Bab 27

1.6K 86 8
                                    

2009


Aku tiba di sekolah dengan menaiki bersama Mama pada hari itu. Semuanya kerana Mama sudah mula bising aku asyik pulang lambat dari sekolah. Malas untuk membuatkan dia syak lebih-lebih, aku pun bersetuju sajalah. 

Hari itu hari Isnin jadi aku sangatlah tak bersemangat nak ke sekolah. Semuanya kerana hari ini ada subjek Sejarah dan juga hari ini ada perhimpunan. Kau boleh pergi buat survey kat semua sekolah di Malaysia, buat borang soal-selidik dan kaji berapa ramai saja yang berminat dengan wujudnya perhimpunan di sekolah setiap pagi.

Tapi hari itu, semuanya menjadi pelik sejak aku turun dari kereta Mama lagi. Ketika aku sedang berjalan melalui hadapan bilik guru, aku terserempak dengan Cikgu Noreen, cikgu KH yang Mama sangat jaki dengannya. Aku memberikan senyuman mesra kepadanya tapi dia kemudiannya mengalih pandangannya daripada memandangku.

Mungkin dia tahu kut yang Mama tak suka padanya yang suka rasa dia tu cantik dan suka merenyam dengan pelajar lelaki. Mama sendiri sudah rimas dengan kegedikan dia tu.

Aku meletakkan beg di dalam kelas sebelum terus berjalan ke padang perhimpunan. Sufi pun tak datang hari ni. Pagi tadi dia SMS aku dia kata dia senggugut gila nak mampus kalau dia berjalan lagi 10 langkah, uterus dia boleh tercabut dan terjatuh. Aku tak ada uterus jadi aku tak boleh justify the legitimacy of that statement.

Ketika pengetua mula bercakap, aku boleh rasakan 3/4 daripada pelajar sekolah ini sudah mula membuat hal sendiri. Seriously tho, no one give a single piece of damn.

Itu satu hal, sekarang ni aku mula merasakan ucapan pengetua perempuan ini sangatlah sesuatu.

"Zaman sekarang ini, saya melihat bahawa hubungan pelajar lelaki dan perempuan bukan lagi satu kerisauan saya sebaliknya terdapat hubungan jantina sejenis yang lebih merisaukan saya..."

Aku mula memandang ke arah Ridzuan yang sedang menjaga barisan pelajar tingkatan satu. Dia tidak memandang ke arah aku sebaliknya fokus memantau pergerakan pelajar-pelajar itu semua. Tapi aku tahu dia sebenarnya dengar pengumuman itu.

Masuk saja ke dalam kelas, kami diberitahu bahawa guru Bahasa Inggeris kami, Teacher Hani tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Aku suka kalau cikgu tiada tapi bila Sufi pun tak ada sekali, semuanya lain.

Sedang satu kelas bagaikan diredah tsunami, seorang pelajar junior lelaki yang aku tak tahu tingkatan berapa datang dan mengetuk pintu.

"Nak jumpa dengan Ahmad Amirul Ridzuan? Pengetua panggil."

Ridzuan yang sedang berborak dengan Fira (well duh obviously) terus bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dia kemudiannya terus mengikut pelajar itu pergi.

Fira terus memandang tepat ke arah aku. Aku tahu apa yang dia fikirkan ketika itu. Pasti dia fikir yang aku telah bocorkan rahsia kepada orang lain tentang mereka. Tapi tolonglah, aku tak seshallow itu.

Dia terus datang ke meja aku dan menghentak meja itu dengan agak kuat sehinggakan satu kelas memandang ke arah aku. Fira mengangkat tangannya menyuruh semua orang untuk mind their own shit sebelum memandang ke arah aku semula.

"Did you tell your mom about it?"

"No."

"Anyone else?"

"No."

"Can we trust your brother?"

"He has an oath about it, Fira."

"Then why he got called?"

"Fira, dia tu kan pengawas. Mestilah something regarding tugas dia jugak. Janganlah fikir bukan-bukan sangat."

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now