah apa, wei! Aku rela terjun lombong daripada kahwin dengan kau, okey! Hish, kau ni, sampai hati kau eh ajak aku jumpa tiba-tiba macam ni, lepas tu kau lamar aku?! Oi, aku datang ni sebab nak melepak, dah lama tak jumpa! Bukan nak dengar... terima lamaran kau or whatsoever!" Pipi Lucy dah mula merah, marah bengang. Ayat pun terus tunggang-langgang. Ha ha, makin comellah pulak pada pandangan March. Dia sengih aje tengok. Dah lama rindu sebenarnya.
Lucy cebik sambil berpeluk tubuh, defencing. Seram mak! Memang dah betul-betul gila ke agaknya si March ni?! Baru tak jumpa berapa tahun, tetiba dah gila!
"Lucy, aku sayang kau. Serius. Terima aku, please...?" March renung dalam-dalam mata Lucy, lawan mata sampai Lucy mengalah, dia pandang ke luar tingkap yang menampakkan bangunan-bangunan lain di luar. Pemandangan ni cantik, tapi jadi menyampah nak tengok lepas March melamar, siap cakap dia sayang lagi tu! What the kitten, man?? Lucy menyumpah seranah dalam hati.
YOU ARE READING
MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHED
HumorMARCHMELLOW Sinopsis March AKA big bro, atau nama sebenar, Maritza Aafiya yang berpenampilan segak dan bergaya sampai orang keliru dia lelaki atau perempuan. Lucy atau nama sebenar, Ahmad Lutfi pula sebaliknya. Sekali pandang nampak perempuan, pand...