"Oii oii oii! Ni aku laa!" Farid sedaya upaya mempertahankan dirinya. Namun, gadis itu masih memukul dirinya dengan sebuah fail yang sememangnya keras itu.
"Arghh!! Mampoih hang! Mampoihh!!" Syaza masih memukul bayangan hitam itu tanpa mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Macam betul-betul nak bunuh orang tuu jaa!
"Oii, Syaza!!" Pukulan Syaza terhenti. Membulat mata bundar milik gadis itu apabila melihat susuk tubuh yang dipukulnya. "Farid?? Hang buat apa kat sini? Bukan hang dah balik kaa?" Soal Syaza, hairan.
Farid yang terbaring tadi, bangun. Dia terduduk di lantai. Dah tak ada kudrat nak bangun. Teruk dia kena hempuk tadi! "Haa! Ni aku, Farid! Bukannya hantu! Sakit, hang tau dak! Boleh mati aku kalau hang tak berhenti tadi!" Ujar Farid sambil memandang Syaza yang masih berdiri kaku di depannya.
Syaza menggaru kepala yang tidak gatal itu. Rasa bersalah mula menghurung dirinya. Pukul bos kot! Silap haribulan, dia boleh kena buang! "Alaa..sorry laa. Aku ingat hantu mana tadi, kacau aku. Aku pukui laa sebab aku takut!" Jelas Syaza, mempertahankan dirinya.
Farid mencebik. Huh! Alasann! "Haaa!! Hang tau pun takut! Tuu laa..tadi cakap besaq sangat! Takpaa, boleh tinggai sini! Hang nak apa? Ganti pakcik guard kat bawah tuu kan? Baru dengaq pelik-pelik, dah gelabah. Tak pasai-pasai aku kena pukui!" Ujar Farid, tidak berpuas hati.
"Sapa suruh dia mai lewat-lewat macam nih! Memang kena laa!" Syaza menggumam perlahan. "Haa?! Hang cakap paa?" Syaza terdiam. Dia dengaq laa pulak! Eii! Telinga gajah betoi!
"Cakap paa?? Aku tak cakap apa-apa pon!" Balas Syaza, berdalih. Dia kemudian melangkah untuk masuk ke dalam pejabatnya semula. "Oii!" Langkah Syaza terhenti. Dia berpaling semula ke arah Farid yang masih terduduk di atas lantai.
"Hang nak pi mana??" Soal Farid, tegas. Syaza berkerut seribu. "Nak masuk opis aku laa! Takkan nak pi tandaih pulak!" balas Syaza, menyampah. Tuu pon nak tanya kaa! Farid tersenyum sinis. "Ooo..nak masuk ofis? Habih aku ni, macam mana?? Takkan hang nak tengok jaa?" Ujar Farid, masih tidak mahu mengalah.
Syaza bertambah bingung. "Laaa! Hang bangun laa sendiri! Bukan teruk pon aku pukui hang, sampai hang boleh lumpuh!" Farid melopong. Dah makin pandai menjawab ehh!
"Cik Syaza! Walau macam mana pon, hang kena ingat. Aku jadi macam ni sebab hang. Hang pukui bos hang sendiri, hang tau dak! Aku boleh buat hang hilang kerja, bila-bila jaa yang aku mau. Takpaa. Aku boleh bangun sendiri." Farid berpura-pura ingin bangun.
Syaza merengus kasar. Suka sangat main ugut-ugut! "Fine! Aku tolong!" Ujar Syaza, tanpa rela. Farid sudah tersenyum lebar. Yess! Dia menang! Farid pantas menghulur tangannya agar disambut oleh gadis itu. Syaza mengeluh berat. Boleh gila aku kerja dengan dia ni, hampa tau dak!
Syaza menyambut huluran lelaki itu, acuh tak acuh. Ketika tangan mereka bertaut, entah bagaimana heels yang disarung di kaki Syaza hilang imbangan sehingga menyebabkan Syaza terjatuh di atas badan Farid.
Waktu terasa seakan terhenti. Wajah Syaza yang tersembam di dada Farid, diangkat perlahan-lahan. Dah laa waktu malam. Gelap pulak tu. Kalau orang nampak? Tak pasai-pasai kena kawin free. Ihh! Apa hang merapu nih, Syaza oii! Mintak simpang laa! Aku ada dream wedding aku sendiri tau!
"Ehem!" Deheman Farid mematikan lamunan Syaza. Pandangan mata mereka bertaut untuk seketika, sebelum masing-masing mengalihkan pandangan ke arah lain. "Erm.. Hang dah boleh bangun kot. Badan aku lengoh ni." Ujar Farid, perlahan.
Dahlah sakit kena pukul tak habis lagi. Ditambah pula dengan sakit kena hempap dengan gadis itu. Nasib baik, ringan. Tapi, berat jugalah.
Syaza tersedar. Dia terus saja bangun, lalu membetulkan pakaiannya. Fail yang turut terjatuh, diambil semula. Tanpa berlengah, Farid turut sama bangun berdiri menghadap Syaza. Masing-masing kaku seketika. Rasa janggal dapat dihidu antara mereka berdua.
"Hang bukan kata nak balik kaa tadi? Awat hang tiba-tiba mai balik?" Soal Syaza, cuba membuang rasa janggal antara mereka. Farid terdiam seketika. "Aku tak mau laa, kena cop sebagai bos yang kejam. Tinggai pekerja dia sorang-sorang kat sini. Pompuan pulak tuu." Jelas Farid, tergagap-gagap. Rasa gugup tadi tak hilang-hilang lagi.
"Erm.. Kerja yang hang bagi tuu, aku dah nak habih buat. Satgi aku balik laa." Ujar Syaza. Farid menghela nafas berat. "Aku tunggu. Aku tunggu sampai hang siap. Lagipon, aku yang bagi kerja tuu kan." Balas Farid.
Dia sebenarnya rasa bersalah terhadap gadis itu. Kalaulah dia tak bagi kerja banyak-banyak, gadis itu takkan duduk di pejabat sehingga lewat malam. Lagipun, dia dah cakap dekat Aryanna yang dia akan temani Syaza. Tapi? Dia boleh pula balik dulu.
Syaza sekadar mengangguk setuju. Malas dahlah nak gaduh-gaduh. Sampai kiamat pun, belum tentu habis!
#
"Sya? Kau balik pukul berapa semalam? Aku tunggu kau lama tau." Soal Aryanna ketika mereka sedang bersarapan. "Err..lewat. Aku pon tak ingat sangat pukui brapa aku balik. Tak kesah laa. Yang penting, kerja aku siap." Balas Syaza, ceria."Tapi aku pelik la. Selalunya, semua kerja yang kau dapat..aku pun akan dapat jugak. Tapi, kenapa semalam aku tak dapat? Tak pasal-pasal, kau sorang je yang kena buat. Dah la banyak." Ujar Aryanna, masih bingung.
Syaza mengeluh kecil. Kejadian semalam kembali menerpa mindanya. "Kalau hang nak tau.. Aku rasa, elok hang pi tanya bos kita tuu sendiri naah. Sebab aku pon tak tau pasai paa dia buat lagu tuu." Jelas Syaza.
Aryanna sekadar angkat bahu. Malaslah, kalau sampai kena tanya sendiri. Dia bukan macam Syaza, yang suka hati tengking bos sendiri. Dia masih tahu batas antara seorang pekerja dan majikan. Lagipun, Aryanna memang tak rapat sangat dengan bosnya itu. Mungkin kerana perbezaan loghat, membuatkan mereka sedikit janggal.
Baru saja nak suap roti ke dalam mulut, telefon Aryanna berdering minta diangkat segera. Butiran nombor yang tertera di skrin telefon, membuatkan dia teragak-agak untuk mengangkatnya.
Siapa pulak ni? Nak kata pos laju.. Aryanna dah sebulan lebih tidak membeli-belah secara online. Angkat sajalah. Manalah tahu, kut-kut dia lupa ke.
"Hello, assalamualaikum? Siapa ni?" Talian hanya sunyi sepi tanpa sebarang suara. Aryanna semakin pelik. Dah angkat, tak jawab pulak. "Hello? Siapa ni? Hello?" Aryanna masih mencuba. Namun, masih tiada jawapan.
Aryanna mula berasa bengang. Saja nak main-main ni! "Hello! Kalau awak tak nak cakap apa-apa, saya letak!" Aryanna terus memutuskan talian.
"Haa, awat pulak tuu? Sapa call hang?" Soal Syaza sebaik melihat wajah kelat rakannya. Aryanna merengus kasar. "Tak tahu la. Saja nak main-main la tu!" Balas Aryanna, sebal.
Syaza sekadar menggeleng perlahan. Haih.. Budak-budak sekarang suka main-main kan?
YOU ARE READING
Aryanna Sufya
RomanceKepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat...