Zehra duduk birai katil. Buku diari yang diambil dari bilik kakaknya, dipandang sepi. 'Nak baca ke tak? Nak baca ke tak?' Persoalan itu sering bermain di kotak fikirannya. 'Dahlah aku ambik tanpa pengetahuan dia. Lepas tu, nak baca pulak. Tapi aku tahu..buku ni ada jawapan untuk segala persoalan aku. Aku yakin!' Ahhh! Apa-apa sajalah! Zehra membuka helaian pertama tanpa teragak-agak.
Kawan baru
Dear diari Yanna,
Hari ni kelas aku ada menerima seorang budak baru. Awalnya, aku ingat dia perempuan. Rupanya? Lelaki. Hensem? Tak payah cakaplah. Memang hensem pun! Tapi, dia ni pendiam sikitlah. Malu kut!Jatuh cinta
Dear diari Yanna,
Bagai ditakdirkan, dia duduk sebelah aku. Budak ni rajin datang sekolah. Hari-hari aku tengok muka dia. Hehehe.. Tak kisahlah. Kalau dah ada rupa, pandang lama-lama pun tak apa! Hehe.. Gediklah kau, Yanna. Tak tahu macam mana, aku boleh tiba-tiba jatuh cinta dengan dia. Mungkin sebab selalu ada disamping dia? Heheh..malulah!Perbualan pertama
Dear diari Yanna,
Hari ni aku happy giler! Hari ni adalah hari bersejarah untuk aku. Pertama kali aku dengar suara dia. Ya! Dia berbual dengan aku! Dan tak perlu usaha yang banyak, aku dah tahu nama dia. Ferhat. Ferhat Qushairi. Sedapkan nama dia?Zehra terkedu. Ferhat? Adakah Ferhat dalam buku ni..adalah Ferhat Qushairi Bin Hashim? Kekasih Zehra?
Kisah cinta Yanna dan Ferhat
Dear diari Yanna,
Okay! Hari ni aku nak tulis panjang berjela. Sebab? Sebab aku nak bercerita tentang kisah cinta aku dan Ferhat Qushairi....Kringgggg!!!
"Baik murid-murid! Esok kita sambung lagi aktiviti kita harini. Jangan lupa bawa apa yang cikgu pesan tadi. Faham?"
"Faham, cikgu."
Suasana di kelas 5 Damai menjadi riuh-rendah bagaikan berada di pasar malam. Bising! Bingit! Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Ada yang baca buku, ada yang berbual kosong, ada yang menyanyi. Suara sedap tak apalah jugak! Eiii, bisingnya!
"Yanna?" Aryanna toleh ke arah Fatin.
"Hurmm?" Apa pulaklah dia nak bergosip ni. Fatin, kawan baiknya memang terkenal dengan sikap suka membawang ni! Tak habis-habis. Ada saja cerita sensasi yang dia bawak.
"Kau tahu tak pasal budak baru yang nak masuk nanti?" Dahi Aryanna berkerut seribu. "Budak baru? Budak baru mana pulak ni? Haritu bukan dah ada budak baru masuk ke? Berapa ramai budak baru yang nak masuk sekolah kita ni?" Rungut Aryanna, sebal. Tak habis-habis budak baru. Popular sangat ke sekolah mereka ni?
"Ish! Budak baru haritu, masuk kelas 5 Cempaka. Budak baru kali ni, masuk kelas kita." Ujar Fatin, teruja. Aryanna angkat muka, memandang Fatin. "Mana kau tahu ni?" Fatin tergelak kecil. "Aku kan, wartawan bergerak dekat sekolah ni. Mestilah aku tahu!"
"Huh!" Hanya itu yang mampu Aryanna balas. Menyampah aku! Tapi dalam menyampah tu, dia nak tahu jugak! "Lelaki ke perempuan?" Asyik-asyik, budak baru yang selalu masuk kelas mereka ni perempuan. Mana tahu..kali ni lelaki pulak. Fatin diam sejenak. Dia angkat bahu, tanda tidak tahu. "Itu..aku tak tahulah pulak. Aku tak sempat nak pasang telinga."
Aryanna mencebik. Hampeh! Kata wartawan..tapi, laporan tak habis. Ketika mereka berborak, seorang cikgu melangkah masuk ke dalam kelas bersama seorang budak lelaki di sebelahnya.
"Ya Allah! Hey, pelajar 5 Damai!" Bunyi rotan bergema di seluruh kelas tersebut. Suasana yang bingit tadi bertukar menjadi tegang. "Apa kamu ni?! Saya lambat sikit pun, dah bising macam dekat pasar malam! Tak boleh ke, guna masa terluang ni untuk buat aktiviti berfaedah? Tak boleh?! Pantang tinggal sekejap!"
Cikgu Suzana menyeringai. Rotan yang menjadi pendampingnya dihayun tanda amaran. Tercengang semua pelajar 5 Damai bila dimarah sebegitu rupa. Tambah pula dengan pakej rotan..perghhh! Tak terasa seksanya.
"Baik, semua! Hari ni, kelas kita ada menerima seorang pelajar baru." Cikgu Suzana memandang Ferhat. "Kenalkan diri awak." Ferhat mengangguk kecil. "Nama saya Ferhat Qushairi. Boleh panggil saya Ferhat je. Salam perkenalan." Semua budak lelaki mengerling tajam. Maklumlah, mamat baru tu hensem. Mahu tak tergugat. Sedangkan budak perempuan, dah tersipu-sipu macam ulat bulu.
Aryanna dan Fatin termasuk dalam kategori ulat bulu tu. Menggeletis sana. Menggeletis sini. Gedik kau orang kan! "Fatin!" Panggil Aryanna separuh berbisik. Risau kalau cikgu mereka terdengar. Tak pasal-pasal, berbirat badan terkena hayunan rotan Cikgu Suzana. "Apa dia, kau ni?" Fatin mengomel geram bila dia diganggu pada saat dia sedang menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Ya Allah..heloknyaa!
"Hensemlah dia. Pandai cikgu pilih." Puji Aryanna berbaur gurauan. Fatin tersenyum sinis. "Kau tengoklah nanti..dia akan jadi aku punya." Aryanna membuntang. "Eh? Pleaselah.. Dia pandang ke kau ni? Dahlah kuat membawang." Perli Aryanna. Fatin mencebik. Dia kemudian menyanyikan lagu Anita Sarawak secara senyap. "Jangan pandangku sebelah mata...hanya karna ku membawang--" Tergelak Aryanna dibuatnya. Namun, gelak tawanya sedaya upaya ditahan. Geli hati. Fatin ni, kalau sehari tak buat lawak..tak sah.
"Baiklah, Ferhat. Urmm..saya rasa awak boleh duduk di sebelah Aryanna untuk sementara waktu. Sementara saya rombak semula kedudukan di kelas ni." Kedengaran sok-sek sok-sek, pelajar 5 Damai membuat bising.
"Aduh..tukar tempat pulak? Baik tak payah suruh, dia duduk sebelah aku." Omel Aryanna, geram. Pada masa yang sama, hatinya berlonjak riang. Yeah! Crush duduk sebelah wehh! Fatin pula, sudah mula menjeling tajam. Mana aci! "Eh, Yanna? Kau jangan nak macam-macam eh.. Ferhat tu, aku punya." Fatin segera memberi amaran. Amaran manja gituu. Aryanna senyum senget. "We'll see about that."
Maka, bermulalah misi Aryanna dan Fatin untuk merebut tempat di hati Ferhat. Masalahnya, Ferhat suka ke dekat dia orang berdua ni? Entah-entah, perasan je lebih.
Aryanna kaku bila Ferhat sudah melabuhkan punggungnya di sisi Aryanna. Bau haruman mahal, menusuk ke dalam lubang hidung Aryanna. Wanginya! Aryanna beranikan diri memandang Ferhat sekilas. Siap dengan pakej senyuman ikhlas lagi. Namun, dia sikit pun tidak dilayan. Jangan kata senyum! Tengok pun tak! Hampeh betul. Gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya kan? Hehe.. Aryanna tak putus asa. Dia mencuba sekali lagi. Kali ini, dia menggunakan pendekatan bersuara.
"Hai, awak." Senyap. Sunyi. Krik krik krik saja bunyinya. Tak guna! Aryanna masih bersabar. "Awak asal mana?" Senyap. Sunyi seperti tadi. Terasa seolah Aryanna sedang berbicara sendirian. "Wahh! Kau main kasar. Kau saja nak buat aku nampak gila cakap sorang-sorang ke macam mana? Sombong kau kan? Dasar budak baru. Tak apa. Aku tunjuk kau, definisi budak baru dekat sekolah ni nanti. Baru kau tahu, langit tu tinggi ke rendah." Gumam Aryanna, perlahan. Ada berbaur ugutan sedikit. Alah! Aryanna ni budak baik. Saja je cakap..nak takutkan budak baru.
Ferhat telan air liur, kelat. Bukan dia tak dengar ugutan Aryanna tu. Wahh! Gangster jugak budak perempuan dekat sekolah ni. Mati la aku!
****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!LoL..
👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina
YOU ARE READING
Aryanna Sufya
RomanceKepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat...