BAB 8

617 23 0
                                    

Fatin menyertai Aryanna setelah tamat pusingan pertama. Tercungap-cungap Fatin mencari udara segar. "Fuh! Penat dowhh. Kuat jugak junior-junior kita tu." Puji Fatin, semput.

Fatin menoleh ke arah Aryanna. Rakannya itu kelihatan sedang mengelamun. 'Pulak dah. Punya la aku bersembang dengan dia..boleh buat der je?' "Hoi!" Aryanna terkejut. Dia mengurut dadanya yang berdebar itu. Terkejut! "Kau kenapa? Aku punya la bersembang dengan kau tadi. Kau boleh buat bodoh je?"

Aryanna mengeluh. "Fatin? Kau nampak aku ni tak ikhlas ke..bila berkawan?" Fatin terpinga-pinga. "Asal kau tanya macam tu? Tiba-tiba je." Aryanna diam. 'Betul ke aku ni tak ikhlas? Kenapa aku tak rasa macam tu pun?' Bisik hati Aryanna. "Yanna? Kau kenapa sebenarnya ni? Tiba-tiba tanya aku macam tu."

Aryanna senyum segaris. "Saja je. Aku nak tahu pendapat kau je. Kalau kau tak nak jawab..tak apa. Aku tak paksa." Dengar macam Aryanna berjauh hati. "Yanna..kau ni kawan aku. Daripada kita sekolah rendah lagi..aku kenal kau. Aku tahu, bila kau ikhlas..bila kau tak ikhlas. Kejap. Kau tak pernah tau..soal aku benda-benda serius macam ni. Asal tetiba ni?" Fatin menyoal lagi. Dia nakkan kepastian. Tiba-tiba je. Siapa tak heran.

"Tak ada apa la. Aku saja nak tahu pendapat kau. Kalau kau cakap macam tu..okey la." Ujar Aryanna bersama senyuman hambar. Sungguh Fatin tak mengerti. Serentak itu juga, bayangan Ferhat muncul di antara mereka. "Hai, Fatin. Nah. Air untuk awak." Fatin senyum sipu. "Terima kasih awak. Macam tahu-tahu je saya dahaga giler ni."

Pritt! Bunyi wisel menandakan pusingan kedua bakal bermula. Aryanna bersiap-siap untuk menyertai perlawanan tersebut. "Goodluck, Yanna!" Sorak Fatin, teruja.

Ketika permainan bermula, jelas kelihatan semangat kesukanan dalam diri Aryanna. Banyak kali dia jaringkan gol. Namun, itu semua hanya sementara. Perhatiannya terganggu bila melihat Fatin dan Ferhat sedang bergelak-tawa. Entah apa la yang lucu sangat tu. Siap bertepuk tampar bagai.

Banyak kali juga, Aryanna terlepas peluang untuk menjaringkan gol. "Yanna! Fokus la! Tadi kau okey je! Fokus!" Tegur salah seorang pemain pasukan mereka. Aryanna cuba untuk kembali fokus. Tapi, tak boleh! Kemesraan Fatin dan Ferhat seolah-olah berjaya menarik perhatian Aryanna. Tanpa sengaja, bola jaring terkena tepat pada kepala Aryanna. Aduh! Sakit wehh! Jatuh terduduk Aryanna dibuatnya.

"Yanna! Kau okey tak? Itu la! Berangan lagi! Kan, dah kena bola! Kau fikir apa ni, Yanna? Kau tak nak ke join team sekolah kita?" Aryanna mendengus geram. Masa tu jugak la Fatin dan Ferhat terhegeh-hegeh datang ke arahnya. "Yanna? Kau okey tak ni? Macam mana bola boleh kena kau?" Aryanna tidak membalas. Dia sedaya upaya bangun, walaupun kepalanya terasa berat. Pening.

"Aku okey je." Hanya itu yang keluar dari bibir Aryanna. Terpinga-pinga mereka yang lain. Apa kena dengan budak tu?

Keesokannya, Aryanna datang ke sekolah seperti biasa. Last minute. Lagi 5 minit sebelum pintu pagar tutup. Masuk-masuk je kelas, riuh. Pagi-pagi dah memekak dia orang ni. "Yanna!" Baru nak duduk, dah ada orang panggil. "Apa dia?" Kasar saja bunyi Aryanna menyahut. Tak ada mood. Semalam kena bola, terus hilang mood Aryanna. "Sini la.. Aku nak beritahu something ni." Pujuk Fatin, teruja. Gaya macam ada orang masuk meminang.

Walaupun meja sebelah, Aryanna masih malas nak bangun. "Kau cakap jelah. Malas la aku nak pergi ke meja kau." Jujur Aryanna, selamba. Memang betul malas pun. Fatin menjeling geram. Punya la pemalas. Meja sebelah pun tak nak datang. "Yanna! Aku terpilih masuk team bola jaring sekolah kita!!" Ujar Fatin, separuh berbisik. Malas nak bising-bising. Peringkat sekolah je pun. Bukan kebangsaan.

Aryanna diam. Keterujaan Fatin dirasakan kosong. Sedaya-upaya Aryanna memaniskan wajahnya. "Tahniah." Dalam hati? Sudah menyumpah-serana macam-macam. Kalau tak sebab dia orang bermesra semalam, mesti Aryanna dapat tumpukan perhatian ketika bermain.

Fatin beku. "Tahniah je?" Berkerut dahi Aryanna, bingung. "Habis tu? Kau nak apa lagi?" Fatin tersenyum penuh makna. "Tempoh hari kan, kita ada berjanji. Kalau salah seorang daripada kita terpilih..orang yang kalah tu kena belanja yang menang makan. Kan? Kau lupa eh?" Aryanna cuba membuka semula segala fail dalam kepala otaknya.

Macam kena sambar kilat, Aryanna tersedar. Memang betul, mereka ada berjanji. Tapi, Aryanna geram. Dia bukan kalah kerana perlawanan tu. Tapi, sebab Fatin dengan si Ferhat tu. Suka atau tak, Aryanna terpaksa juga akur. Dah janji, kena buat la. Nanti, di cop mungkir janji pulak.

"Pagi, Fatin." Fatin tersenyum manis. "Pagi, Ferhat." Ferhat turut sama tersenyum manis. Manis-manis, kena potong kaki padan muka. Desis hati kecil Aryanna. Geram bebenor. Giler tak geram? Aryanna yang elok duduk dekat tempat dia, langsung dilayan macam halimunan. Jangan kata tegur, tengok pun tak.

"Fatin? Hari ni awak free?" Aryanna sekadar memasang telinga. Dia yang berada di antara Ferhat dan Fatin itu sungguh rasa tak selesa. "Urmm..insyaAllah free. Kenapa?" Aryanna mencebik. 'Tak payah pura-pura bodoh la. Dia nak ajak kau keluar la tu.' Kutuk Aryanna dalam hati. Geram. "Hah! Kalau awak free, elok la. Saya nak ajak awak datang rumah. Nak minta tolong awak ajarkan matematik. Boleh?"

'Isy! Ajar matematik je pun! Takkan sampai nak ajak pergi rumah? Erghh!' Aryanna mengomel sendirian. Kalau la dia boleh luahkan sekarang. Memang mendapat la dua orang manusia tu. Fatin memikirkan permintaan lelaki itu. Lama dia fikir. "Okey. Kita terus pergi rumah awak, lepas balik sekolah ke?" Ferhat angguk. Maknanya, hari ni Aryanna kena pulang sendiri lagi. Huh! Bukan hari ni je, hari-hari sebelum ni pun dia asyik pulang sorang-sorang.

"Yanna. Hari ni kau--" Belum sempat habis, Aryanna dah potong. "Tahu. Aku dengar. Tak pekak pun." Fatin angkat ibu jari tanda bagus. Hairan? Aryanna balik sorang, dia kata bagus? Pelik. "Kalau kau dah tahu, bagus la. Nanti kau jangan menonong balik pulak." Aryanna semakin pelih tambah hairan pula. Menonong balik? Bukan Aryanna memang sepatutnya balik ke? Apa maksud si Fatin tu?

"Kejap. Apa maksud kau, jangan menonong balik?" Fatin mengeluh. Tadi kata dah tahu. Kenapa tanya lagi? "Kau cakap kau tahu. Asal tanya?" Aryanna jadi bengong sekejap. Tengok muka rakannya yang blur tu, Fatin menghela nafas berat. Salah faham la ni?

"Itu la..masa aku nak cakap kau potong. Kan, dah salah faham. Isy! Aku nak cakap..hari ni kau teman aku. Takkan aku nak pergi rumah Ferhat sorang-sorang kut? Sebab tu aku pesan..kau jangan menonong balik je satgi." Mulut kecil Aryanna membentuk O besar. Baru faham. Tak banyak cakap, Aryanna akur. Elok la tu. Aku jadi penghalang maksiat antara dia orang.

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina





Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now