BAB 18

598 24 1
                                    

Zehra bersiap-siap untuk keluar. Dia sudah berjanji dengan Ferhat untuk keluar makan malam bersama.

Sebenarnya, Zehra ingin berbicara soal kisah silam Ferhat dan kakaknya. Dia perlu tahu. Ini demi masa depannya bersama Ferhat kelak.

Jika dia sudah tahu perkara sebenar, sekurang-kurangnya ia tidak akan menimbulkan sebarang salah faham antara mereka nanti.

"Eh, adik? Dah siap? Adik pergi sendiri ke, Ferhat datang ambil?" Soal Sufinah ketika mereka berselisih di ruang tamu.

"Adik pergi ofis Ferhat dulu. Lepas tu, baru kami keluar makan sama-sama." Sufinah mengangguk faham.

"Haa yelah. Elok-elok keluar tu. Ingat! Balik sebelum 10 tau. Kalau tak..bising Abi dekat rumah ni nanti." Pesan Sufinah.

Zehra sekadar mengukir senyuman nipis. Tahu la dia nak jaga diri. Tak nak buang masa, Zehra segera bergerak ke pejabat kekasih hatinya.

Ferhat mengejar langkah Aryanna yang semakin laju itu. Tiada tanda-tanda nak berhenti pun. Mereka kejar-mengejar dari ofis sampailah tempat parking basement.

Aryanna mengeluarkan kunci keretanya. Dia dah tak tahan. Apa nak jadi, jadilah! "Aryanna tunggu!" Lengan Aryanna ditarik, memaksa gadis itu berpusing menghadapnya.

Jelas terpancar kemarahan yang membuak-buak di mata Aryanna. Matanya memerah menahan sebak, marah dan sakit hati yang teramat sangat.

"Yanna. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak dapat nak control diri saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tiba-tiba jadi macam ni. Please, forgive me?"

Aryanna menepis kuat tangan sasa Ferhat yang berada di lengannya. "Kau lupa ke apa yang kau cakap dulu?"

Ferhat terkesima. Hilang sudah panggilan awak-saya antara mereka. Kini diganti dengan kau-aku pula. Marah sungguh Aryanna terhadapnya.

"Kau lupa?! Tak pa. Biar aku ingatkan kau." Aryanna berdiri tegak di hadapan Ferhat. Walaupun dia perlu mendongak kerana ketinggian lelaki itu, dia tak kesah. Apa yang perlu disuarakan, harus segera dilangsaikan.

"Kau pernah cakap yang kau takkan jatuh cinta dengan aku! Kau pernah cakap yang kau benci tengok muka aku! Nak dengar tapak kaki aku pun, kau tak nak. Sekarang? Apa dah jadi dengan kata-kata kau tu?"

Ferhat diam membisu. Dia tak ada jawapan untuk soalan itu. Serius tak ada. Aryanna tersenyum sinis bila lihat Ferhat terdiam.

"Aku hormat kata-kata kau, sebab aku nampak yang kau sayang sangat dekat Fatin. Tapi sekarang? Apa dah jadi? Kau tak kesian dekat Fatin ke? Kalau dia tahu semua ni..." bicara Aryanna terhenti.

Ferhat tiba-tiba menarik Aryanna ke dalam perut keretanya. Laju saja kereta Ferhat membelah jalan yang agak sesak kerana ia waktu puncak untuk semua pekerja pulang ke rumah masing-masing.

Memang warga kota memilih untuk pulang sedikit lewat dari kebiasaannya. Konon tak sangkut jem. Alih-alih, balik lewat pun jem! Baik tak payah balik.

"Eh?! Kau nak bawa aku pergi mana ni?! Kau hentikan kereta kau sekarang!" Ferhat buat pekak aje. Dia nak tunjuk kebenaran kepada Aryanna. Biarlah. Biar semua terbongkar hari ni.

Aryanna mendengus kasar. Isy! Menyampah gila! Macam cakap dengan tunggul! Aryanna buang pandangan ke luar tingkap.

"Macam mana la si Fatin tu boleh terima dia ni? Erghh!" Aryanna mengomel perlahan. Namun ia masih dapat didengari oleh Ferhat.

Biarkan ajelah. Tak nak keruhkan lagi keadaan. Biar Aryanna sendiri yang tahu tentang situasi sebenar.

Pandangan Aryanna ke luar tingkap perlahan-lahan menjadi kendur. Kalau tadi, matanya penuh dengan api kemarahan. Tapi sekarang, matanya penuh dengan kebingungan dan kegusaran.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now