17 : cemburu tanda sayang 🌙

1K 109 106
                                    

Bila di rumah Namjoon , diorang putuskan nak berbuka di masjid memandangkan bangtan berjaya mencuri hati orang kampung .

Para isteri will be like :

' eskus me , tu seben kitorang bukan korang '

Dan berlakulah sesi pujuk - memujuk antara suami dan isteri .

Mohon berangan sampai ke Timur Tengah .

" Alalala ada orang merajuk ke ? " Jimin memandang wajah Dayang sambil tergelak kecil . Dekat dia fuh 3 cm je .

" Entah , siapa eh ? " muka Jimin dijauhkan . Dayang membuka songkok Jimin lalu ditutupnya wajah Jimin menggunakan songkok itu .

" Hah hidu puas - puas ! "

" Sayang ! "

" Biar camtu . Biar takde orang tengok muka Chim " mood Dayang hilang 100% , mood Jimin ceria 100% . Suka dia tengok Dayang merajuk , siap tergelak besar tak ingat dunia .

" Kalau tak boleh nampak muka Chim , Chim takut ada orang tu kan rindu kat Chim nanti . Rindu itu berat , biar Chim saja tanggung "

//pasang lagu Afgan//

Hidung Dayang dicuitnya manja . Dayang tak sweet , dia balas dengan menggigit lengan Jimin kbai .

" Dinda jangan merajuk ~ Nanti takde siapa pujuk ~ kanda bukannya pemujuk ~ hanya tahu jeruk ~ " Hoseok menyanyi sia .

I kennot brain with this .

Aisyah nak gelak , tapi ego win . Saja dia taknak pandang wajah Hoseok . Hoseok heh guna taktik licik , dia senyum sampai ke telinga , serupa joker .

Aku cair sekali SJSJSJS .

" Hah senyumlah lagi senyum ! Nak pikat anak dara oranglah itu ! "

" Eh , buat apa pikat anak dara orang kalau dah ada buah hati depan mata ? " Hoseok tersengih macam kerang busuk .

" Tak lawak Hoseok " ujar Aisyah dingin sebelum dia tergelak tengok wajah derp Hoseok . Licik suami dia ni .

" Merajuk ke itu ? HAHAHAHAHA jap aduh Myna ? HAHAHA " entah apa yang terhiburnya aku pun tak tahulah Namjoon ni .

Amynah mencebik geram . Ada juga dia luku suaminya sendiri nanti .

" Kelakarla muka Myna merajuk , macam pengetua Joon yang botak tepi masa sekolah menengah dulu HAHAHAHA "

Kuajo kuajo .

Amynah menarik muncung panjang . Ni bukan nak pujuk , tapi saja sakitkan hati .

" Maksud Joon , janganlah merajuk . Joon taknak tengok muka pengetua Joon tu , Joon nak tengok muka lawa mama kepada anak - anak Joon nanti "

jap aku fangirling dengan Namjoon WUHU

Taehyung : NAMJOON MAJU 2019

Seokjin : HIDUP NAMJOON !

" Hey " panggil Yoongi lembut . Rara buat - buat tak dengar . Nak juga dia kena pujuk macam Dayang , Aisyah dengan Amynah .

" Merajuk ? " Rara diam . Bukan nak durhaka eh , ni nak uji tahap sweet Yoongi ni .

" Syurga awak bawah tapak kaki saya "

Rara tersenyum dalam tangisan . Suami dia memang lain daripada yang lain .

" Dengar sini , saya takkan buang masa cari bidadari syurga yang lain sebab saya dah ada kat depan ni " Yoongi tersenyum buatkan Rara nak je gigit dia .

Jimin : GILOS YOONGI PUN MAJU !

Jungkook : HYUNG LINE BERAKSI WEHU !

Jungkook mencari kelibat Nazratul . Ke mana pula isteri dia pergi ni ? Tup Tup ada je duduk tepi masjid , tengah agihkan bubur lambuk .

Tengok wajah Nazratul pun dah tahu dia merajuk . Jungkook tergelak kecil sebelum dia berjalan mendekati Nazratul .

" Nak tanya sikit boleh ? " tanya Jungkook gedik .

Jangan Jungkook jangan . Watak kau dalam sini baik - baik belaka .

Nazratul hanya memandang Jungkook tanpa mengeluarkan suara . Nak apa suami oi ?

" Boleh tak bawa balik bubur lambuk ni ? Sebab nampak sedaplah ! "

Nazratul menyerahkan satu bekas bubur lambuk kepada Jungkook . Jungkook menundukkan kepalanya 180° sebelum dia memandang wajah Nazratul semula .

" Nak tanya lagi boleh ? "

Nazratul tunggu jelah apa suami dia nak buat . Jungkook tersenyum nakal .

" Boleh tak bawa balik pengagih bubur lambuk ni ? Sebab hati saya awak dah ambillah ! "

Namjoon : JUNGKOOK BUKAN FETUS LAGI !

Yoongi : INILAH DINAMAKAN JEON JUNGKOOK DAH UPGRADE

" Oh Puteri ~ Janganlah engkau merajuk ~ Kerana awak nampak buruk ~ Hampir sama macam beruk ~ "

Taehyung dan hanat berpisah tiada . Dahlah dia bersyair , ritma dia hancur bersepai sana sini . Murung cikgu sastera dia bila tahu anak muridnya begini .

" Saya bukan beruklah ! " bentak Puteri . Taehyung dekah tak ingat sistem suria .

" One more ! Puteri ~ Puteri ~ Engkaulah ratu hatiku ~ Bila ~ Ku berduka ~ Engkau hiburkan selalu ~ "

Dia ambil lagu hari ibu kat TV tu bhai HAHAHAHAHAHH jap aku taip aku sendiri terhibur HAHAHAHAHA

Puteri takleh tahan . Dia pun ikut sama gelak . Susah dapat suami glukosa tinggi ni .

" Awak kat sana , tahu tak apa beza awak dengan saya ? " Seokjin nak cuba pick up line , nak pujuk Mimie .

Mimie layan jela kesewelan Seokjin pada masa itu .

Jap , kesewelan wujud ke ?

//buka kamus bahasa Arab//

" Awak perempuan , saya lelaki HAHAHAHA "

Mimie reda . Pakcik - pakcik masjid yang terhibur , siap berguling dengan sejadah . Nampak macam roti sardin dah .

" Lagi - lagi . Apa pula persamaan awak dengan saya ? "

Mimie menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu . Dia cakap pun pemikiran dia dengan Seokjin bukan sama .

Seokjin high sikit imaginasi dia .

" Semuanya sama ! Ketawa bersama ~ Menangis bersama ~ Ku harap kita mati pun bersama ~ OHHH ~ NAMUN HAKIKATNYA--- "

allahuakhbar allahuakhbar !

Maaf Seokjin , cuba lain kali .

➡ Aku taip mende sia kat chapter ni ? Terserlah kebengongan aku HAHAHAHAHAHHA terlebih makan kuih raya beginilah jadinya .

ʙᴛꜱ ʀᴀᴍᴀᴅᴀɴWhere stories live. Discover now