BAB 20

641 18 1
                                    

Kereta milik Zehra memasuki ruang perkarangan rumahnya. Puan Sufinah yang sedang menyapu laman, menoleh ke arah anak bongsunya itu.

POM! Terkejut Puan Sufinah tatkala terdengar bunyi dentuman pintu kereta yang begitu kuat. Aikk? Apa kena pulak dengan budak tu?

Wajah kelat Zehra diperhati lama. "Haii, Era? Awal kamu balik? Bukan kata nak pegi..."

"Tak jadi." Pendek sahaja jawapan balas Zehra.

Puan Sufinah makin pening kepala. Apa pulak masalah kali ni? Haihh..

Tak cukup pintu kereta, pintu bilik pula yang menjadi mangsa hempasan Zehra. Sakit! Sumpah, sakit yang dirasakan saat ini.

Butir jernih yang sudah lama terkumpul di kelopak mata, akhirnya menitis laju. Zehra terduduk layu di atas katil.

Sungguh Zehra tak menyangka bahawa kakaknya sendiri sanggup mengkhianati dirinya. Hembusan nafas ditarik dalam-dalam. Sedaya-upaya Zehra cuba untuk menenangkan hatinya yang lara itu.

"Sampai hati kakak...."

Aryanna berdiri lama di hadapan pintu rumah. Dia tak tahu macam mana nak bereaksi jika terserempak dengan adiknya kelak.

"Yanna?" Aryanna tersentak.

"Eh, abi." Balas Aryanna gugup.

"Yanna buat apa tercegat depan pintu? Kenapa tak masuk?" Soal Encik Hatta.

Dia yang muncul dari laman belakang, hairan apabila melihat Aryanna berdiri kaku di hadapan pintu rumah mereka.

"Ermm..Yanna..Yanna.." Aryanna cuba mencipta alasan.

"Errr..Yanna tertinggal barang tadi dalam kereta. Haa! Yanna tertinggal barang." Bantai sajalah. Janji tak kantoi.

"Ouhh..dah tu? Dah ambik barang tu?" Soal Encik Hatta, masih tak puas hati.

Aryanna pantas mengangguk.

"Dah tu? Tunggu apa lagi? Masuklah." Tegur Encik Hatta, lalu masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.

Aryanna tersenyum kelat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti betul-betul di hadapan pintu bilik Zehra.

Nafas ditarik dalam-dalam, sebelum dihembus penuh gusar. Aryanna cuba untuk mengetuk pintu bilik adiknya. Namun, tangannya tidak bergerak seolah-olah di gam dengan kuat.

Aryanna kuatkan dirinya untuk mencuba sekali lagi. Belum sempat berbuat apa-apa, Zehra terlebih dahulu membuka pintu.

Zehra terkesima melihat kakaknya di hadapan pintu bilik. Mata mereka bertemu untuk seketika. Jelas terpancar api kemarahan di mata Zehra.

Sunyi. Mereka berbicara dengan hanya pandangan mata. Tanpa berlengah, Zehra segera menutup pintu. Namun, tangan Aryanna laju menahan pintu daripada ditutup rapat.

"Era dengar dulu, apa yang akak nak cakap. Please?" Aryanna cuba memujuk.

"Dah tak ada apa yang Era perlu dengar lagi. Semuanya dah jelas. Era nampak..depan mata sendiri!"

Aryanna terdiam. Kelopak matanya mula bergenang dengan air mata.

"Tak sangka... Kakak yang Era sanjung macam puteri, yang Era hormat, yang Era sayang..sanggup tikam belakang adik dia sendiri!"

"Tak!" Aryanna menafikan kata-kata Zehra sekeras-kerasnya.

"Akak tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Akak tak simpan perasaan sikit pun..dekat dia. Akak dengan dia..adalah kisah silam. Tapi, Era dengan dia..adalah masa depan." Pujuk Aryanna, bersama titisan manik-manik jernih.

"Huh! Masa silam? Lepas apa yang jadi..akak masih rasa yang akak dengan dia adalah masa silam ke? Era tak rasa macam tu." Zehra mempersoalkan kenyataan kakaknya.

Kalau betul mereka masa silam, semua ni takkan terjadi. Aryanna cuba memujuk adiknya lagi.

"Era.." belum sempat Aryanna menghabiskan ayatnya, Zehra terlebih dahulu memintas kakaknya.

"Dah lah. Era penat. Era nak rehat." Zehra segera menutup pintu biliknya rapat. Malas nak bersembang panjang tentang hal ni. Takut bertukar menjadi peperangan antara dua beradik.

Aryanna mengeluh panjang. Dia mengesat titisan jernih yang terus mengalir di pipinya. Dia segera turun ke bawah dengan wajah yang sugul.

"Haa, Yanna? Nak pegi mana ni?" Puan Sufinah menegur tatkala melihat anak sulungnya menuju ke luar rumah.

Aryanna tersentak. "Haa? Hmm..Yanna saja keluar. Nak ambik angin." Balas Aryanna berdalih.

Puan Sufinah sekadar tersenyum kecil lalu kembali melangkah ke biliknya.

Di laman rumah, Aryanna duduk termenung memikirkan apa yang bakal jadi nanti.

'Kenapa semua kena jadi sekarang? Kenapa...' soal hati Aryanna. Sungguh dia rasa bersalah dengan adiknya itu.

'Kenapalah dia kena muncul balik? Kenapalah aku kena terserempak dengan dia?' Soal hati Aryanna lagi.

Ferhat diam membisu di balkoni rumahnya. Dia keliru. Hatinya untuk siapa sekarang ni? Zehra? Bakal isterinya atau Aryanna? Wanita yang pernah mencintainya suatu ketika dahulu. Mana satu ni?

Surya menghampiri anak bujangnya yang sedang ralit termenung itu. "Ehem! Jauh termenung?"

Ferhat tersentak. "Ma... Ingatkan sapa tadi. Terkejut Ferhat tau!" Ujar Ferhat, masih berpeluk tubuh.

"Okay, mama mintak maaf. So, tell me. What's in your mind right now?" Surya cuba mengorek masalah anaknya itu.

Ferhat mengeluh kecil. Dia masih diam membisu. Tak tahu nak mula daripada mana. Surya menggeleng kepala. "Laaa.. Mama tanya, tak jawab pulak. Cuba cerita...anak mama ni tengah fikirkan pasal apa? Hmm?"

"Ferhat keliru laa, ma. Keliru dengan perasaan sendiri. Sekarang ni...Ferhat tak tahu nak buat apa. Nak teruskan ke...batalkan je semua?"

Haa sudah! Giliran Surya pula keliru. Sungguh dia tak faham. Apa yang anaknya cuba sampaikan ni?

"Kejap. Apa yang Ferhat cakap ni? Mama...mama tak faham. Apa benda yang kena teruskan or batalkan ni?"

"Takde apa la, ma. Ferhat naik atas dulu. Nak rehat." Ferhat segera berlalu meninggalkan mamanya yang masih terpinga-pinga itu.

Matahari mula menyembunyikan dirinya, lalu diganti pula dengan sang bulan yang terang menderang itu. "Yanna? Era? Meh turun meh! Makan malam!" Sufinah memanggil anak-anaknya untuk turun makan malam bersama.

Kelibat Aryanna sudah kelihatan di meja makan, namun tidak pula kelihatan kelibat si Zehra. "Ehh, adik mana? Lama sangat tak turun-turun. Buat apa dalam bilik tu?" Tegur Hatta tatkala Zehra tidak kelihatan bersama.

"Haa, adik mana? Kenapa tak turun-turun lagi? Yanna tak panggil ke?" Soal Sufinah pula. "Ehh. Yanna dah panggil tadi. Takpe lah. Yanna pegi panggil sekali lagi."

Aryanna menuju ke bilik adiknya. "Era? Era, jom turun makan. Ibu dengan Abi dah tunggu dah tu. Era?" Sepi. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran dari dalam bilik.

Aryanna hairan. Takkan dia masih marah kut? Tapi takkan lah sampai tak nak keluar bilik? Aryanna mencuba sekali lagi. Namun, keadaan masih sama seperti tadi. "Era? Kalau Era masih marahkan akak pun, jangan lah sampai tak makan. Kesian Ibu dengan Abi tengah tunggu tu." Pujuk Aryanna lagi.

Aryanna semakin tidak sedap hati. Lama sangat tak menyahut ni. Ada apa-apa yang dah jadi ke? Ishh! Takkan lah! Aryanna cuba sedapkan hatinya sendiri.

Aryanna mencuba pula untuk memulas tombol pintu bilik Zehra. Manakan tahu, tidak berkunci. Senang dia nak masuk, tengok apa yang dah jadi.

Tekaannya mengena tepat, apabila tombol pintu dipulas lalu pintu terbuka sedikit. Aryanna segera masuk untuk mencari kelibat adiknya.

"Ya Allah! Eraaa!!"

......................................................................

Hai guys! I'm back! Do support me to finish this story. Hopefully, you guys enjoy it! Thank you!

Follow my IG @unniesab_

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now