Aryanna tiba-tiba menjadi gugup. Tak pernah-pernah aku rasa gugup macam ni. Nak present kertas kerja saja pun! Bukannya tak pernah, sebelum ni.
Tapi, tak tahu kenapa Aryanna rasa lain macam pula hari ni. Ahh! Mungkin perasaan dia saja kut. "Haa! Hang tercegat kat sini lagi, pasai paa? Masuk laa." Tegur Syaza.
Aryanna tersentak. Pintu ruang mesyuarat dibuka perlahan. Wajah-wajah yang turut serta dalam pembentangan itu, memandang Aryanna dengan senyuman.
Dia dan Syaza segera melangkah ke tempat duduk mereka. Syaza yang duduk di sebelah Aryanna, menjeling ke arah Farid. Farid adalah pemilik syarikat, tempat Syaza dan Aryanna bekerja sekarang atau lebih tepat, majikan mereka berdua.
Memang dari awal lagi, Syaza banyak tidak berpuas hati dengan si Farid itu. Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Maklumlah, Farid ni sebenarnya kenalan Syaza ketika di kampung dulu.
Nak dijadikan cerita, Syaza berhijrah dari kampungnya di Kedah ke Penang untuk mencari peluang pekerjaan. Setelah puas mencari kerja kosong, akhirnya Syaza diterima bekerja di Syarikat FD Consultant. Dia diberi kedudukan sebagai penasihat kewangan, setara dengan kelulusannya dari universiti.
"Okay. Semua dah sampai kan? Laa ni, kita tunggu klien kita pulak. Depa call tadi, kata dah on the way." Ujar Farid memberi penjelasan. Yang lain sekadar mengangguk, faham.
Pada awal kedatangan Aryanna di syarikat ini, dia agak tercengang. Hampir kesemua pekerja di sini berasal dari utara. Tak kiralah negeri mana pun, tapi negeri tersebut berada di zon utara.
Namun, kehadirannya sebagai pengurus kewangan baru amatlah dialu-alukan oleh semua warga syarikat itu. Aryanna berasa senang bergaul dengan rakan sekerjanya.
Hampir 15 minit menunggu, akhirnya klien mereka tiba. "Assalamualaikum semua. Maaf, kami terlambat sikit." Ujar Iqram, selaku orang kanan majikannya.
"Waalaikumsalam.. Ehh takpa takpa. Kami tak tunggu lama pun. Silakan duduk." Balas Farid sambil berjabat tangan dengan dua lelaki itu. "Dato apa khabaq? Sihat naa?" Soal Farid, ramah.
"Alhamdulillah, saya sihat. Maaflah sebab buat awak semua menunggu." Ujar Dato tersebut. Farid segera menyangkal kata-kata kliennya itu.
"Baiklah. Kalau semua dah ada kat sini.. Elok laa kita start presentation." Ujar Farid sambil memberi isyarat kepada Syaza dan Aryanna.
"Baiklah. Assalamualaikum semua. Saya Syaza, selaku penasihat kewangan FD Consultant dan ini Aryanna, selaku pengurus kewangan FD Consultant." Iqram tersentak. Aryanna? Anna? Kenapa dia boleh tak perasan akan kehadiran gadis itu tadi? Iqram tersenyum sendirian. Kecil saja dunia ni rupanya. Akhirnya kita bertemu, Anna.
Syaza menyiku lembut Aryanna, sebagai isyarat untuk dia meneruskan pembentangan pada pagi itu. "Baiklah. Pagi ini, kami akan membentangkan kertas kerja kewangan bagi projek perumahan yang akan dibangunkan di Taman Ria, Damansara......"
#
Jam berganjak ke pukul 10:30 pagi. Hampir 1 jam 30 minit, pembentangan tersebut berlangsung. Lega Aryanna rasa, bila dah settle semuanya. Syaza mengangkat ibu jari, tanda bagus kepada Aryanna."Terima kasih Dato, sebab sudi luangkan masa dengan kami. Saya harap, Dato tak kecewa dengan kami dan kita dapat bekerjasama lagi untuk projek yang mendatang." Ujar Farid, ramah.
Iqram tersenyum nipis. "Tahniah, Encik Farid. Nice presentation. Dato cakap dekat saya tadi..yang dia suka cara pengurus kewangan awak membentangkan bajet tadi."
Farid tersenyum sipu. "Dia pengurus baru kami. Tapi, dah 3 tahun dia kerja sini." Ujar Farid, sekadar berbasa-basi. Iqram sekadar tersenyum kelat.
3 tahun? Bukan dia dah lama balik Malaysia ke? Takkan baru 3 tahun bekerja kut? "Urm, Encik Farid. Kalau tak keberatan, saya nak tanya sikit boleh?" Soal Iqram, cuba mengorek maklumat lanjut.
"Ehh, boleh. Awat tak boleh pulak! Nak tanya apa tu?" Soal Farid, berdebar. "Nama pengurus kewangan tu tadi, siapa?" Farid tersenyum senget. Nak mengoratlah tu! "Ouhh.. Nama dia Aryanna. Aryanna Sufya. Awat? Encik Iqram kenai kaa?"
Iqram segera menggeleng kecil. Pura-pura tak kenal pulak!
#
"Fuh! Lega aku Syaza..presentation tadi dah habis." Luah Aryanna, ketika kembali ke pejabat masing-masing. Syaza dan Aryanna ditempatkan di dalam pejabat sama bagi memudahkan mereka untuk melakukan kerja bersama."Itu laa.. Aku pun lega jugak. Lepaih ni, kita dapat merasa bonus laa kot!" Ujar Syaza, berseloroh. Aryanna menggeleng kecil. Bonus saja yang dia tahu!
"Tapi kan, Yanna. Hang perasan something dak tadi, masa kita dok cakap-cakap kat depan tuh?" Aryanna memandang Syaza yang berada di meja sebelah. "Perasan apa?" Soal Aryanna. Tangannya masih ligat menulis sesuatu di atas kertas yang bertimbun di mejanya.
"Aku perasan yang ada sorang tuu, dok perati hang jaa dari tadi. Masa hang dok present kat depan tuh, dia asyik usha hang jaa. Aku tak tau laa! Mungkin dia kenai hang kot. Atau pon...dia syok kat hang." Aryanna terhenti.
"Ada orang perhati aku? Siapa?" Soal Aryanna, hairan. "Urmmm...tak silap aku laa. Dia tuu, orang kanan Dato tadi. Hang tak perasan kaa?" Takkanlah si Aryanna ni tak perasan langsung mamat tuh?
"Ish! Aku tak perasan laa pulak. Biarlah siapa pun dia! Yang pasti...aku memang tak kenal siapa-siapa pun dekat sini kecuali kau." Ujar Aryanna. Malas nak ambil port!
Syaza mencebik. Nak ambik hati aku laa tuh! "Tapi aku tengok, orang kanan Dato tadi tuu hensem wehh! Kalah mamat yang aku jumpa kat supermarket haritu!"
Aryanna mengeluh. "Ish, kau ni Syaza! Tak habis-habis dengan laki-laki hensem! Tapi aku tengok, sorang pun tak sangkut dengan kau." Syaza melopong. What?! Tak sangkut dia kata??
"Oii! Hang nak kata aku tak laku kaa paa? Aku ni, bukan cari hat hensem jaa tau! Aku cari yang bertanggungjawab..baik hati..penyayang..hormat orang tau.. Haa! Aku cari semua tuu. Baru sesuai buat laki!" Ujar Syaza, teruja.
Aryanna tergelak kecil. "Mana laa kau nak cari lelaki macam tu, Syaza oii? Hensem..baik hati..penyayang... Mana nak dapat laki macam tu! Kalau hensem pun...tak pandai jaga hati kita. Kalau hensem pun..selalu sakitkan hati kita, nak buat apa? Susah nak cari yang betul-betul sayangkan kita. Ikhlas dengan kita."
Entah kenapa, dia tiba-tiba menjadi sebak. Ingatannya terhadap Ferhat kembali menerjah fikirannya. Keluhan berat dilepaskan. Syaza mula keliru. Berkerut dia melihat tingkah rakannya yang berubah tiba-tiba itu.
"Yanna? Hang okay kaa tak nih?" Bahu Aryanna ditepuk lembut. Aryanna tersedar. Air mata yang bergenang di kelopak mata, segera dihapuskan. "Haa? Aku okay. Aku okay.. Dahlah. Aku nak sambung buat kerja." Ujar Aryanna, memberi alasan.
Syaza mengigit bibir. I smell something fishy here...
YOU ARE READING
Aryanna Sufya
RomanceKepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat...