Fatin menghampiri Aryanna yang sedang mengelamun di birai katil. Pandangan sayu dilemparkan ke arah luar tingkap.
"Yanna?" Aryanna tidak terus menyahut. Dia masih terasa dengan rakan karibnya itu. Dibuat macam tak wujud dekat sini. Buktinya? Sudah larut malam baru tahu nak pulang.
"Seronok dating dengan buah hati?" Sinis saja Aryanna menyoal. Saja nak menyindir. Fatin menghela nafas berat. "Yanna. Kau marah aku ke? Kalau ye..aku minta maaf okey? Aku tak dating la dengan Ferhat. Tadi tu, kita orang saja sembang-sembang dekat tepi pantai."
Aryanna tersenyum sinis. "Sembang? Sembang ke kutuk aku?" Fatin melopong. Apa kena dengan Aryanna ni? Begitu mudah melemparkan tuduhan yang tak berasas.
"Apa kau merepek ni, Yanna? Kutuk apa? Betul la. Kita orang cuma sembang-sembang kosong aje. Kau kenapa, Yanna?"
"Tak payah nak tipu la, Fatin. Aku dah muak dengan alasan kau. Aku datang sini..dengan harapan dapat spent time dengan kau. Tapi aku dapat? At the end, aku sorang-sorang jugak!" Aryanna mula berdiri menghadap Fatin.
Dia dah tak betah nak tahan rasa sakit hati tu lama-lama. Biarlah apapun yang nak jadi. Fatin perlu tahu rasa hati Aryanna.
"Yanna! Kau ni kenapa? Tiba-tiba aje kau jadi pelik macam ni? Apa yang kau tak puas hati dengan aku?" Giliran Fatin pula hilang sabar. Keadaan sememangnya tegang antara dua sahabat ini. Adakah malam ini saksi pengakhiran persahabatan mereka? Sungguh mereka belum bersedia untuk semua itu.
"Banyak! Banyak, Fatin! Banyak! Kau tak sedar ke? Sejak si Ferhat tu muncul dalam hidup kita..kau sikit pun tak hiraukan perasaan aku. Apa yang aku rasa? Apa yang aku nak? Sikit pun kau tak hirau.
Kau tahu aku suka Ferhat kan? Kau tahu semua tu! Tapi apa kau buat? Kau ambil kesempatan sampai dia jatuh cinta dengan kau! Lepas tu? Kau layan aku macam tunggul, Fatin! Adil ke untuk aku? Aku tanya kau, Fatin! Adil ke?!"
"Yanna. Aku sikit pun tak ada niat nak ambil Ferhat daripada kau. Dah dia suka aku..apa yang patut aku buat? Aku tak boleh tolak dia."
Aryanna senyum nipis. "Tak boleh tolak dia? Sebab apa? Sebab kau memang suka dekat dia juga kan? Kan?!" Fatin mengeluh kasar.
"Yanna. Kau lupa ke? Masa awal-awal dia masuk..kita memang 'berperang' nak ambik hati dia. Kau lupa ke?" Aryanna terdiam. Sedaya-upaya dia cuba mengingat semula.
"Kau ingat kan? Sekarang ni? Ferhat dah pilih aku. Kau nak aku buat apa? Beritahu dia..yang semua ni hanya lakonan semata-mata? Macam tu?" Aryanna menghela nafas lelah.
Dia terlalu penat memikirkan semua ini. Ingatkan, bila bercuti dapat tenangkan fikiran. Rupanya? Serabutkan fikiran lagi adalah! "Sudah la, Yanna. Takkan sebab ni, kita nak bergaduh? Aku tak suka la. Please, Yanna?" Rayu Fatin, hiba. Tangan Fatin mengenggam erat kedua-dua belah bahu Aryanna.
Aryanna bagaikan patung, bila dia tidak bergerak walau seinci. Banyak benda yang ligat bermain di mindanya. Tiba-tiba, pengangan Fatin di bahunya dileraikan kasar.
"Aku pun tak nak gaduh dengan kau pasal dia. Tapi, aku nak kau tinggalkan dia. Untuk persahabatan kita. Kau sanggup buat?" Fatin terkedu. Sungguh dia tak sangka Aryanna tergamak memperlakukan dirinya seperti itu.
Mana Aryanna yang dulu? Yang baik hati? Yang ceria? Mana dia?! Linangan air mata mula bertakung di tubir mata Fatin. Kepalanya digeleng perlahan.
"Yanna? Kau sedar tak apa kau ni? Kau sedar tak?!" Fatin menyeringai. Tak sangka betul! "Sedar. Lebih dari sedar! Sekarang kau buat la keputusan. Tinggalkan dia untuk persahabatan kita." Aryanna nampak menakutkan ketika itu. Macam kena rasuk.
YOU ARE READING
Aryanna Sufya
RomanceKepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat...