BAB 21

587 19 1
                                    

Ambulans membelah laju jalan raya yang sesak itu. Para petugas hospital segera mendapatkan pesakit sebaik ambulans tersebut tiba di pintu hadapan hospital.

"Ya Allah...apa dah jadi ni? Kenapa dengan adik tu! Yanna!" Rintih Sufinah sebaik sahaja Zehra di bawa ke wad kecemasan.

Aryanna kaku. Dia seolah-olah tidak dapat melakukan apa-apa. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir ketika itu.

"Yanna! Jawab ibu ni! Apa dah jadi dengan adik kamu tu?!" Sufinah menggoncang tubuh kerdil Aryanna. Tangisan Aryanna semakin menjadi-jadi.

Sungguh dia tak sangka yang Zehra sanggup menyakiti dirinya sendiri dek kerana terlalu tertekan dengan apa yang telah terjadi antara mereka.

Zehra telah menelan satu botol pil tidur. Ia telah menyebabkan Zehra tidak sedarkan diri. Dia telahpun overdose.

Seketika kemudian, seorang doktor yang merawat Zehra muncul dari wad kecemasan.

Sufinah dan Hatta segera mendekati doktor tersebut. "Doktor! Macam mana dengan anak kami? Dia baik-baik je kan?" Soal Sufinah.

"Pesakit sekarang dalam keadaan yang kritikal. Kami akan sedaya upaya buat yang terbaik untuk pastikan keadaan pesakit kembali stabil. Pakcik dan makcik jangan risau ye?"

Sufinah terduduk di kerusi menunggu selepas mendengar tentang keadaan anak bongsunya itu. Air mata terus jatuh berderai-derai di pipinya. Dia bingung. Semua yang berlaku adalah secara tiba-tiba. Entah apa yang sebenarnya sedang berlaku ini.

Malam semakin larut. Sufinah, Hatta dan Aryanna masih setia di kerusi menunggu. Melihat wajah sugul orang tuanya itu, Aryanna semakin dibelenggu rasa bersalah.

"Abi? Abi tolong bawak Ibu balik. Dah lewat sangat ni. Biar Yanna temankan adik." Hatta sekadar menurut. Dia membawa isterinya pulang untuk berehat.

"Yanna jaga diri. Jangan tidur lewat sangat. Jaga adik tu." Pesan Hatta sebelum berlalu meninggalkan Aryanna.

Aryanna menoleh ke arah Zehra yang kaku terbaring di atas katil. Air matanya jatuh berderai lagi. Keluhan berat turut kedengaran dari bibir mungil miliknya.

"Wahida? Tolong masuk bilik saya sekejap." Arah Ferhat melalui telefon pejabatnya. Sesaat kemudian, kelibat pembantu peribadinya itu kelihatan.

"Ye, Encik Ferhat? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Wahida sebaik sahaja berada di hadapan meja majikannya.

"Aryanna mana? Saya call ofis dia tak dapat pun. Dia tak masuk kerja lagi ke?" Soal Ferhat, hairan. "Ouhh, Aryanna? Haa, dia ada bagitahu saya yang dia tak masuk kerja hari ni. Katanya........" Wahida terhenti seketika. Dia lupa sebabnya apalah!

"Katanya apa, Wahida?" Soal Ferhat tegas. Boleh pulak berhenti dekat situ. Ferhat betul-betul nak tahu.

"Katanya.....dia ada dekat hospital. Adik dia sakit." Sambung Wahida. Ferhat tergamam. Adik? Zehra? Sakit apa pulak? Kenapa dia tak tahu?

"Wahida. Tolong cancelkan semua appointment saya. Saya ada hal." Ferhat berlalu ke pintu. "Haa, satu lagi. Saya mungkin tak masuk ofis dah lepas ni."

Wahida sekadar menurut. Peliklah!

"Cik? Bilik 103 dekat mana?" Soal Ferhat pada jururawat yang menjaga kaunter hadapan itu. "Bilik 103? Encik jalan terus, lepas tu belok kiri." Terang jururawat tersebut.

"Okay, thanks." Ferhat segera berlalu ke bilik tersebut.

Tanpa ketukan, Ferhat terus saja meluru masuk ke dalam bilik itu. Langkah Ferhat terhenti. Dia terkedu.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now