Bab 7

3K 94 21
                                    

2009

Selepas perhimpunan, semua pelajar kelas aku terus bergegas menuju ke padang untuk subjek Pendidikan Jasmani. Disebabkan kami berada dalam kelas dimana prestasi pembelajaran kami di taraf underdog, makanya cikgu-cikgu takdelah rajin sangat nak ambik masa PJ ni jadi masa subjek lain.

Dan biasanya aku akan gunakan masa ni untuk practice tenis kat court belakang sekolah dengan Yvonne, salah seorang junior aku. Kami kedua-duanya memang wakil sekolah dalam pertandingan ini sejak aku di tingkatan dua dan dia di tingkatan satu. Punya rapat kami sampaikan aku yang kena cakap dengan Marcus, budak kelas Bijaksana tu yang dia suka kat mamat tu. Mujur jadi jugak couple. Kalau tak, menahanlah telinga aku nak dengar si Yvonne ni punya fangirling.

Tapi malang bagi aku, malam tadi ada pokok tumbang kat sebelah court tu makanya tak dapatlah aku nak bertennis kat situ. Kembalilah aku ke tepi grandstand padang melihat budak lain bermain bola. Aku main bola? Dalam mimpi je kut.

Sufi yang tadi sedang bermain bola jaring datang ke arah aku yang sedang duduk. Dia melabuhkan punggungnya dan membetulkan sedikit tudungnya yang sudah senget sedikit. Kepalanya kemudian dilentokkan ke bahu aku.

"Kau busuklah, Fi."

"Biar badan busuk jangan hati busuk, Aidan."

"Sufi, aku harap aku tahu yang kau dua-dua busuk."

"Kenapa kita kawan again?"

Aku sayang Sufi ni. Yeah, kami gaduh on daily basis but kami tahu yang kami juga sayangkan each other.

"Hi, can I join you guys?" 'Madu' aku, Fira menjelma di belakang kami berdua. "I tak berapa sihat sangat nak join dorang semua main sekali."

"Oh, duduklah." Aku sekadar mengiyakan. Sufi sudah menguis bahu aku.

"Okeylah, aku gerak dulu. Geng aku dah panggil." Sufi pula mengangkat punggungnya lalu terus pergi ke tengah padang. Tinggallah aku berdua dengan si Fira.

Suasana sangat kekok antara kami berdua. Berada di sebelah Fira, aku sentiasa merasakan vibe yang positif. Bukan kerana dia cantik whatsoever, sememangnya kerana dia positif orangnya.

"You're coming this Saturday?"

"This Saturday? What and where?"

"Haa lupalah tu. My birthday party, remember?"

Macam manalah aku boleh terlupa pasal birthday parti si princess seorang ni?! Ke sebab aku memang tak ada niat pun nak pergi? Hmm, boleh jadi jugak tu sebenarnya.

"Yes, I will."

"Great! Well, aku tak sure whether Ridzuan datang ke tak."

"Why so?"

"Don't tell him I tell you this. Papa aku tak bagi dia datang. But well, he's not gonna be there pun on that day nanti."

"So, apa yang kau risaukan sangat? Just invite him otherwiselah."

"Don't you get the point, Aidan? My dad... he hates Ridzuan so much."

Sebenarnya, situasi begini sangat menyesakkan dada aku. Picture the situation where kau kena dengar masalah crush kau yang diceritakan oleh pasangan dia. Imagine me now."

"Oh, I see."

"He came to my house few times. My dad biasanya tak bagi dia masuk. We just borak depan rumah je."

Aku kenal Papa Fira dan seperti hujahnya itu, papa dia memang kekwat. Kalau hari bertemu ibubapa tu, papa dia datang jumpa cikgu personally kat bilik guru alasannya tak nak bertemu dengan ibubapa pelajar lain.

Diva kan?

"I can't leave him. I love him."

Sama, Fira. Sumpah sama dengan aku. Just that kau boleh cakap kat dia tanpa ada sebarang situasi pelik jadi tapi kalau aku, silap haribulan kena belasah sampai separuh mati.

"I know."

"Dunia ni kejam kan? I know 17 is way too young for someone untuk mengaku they love someone but well, we love who we want kan? Hence, I love him so much."

Dunia memang kejam. Dunia memang kejam sebab tak bagi aku tunjukkan betapa aku pun cintakan Ridzuan tu. I would trade all I have just to be loved by him even in my dream. Not in reality pun tak apa.

Baru dia hendak menyambung, Ridzuan datang ke arah kami berdua dengan peluh lencunnya. Dia melambai tangan kepadaku sebelum pergi ke arah girlfriendnya.

"Nah, saya belikan awak air tadi. Kesian awak dahaga." Fira menghulurkan sebotol air mineral kepada Ridzuan. Ridzuan laju meneguk air tersebut tanpa pedoman. "Awak bawak baju ganti tau. Peluh sangat tu. Nak tukar baju nanti senang."

"Bawak. Ada dalam beg tu."

"Baju sukan jugak."

"Ha'ah. Saya pakai baju tahun lepas."

Dan berlaku kemudiannya satu aksi yang membuatkan jantung aku berhenti berfungsi untuk beberapa saat. Ridzuan menyelak bajunya untuk mengelap peluh di muka menyerlahkan absnya yang sederhana keras itu. Terus tertelan air liur aku ketika itu. Harap sangat mereka berdua tak perasan.

Ridzuan kembali ke padang.

"He's nice, right?"

"Yes. He is."

"And handsome as well..."

Aku tidak menambah. Bimbang disalah erti.

"Dia kata kau asyik senyap je dengan dia. Dengan aku kau banyak pulak cakap?"

Wow, Ridzuan cakap pasal aku dengan Fira? Tenang, Aidan. Biasalah kau berborak dengan orang.

"Oh takdelah. Kami lain minat kut." I mean, aku tak tipu. Dia suka perempuan, aku suka lelaki.

"Maybe yes. But then, thanks for listening. You know, aku dah penat honestly. Imagine to love someone when the whole world against you."

Imagine to love someone when they don't even know you love them. That hurts more. Hurts too much!

"Fira, I have a piece of word. "And over all these virtues put on love, which binds them all together in perfect unity." ~ Colossians 3:14. This is a verse from Bible that indicate love supposed to unite. Yes, you love Ridzuan and he loves you too. Everyone can see and I believe your parents too can see it. My point, just love two of them. Just kerana kau sayangkan Ridzuan, kau buang apa yang kau dah ada."

"You know, Ridzuan. This is the advice that I need to hear. My friends, dorang bagi aku nasihat that I want to hear. So yeah, thanks. Also for that Bible reference. First time aku dengar."

"I just tell what I know. What I can help you with."

"You deserve someone in your life, Aidan. You really do."

I wish too, Fira. Masalahnya orang yang aku nak tu adalah orang yang kau tengah cerita sekarang. Orang yang aku harapkan untuk aku.

"Thanks again, Aidan."

"Anytime, Fira."

Pandanganku kemudian ke arah Ridzuan yang sedang menggelecek bola. Menggigil bibirku menahan perasaan. Biarlah hanya aku yang tahu perit ini bagaimana rasanya. Fira terlalu baik untuk itu.
-------------------
So Daniel nak ajak korang borak sikit ni. Pernah tak korang ada in situation macam Aidan dengan Fira ni? Ke crush korang pun single jugak?

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now