" Dalam bulan puasa , tak boleh nak makan ! "
Bangtan jungshook kecuali Jungkook .
" Dalam bulan puasa , tak boleh nak minum ! "
Bangtan jungshook sekali lagi kecuali Jungkook .
" Walau penutup botol sekalipun banyak air dia ? " soal Jimin naif .
Jungkook mengangguk sekilas , " Penutup botol ke , sebotol ke , satu tong ke tetap tak boleh ! "
" Dalam bulan puasa , tak boleh nak tidur banyak ! "
Semua mata mula tertumpu ke arah Yoongi . Yoongi tayang jari telunjuk . " Aku bukan panda ! "
Kedengaran ketawa halus daripada mereka semua . Rara mengetap bibirnya menahan gelak . Tahu sangat perangai suami dia yang suka tidur tu .
" Yang penting , dalam bulan puasa kita kena cuba tahan nafsu kita daripada makan , minum , dan banyaklah ! "
-----
" Jungkook tipu je kan ? Kejam sangat ah kalau tak boleh nak makan ! " bebel Namjoon seorang diri . Namun , dia cuba gagahkan diri untuk menahan lapar .
Remote TV dicapai lalu TV dihidupkan . Memandangkan masih pagi , isteri dia pun tak tahu mana jadi TV teman dia hari ini .
" Nak tengok apa eh ? " channel 611 ditekan . Maka , keluarlah cerita strawberri karipap . Kebetulan , situasi dalam cerita tu tengah makan , Namjoon apalagi meneguk air liur dia buat beberapa kali .
" Kuaja sungguh budak dua orang ini sjsjsjsjs kenapa karipap tu nampak sedap ? "
Namjoon mengambil langkah alternatif untuk menukar channel lain . Ditekannya 102 dan tersiarlah rancangan ulangan ketuk - ketuk Ramadan !
Namjoon terkhayal buat seketika , melihat cara masakan yang ditayangkan itu dengan penuh rasa teruja .
" Kena suruh Myna masakkan macam ini ni fuh ! Tengok bunyi ayam dia , merecik hawau ! "
Namjoon menampar dahinya sendiri , " Namjoon puasa Namjoon puasa ! "
" Baik aku tengok GoShop ! " Maka , channel ditukar lagi . Rancangan Goshop menjadi pilihannya .
" Cun ! Dia promosi periuk , bukan masak lauk ! "
Dah nampak nak promosi periuk , mestilah fungsi periuk tu ditayang sekali kan ?
Disebabkan nak tunjuk macam mana periuk tu diguna , ayam masak merah dimasukkan ke dalam periuk itu .
Namjoon mengucap syahadah , " Laillahaillallah ! Aku sepak juga orang dalam rancangan Goshop ni ! "
Namjoon jadi berang , remote TV dilempar ke arah skrin TV .
Dan , kalian tahu apa yang jadi .
" Awak ! Nanti kita pergi ru-- Ya Allah , kenapa skrin TV tu awak ?! "
Dah skrin TV pecah , TV tu sekali jatuh atas lantai . Dasyat . Tak sampai dua bulan umur TV tu , dah rosak dikerjakan oleh Namjoon .
Amynah tergelak kecil , " Kenapa ni ? "
Namjoon pout , " ORANG DALAM TV TU KEJAM ! BULI JOON BAGI TENGOK MAKANAN ISH ! "
Sekali lagi Amynah tergelak , " Takpelah . Tapi awak puasa lagi kan ? Nanti kita buka dekat rumah Jungkook dengan Naz eh ? "
Hidung Namjoon dicuit manja . Namjoon tersengih sampai ke telinga . " Okie ! "
" Saya nak naik atas dulu ok ? Jangan buka peti sejuk ! " tegas Amynah . Namjoon mengangguk setuju .
Bila Amynah dah naik atas semula , Namjoon jadi bosan . " Nak buat apa ni ? TV takde sjsjsjssjs "
Namjoon ambil keputusan nak buat tour dalam rumah sendiri . Sebaik sahaja dia berada di dapur , nafsu makannya meningkat .
Matanya sibuk merenung peti sejuk yang terletak elok kat tempatnya . Namjoon mengetap bibirnya .
" Joon , nanti kalau makan takleh makan masakan Jungkook dan Naz . " nasihat dia untuk dirinya sendiri namun nafsu makannya membuak - buak .
Bila nampak freezer di sebelah , Namjoon tersengih seorang diri .
" Myna cakap jangan buka peti sejuk , maknanya freezer bolehlah kan ? "
Kaki Namjoon mula bergerak menuju ke freezer . Freezer dibuka , Namjoon hampa . Semua makanan basah dan kena masak dulu .
" Ala apa ni ? Takkan nak makan daging mentah ? Aku bukan buaya kot ! " cebik Namjoon .
Hasil tinjauan dia , dia ternampak satu plastik jernih berisi ais batu . Namjoon tersenyum senget .
" Jungkook cakap tak boleh makan , tak boleh minum . Kunyah ais batu bolehlah kan ? "
Dengan tangan sebesar sarung tangan bola sepak , Namjoon mengambil segenggam ais batu kemudian disuapkan ke dalam mulutnya .
" Nik--mo--mat we--y ! "
Krak kruk krak kruk bunyi ais batu yang dikunyah oleh Namjoon .
" Awak ? Nampak tak telekung say-- Awak ! "
Namjoon yang tergesa - gesa itu terus tertutup tangan dia dengan penutup freezer . Apalagi menjerit kesakitanlah Namjoon dibuatnya .
" Argh sakit ! "
" Awak makan ais batu ? "
" Tak makan , kunyah je ! "
" Allahu ! "
Kim Namjoon first day of fasting in bulan Ramadan ? FAILED !
Noted from Day 💌 :
Hi Hi ! Maaf lambat update , serius nak update semalam tapi tertidur . Jadi , ni je sempat untuk Subuh ni SJSJSJSJS .
Balik sekolah nanti Day update eh ? Sekolah sekolah ! XD